Isnin, 8 Ogos 2011

mari kenali pencipta Jalur Gemilang

PENCIPTA BENDERA MALAYSIA DILUPAI





“Hati saya terguris mengenangkan Allahyarham setiap kali melihat Jalur Gemilang berkibar megah di seluruh pelosok negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara. “Malah, saya kecewa dan terkilan kerana ada sesetengah pihak yang mempertikaikan Allahyarham sebagai pencipta bendera kebangsaan,” kepada Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang.

Tarikh 31 Ogos 1957 tercatat satu sejarah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur apabila Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah keramat, MERDEKA! sebanyak tiga kali sambil disaksikan puluhan ribu rakyat jelata bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara. Pada hari itu juga, bendera Malaysia megah berkibar buat julung kali menggantikan bendera Union Jack sebagai satu simbolik bebas daripada penjajahan British. Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui latar belakang pencipta bendera kebangsaan yang kini dikenali Jalur Gemilang iaitu Allahyarham Mohamed Hamzah, malah, Buku Bendera Ku yang dikeluarkan Arkib Negara tidak mempunyai gambarnya.

Beliau juga dikatakan tidak pernah menerima sebarang hadiah di atas hasil kerjanya. “Tidak dinafikan Jalur Gemilang memberi pelbagai erti kepada setiap warganegara, namun bagi Allahyarham Mohamed Hamzah sekeluarga, ia melambangkan hadiah istimewa yang tidak ternilai kepada negara tercinta. Kalau Allahyarham Tan Sri P Ramlee dikenang dan dihargai sampai bila-bila, apa salahnya Allahyarham Mohamed Hamzah turut diberi pengiktirafan. Bagaimanapun, selepas 47 tahun, akhirnya waris Allahyarham Mohamed Hamzah berpeluang untuk berkongsi jasa dan sumbangan Allahyarham bersama pelbagai lapisan masyarakat seluruh negara.

Mohamed adalah anak kedua daripada 10 beradik. Allahyarham turut mengambil tanggungjawab membesarkan semua adiknya selepas ibu dan ayah meninggal dunia. Allahyarham merupakan seorang yang kreatif dan amat meminati lukisan. Dia begitu tekun dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam menghasilkan karyanya. Sejarah Jalur Gemilang bermula pada 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham Mohamed Hamzah tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan.

 Beliau yang ketika itu berusia 29 tahun bertungkus-lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan itu. Pada masa itu, saya tidak faham dengan sikap abang yang gemar menghabiskan masanya berjam-jam di pejabat semata-mata untuk melakarkan bendera yang menarik. Allahyarham yang menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) menghabiskan masa lebih dua minggu untuk menghasilkan lakaran dua bendera untuk dihantar ke Kuala Lumpur.

 Satu lakaran bendera ciptaannya menggunakan warna air melambangkan gambar keris dan sarung keris yang dikelilingi 15 bintang (berwarna putih) serta mempunyai latar belakang berwarna hijau. Lakaran bendera kedua pula melambangkan bintang berbucu lima dan bulan sabit berwarna kuning serta berlatar belakang biru, mempunyai 14 jalur berwarna merah dan putih. Akhirnya bendera yang mengandungi empat warna yang dicadangkan itu diisytiharkan sebagai bendera Persekutuan Tanah Melayu.

* petikan dari Take Thatter's Blog yang merupakan adik kepada Mohamad Hamzah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...