maksud Hadis Nabi s.a.w..."Betapa ramai yang berpuasa tetapi tiadalah puasa mereka itu melainkan hanya mendapat lapar dan dahaga"
Falsafah Ramadhan adalah untuk mendidik,mentarbiyah,mengasuh hawa nafsu daripada sentiasa mengikuti perbuatan dosa, disamping manusia memburu ganjaran dari Allah dan keampunan dari segala dosa melainkan dosa syirik..Nafsu makan adalah yang pertama dikawal, diikuti pula nafsu mata,lidah,sahwat dan pendengaran...semua anggota perlu dikawal bagi menjamin pengabdian diri dalam ibadah puasa dan diterima Allah sebagai amalan yang akan diberi ganjaran berlipat kali ganda...bahkan Allah juga menjanjikan satu malam yang bersamaan dengan 1000 bulan..
Kegilaan umat Islam hari ini adalah dengan menjadikan bulan puasa ini sebagai bulan pesta makanan, pesta berbelanja besar untuk pakaian dan perhiasan, pesta makan dihotel-hotel besar dan mewah yang mana itu semua adalah tidak selari dengan falsafah Ramadhan....Mampukah puasa hari ini mendidik perasaan untuk menghayati kehidupan orang susah yang tiada makanan seperti rakyat Palestin... atau seperti rakyat Afrika yang mati kebuluran sekarang yang sepatutnya kita insafi...kerana walaupun kita lapar sebab tak makan waktu siang, namun sudah terbayang malam nanti kita akan belasah semeja juadah hidangan...
Begitu juga dengan fe'el perangai kita ..walaupun berpuasa tetapi masih suka menabur finah,mengumpat,mencaci dan mengeji, memberontak, menyebar berita palsu...percaya kepada khabar yang belum jelas kesahihannya, semuanya itu berlaku kerana puasa yang dijalani tidak mendapat apa-apa kebaikan , tidak memberi apa-apa kesan, tidak melahirkan hati budi yang luhur..cuma sekadar lapar dan dahaga semata-mata...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan