Khamis, 29 September 2011

RIBUT MELANDA TERENGGANU

Ribut serta angin kencang melanda bandar Kuala Terengganu awal malam tadi dan menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merosakkan beberapa kemudahaan awam, rumah, khemah-khemah perniagaan, kenderaan dan sebagainya.

Tinjauan Teganukita mendapati antara kawasan yang teruk kesan dari ribut yang datang secara mengejut beserta dengan hujan dan petir termasuklah di Taman Shah Bandar, Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Pejabat dan jeti bot penambang bersebelahan pasar payang serta beberapa lokasi yang terdedah sekitar bandar.

Pihak Majlis Bandara Raya Kuala Terengganu (MBKT) telah melakukan kerja-kerja yang pantas untuk mengelak gangguan kepada lalu lintas berikutan banyak pokok yang tumbang merentasi laluan dan jalan awam.


Orang ramai menyifatkan kejadian itu berlaku dengan begitu pantas sekali dalam beberapa minit kira-kira jam 8.40 malam.





Di hadapan Pejabat Unit Komunikasi (UKOM di Jalan Pejabat) sendiri sebahagian pokok yang terserpih jatuh ke atas jalan turut menghalang lalu lintas dan menimpa beberapa kenderaan yang terdapat di situ. Bagaimana pihak MBKT dalam masa tidak sampai satu jam memulihkan semula laluan itu.

Waktu kejadian di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sedang berlangsung perlawanan suku akhir bola sepak Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Selepas kira-kira enam minit berlangsung perlawanan terpaksa ditangguh kira-kira 40 minit akibat ribut kuat dan hujan lebat itu.

Pihak MBKT dan beberapa agensi berkaitan memantau segera kejadian itu untuk memastikan kesan darinya dapat diatasi segara dan tidak menganggu kehidupan harian penduduk di bandar ini.

KERAJAAN TERENGGANU BANTU PERSATUAN NELAYAN RM 1.1juta

Kerajaan negeri memberi sumbangan RM1.1 juta kepada semua 11 persatuan nelayan di Terengganu untuk tujuan modal pembangunan projek kecil di kawasan masing-masing.

Sumbangan RM100,000 setiap persatuan itu disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said pada majlis perjuampaan beliau bersama warga nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Marang, hari ini. Ia termasuklah kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Marang, PNK Besut, PNK Kuala Terengganu Utara, PNK Dungun, PNK Paka, PNK Kemasik,PNK Kijal, PNK Kemaman dan Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu).





Isnin, 26 September 2011

PAS PALU SEMULA GENDANG HUDUD BILA PILIHANRAYA HAMPIR TIBA.

Oleh FAUZI MOHD

Umpama dendangan lagu hari raya – melodi dan liriknya dilagukan setiap tahun dan penyanyinya pula terdiri daripada para pemimpin sebuah parti yang mengaku lebih Islam berbanding parti lain.

Baru-baru ini, sekali lagi Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bersuara meminta agar Perdana Menteri membenarkan hudud dilaksanakan di Kelantan kerana beliau yakin banyak masalah boleh diselesaikan sekiranya hukum itu dijalankan.

Semuanya gara-gara laporan Majlis Aids Malaysia yang mengatakan Kelantan mencatat bilangan pesakit HIV tertinggi di Malaysia pada 2010.


Untuk pengetahuan, bukan sahaja 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada tahun 2008 dan 2009 anugerah itu tidak terlepas ke negeri lain.














Seperti biasa, sesuai dengan perangai pemimpin dan penyokong-penyokong Pas, apa sahaja yang buruk akan dilemparkan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Mursyidul Am Pas kata, punca HIV tinggi di Kelantan kerana mereka gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 kerana halangan daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Itu cuma kenyataan orang politik yang enggan mengakui kelemahannya sebagai Menteri Besar Kelantan serta mahu menjaga undi orang-orang kampung yang berkain pelikat atau berselipar ‘Jepun’ terhadap partinya.

Cuba bayangkan sekiranya laporan-laporan akhbar atau berita yang tersiar beberapa hari lepas melaporkan Kelantan mencatatkan bilangan paling rendah penghidap HIV di Malaysia, apa pula mereka akan kata?

Mereka akan kata, "inilah berkat pemerintahan tok guru dan kerajaan Islam di Kelantan."

Tetapi apabila akhbar melaporkan Kelantan yang paling tinggi, terus kesalahan diletakkan kepada sesiapa sahaja kecuali dirinya sendiri.

Jadi di manakah relevannya apabila Nik Aziz mengaitkan kegagalan melaksanakan hudud punca pesakit AIDS tinggi di Kelantan?

Begitu juga apabila parti itu kalah pilihan raya, salahkan parti lawan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apabila pesakit HIV tinggi salahkan Tun Dr. Mahathir dan hukum hudud.

Tempoh 21 tahun Pas perintah Kelantan bukannya tempoh yang pendek. Tun Dr. Mahathir mentadbir negara selama 22 tahun

Tahun depan tempoh Nik Aziz jadi MB Kelantan dah sama dengan tempoh Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri.

Apa kejayaan yang boleh dibanggakan dengan 21 tahun pemerintahan Nik Aziz? Pembangunan rohani gagal, pembangunan jasmani pun gagal.

Beberapa pihak pernah memaklumkan hudud yang dibawa oleh Pas pada tahun 1993 bukannya hudud yang sebenar mengikut syariat Islam. Ia hudud politik.

Sengaja direka cipta supaya ditolak oleh Kerajaan Pusat pada masa itu. Apabila ditolak bolehlah dijaja cerita UMNO tolak Islam.

JAMUAN RAYA KPKK MERIAH

Lebih 2,000 tetamu yang hadir di Majlis Aidilfitri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Negeri Terengganu dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional Terengganu yang cukup menyelerakan.



Lebih 10 menu antaranya termasuk nasi dagang, ketupat pulut, laksa Terengganu, laksa Penang, sate ayam, lemang dan rendang menjadi pilihan tetamu di majlis yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu hari ini.


Hadir sama memeriahkan majlis Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat dan beberapa pegawai kanan kerajaan.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama lapan jabatan di bawah KPKK itu turut diserikan dengan nyanyian lagu Aidilfitri.

Ahad, 25 September 2011

TERIMA KASIH PAS KERANA SAMBUT TPM DENGAN KIBARAN BENDERA



Terima kasih kepada pemimpin parti Pas dalam kawasan Bukit Payong khususnya di cawangan Kedai Buloh yang bersusah payah memasang bendera (parti Pas) di tepi-tepi jalan untuk menyambut khadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin ke Daerah Marang.

Kata-kata itu dilontarkan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang, Dato’ Yahya Khatib Mohamad ketika berucap di majlis perasmian Pasar Baru Kedai Buloh petang semalam.

“Ini menandakan mereka sudah ‘redha’ menerima UMNO pada masa akan datang,” katanya disambut tepukkan gemuruh lebih 10,000 orang termasuk pemimpin masyarakat, peniaga dan penduduk di sekitar kawasan tersebut membanjiri perkarangan Pasar Baru Kedai Buloh bagi meraikan kedatangan pemimpin nombor dua negara itu.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin yang diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said tiba jam 3 petang untuk melakukan perasmian Pasar Baru Kedai Buloh yang mula digunakan sejak sebulan lalu.

Hadir sama, Menteri Perdagangan dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Haji Tengku Putera Tengku Awang; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, YB Haji Alias Abdullah; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang.

Katanya, daerah Marang terus maju di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan pembangunan untuk masyarakat di sini tidak pernah dipinggirkan.

Sehubungan itu katanya, pembinaan Pasar Baru Kedai Buloh yang menelan belanja lebih RM9 juta contoh jelas keperihatinan kerajaan menyediakan tempat yang selesa kepada golongan peniaga disamping dapat meningkatkan pendapatan keluarga.

“Beberapa premis perkedaian di bandar Marang sedang rancak dilaksanakan dan semua ini adalah hasil sumbangan kerajaan BN menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

 



 

KERAJAAN NEGERI TERENGGANU SEDIA KERJASAMA BINA KOMPLEKS BARU IPD DAN IPK

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said memberitahu, Kerajaan negeri sedia berkerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membina kompleks baru Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.



Menurutnya, bangunan yang beroperasi sejak tahun 1960-an itu perlu dinaik taraf secepat mungkin berdasarkan keperluan mendesak berikutan kepesatan daerah ini serta mahu mewujudkan suasana kerja yang kondusif.

“Dulu, pihak Kerajaan negeri pernah berbincang dengan Polis Terengganu berhubung perkara ini. Kerajaan negeri bersetuju menyediakan tapak baru pembinaan kompleks itu di tepi kompleks lama dengan keluasan yang hampir sama.

“Selepas siap pembinaan, bangunan lama akan dirobohkan dan tapak asal akan diberi kepada Kerajaan negeri bagi membolehkan pelbagai projek komersil dilakukan di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Terengganu di IPK Terengganu hari ini. Menyambut ketibaan Menteri Besar, Ketua Polis negeri, Dato’ Jamshah Mustapa.

SEMARAK MERDEKA BESUT MERIAH



Program Semarak Merdeka Peringkat Daerah Besut mencatat sejarah apabila ribuan peserta yang mewakili pelbagai komuniti daerah itu membanjiri Dataran Jertih Souq.

Lebih 200 kontinjen yang menyertai perarakan memenuhi dataran yang terletak di tengah pusat bandar itu.

Perarakan kontinjen bermula jam 7.30 pagi melalui lima penjuru termasuk dari Hulu Besut,Kuala Besut, Kota Putera, Jabi dan Jertih menyebabkan jalan masuk ke bandar ini ditutup kepada semua kenderaan sejak jam 7 pagi.

Pelbagai acara menarik diadakan termasuk perarakan gajah, kuda, kereta sewa, kederaan pacuan empat roda, basikal, vespa, kancil dan motosikal berkuasa tinggi.

Manakala kontinjen perarakan pula disertai jabatan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pasukan keselamatan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan petubuhan lain.

Selasa, 20 September 2011

KANTOIII !!! Saksi pembelaan Anwar BUKAN PAKAR DNA...


Perbicaraan kes Liwat Anwar Ibrahim bersambung semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan saksi pembela, Dr Brian McDonald akan diperiksa balas oleh pihak pendakwa.

Semalam, menurut pakar yang diupah oleh Anwar dari Australia itu mengatakan tiada bukti yang menunjukkan bahawa profil-profil DNA yang diperoleh daripada “Lelaki Y”

Dr Brian McDonald, mencabar penemuan analisis yang dikendalikan oleh ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong dan Dr Nor Aidora Saedon.

Berikut ialah rentetan perbicaraan kes Liwat pada pagi ini.

9.00 pagi: Kelihatan hadir di mahkamah pihak saksi pembela Dr Brian McDonald, peguambela Anwar Sankara Nair dan CV Prabhakaran

9:07pagi: Kelihatan Pihak pendakwa diketuai oleh Mohd Yusof Zainal Abiden. Turut kelihatan hadir di mahkamah ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul atau lebih dikenali dengan nama Joe bendul turut memberi sokongan moral pada Bosnya Anwar Ibrahim.

9:20 pagi: Mahkamah bermula perbicaraan dengah hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding. Peguam Ram Karpal Singh bangun memberitahu mahkamah bahawa beliau mempunyai satu soalan untuk ditanya kepada McDonald tentang satu kes di Australia.

9.27 pagi: Pihak pendakwa memulakan soalbalas didahului dengan peguam cara negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden. Yusof menyentuh kes pada tahun 2007 yang belaku di Australia iaitu mahkamah rayuan telah menolak rayuan dalam satu kes melibatkan McDonald.sebagai pakar dan Mahkamah menolak Mc Donald sebagai pakar DNA dan Yusof berkata beliau akan menunjukkan McDonald bukan pakar.

9.30 pagi: Yusof berkata dunia DNA telah maju kehadapan. Beliau mendakwa beberapa kelayakan McDonald sudah tidak boleh dipakai lagi dan sudah terlalu usang.

9.34 pagi: Peguamcara II Yusof bertanya lagi samada pada 2002, Adakah McDOnald menghadiri mana-mana program-program peperiksaan bagi memperbaharui kepakarannya itu?. McDonald menjawab tiada

9.37 pagi: McDonald berkata kelayakan beliau diperakui penilai NATA makmal forensik untuk pensijilan ISO 17025.

9.40 pagi: Yusof terus mengasak lagi, adakah kelayakan McDonald seperti terkandung dalam biodatanya?

9.42 pagi: McDonald berkata beliau tidak pernah menghadiri sebarang kursus forensik DNA.

9.43 pagi: Yusof bertanya lagi Adakah anda dilatih secara rasmi? Untuk mentafsir, analisis?

9.44 pagi: McDonald menjawab Saya dilatih secara rasmi sebagai saintis sahaja.

9.45 Yusof bertanya lagi, Adakah kamu melatih orang lain?

9.46 McDonald menjawab Ya, di semua lapangan kecuali tafsiran DNA.

9.48 pagi: Yusof meminta penjelasan bagaimana McDonald telah memperoleh kepakaran beliau. Mc Donald berkata pada 2004. “Saya seorang senior saintis dengan kerja-kerja itu dilakukan junior saya dan robot.

9.50 pagi: Yusof berkata lagi dalam ISO 17025, mereka akan melawat dan kenali ahli-ahli sains dan sama ada mereka mempunyai syarat-syarat perlu.

“Saintis, sebagai sebahagian daripada akreditasi, saintis Seah Lay Hong (betul) dan Nor Aidora, mesti dengan konsisten diuji,” kata Yusof.

McDonald dengan teragak-agak menolak pendapat Yusof. beliau berkata hanya ahli-ahli saintis kanan dibenarkan untuk mentafsirkan keputusan-keputusan.

10.10 pagi: McDonald berkata dia tidak menahu bahawa samada akreditasi makmal dijalankan setiap dua tahun.

10: 38 pagi: McDonald sekali lagi tergamam bila Yusof mengatakan bahawa dalam satu kes di Brunei, mahkamah telah menolak McDonald sebagai saksi kerana kepakaran beliau tidak diikhtiraf.

DATO' AWANG JABAR MAUT DALAM KEMALANGAN

Bekas Ahli Parlimen Dungun, Dato' Haji Awang  bin Jabar, 66, terbunuh apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah Perodua Alza di Kilometer 26, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tuman, Merchang, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.10 pagi itu, Penasihat Khas Menteri Besar Terengganu yang menaiki Mercedes-Benz dalam perjalanan menghadiri program tinjauan mesra Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dungun.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu, penumpang Perodua Alza yang juga seorang warga Yaman, Nisma Nabil Abdul Karim al-Saiban.

Muhyiddin dijangka melawat jenazah Allahyarham yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Terengganu, pada 2 petang di rumahnya di Jalan Tekukur, Kuala Terengganu.

Isnin, 19 September 2011

JAMUAN RAYA MENTERI BELIA DAN SUKAN MERIAH...

Bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Kemaman telah diadakan sambutan hari raya bersama Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.



Majlis ini telah mendapat sambutan kira-kira 35,000 pengunjung berbilang kaum.

Turut memeriahkan majlis, beberapa artis tempatan seperti Hattan, Zarina AF, Black Mentor, Farida AF, Jinbara dan ramai lagi telah diundang.

Para tamu juga dihidang dengan pelbagai juadah raya disamping dapat bersalam raya dengan Dato’ Sri Shabery.

Seramai seribu penerima yang layak telah dipilih oleh setiap JKKK kampung mereka mengikut keperluan.


Sumbangan yang berbentuk seperti cermin mata, kerusi roda, tongkat, basikal, mesin rumput, oven, pampers, dan banyak lagi telah diagihkan kepada penerima.

Sebelum berakhir majlis, Dato’ Sri Ahmad Shabery turut mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

PERUNTUKAN RM700 RIBU UNTUK MENGHADAPI BANJIR DI TERENGGANU

Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM700,000 sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlaku banjir pada penghujung tahun ini.

Pengarah JKM Terengganu, Encik Zuhaimi Omar berkata, jumlah berkenaan hanya permulaan dan akan ditambah mengikut keperluan semasa.

“Pihak JKM juga sudah bersiap sedia sepenuhnya termasuk stok keperluan asas termasuk bekalan makanan, kain pelikat, selimut, tuala dan sebagainya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis sambutan Aidilfitri Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat (Serikandi) Terengganu di Kediaman Seri Iman Kuala Terengganu semalam.

Katanya, semua pegawai dan kakitangan JKM tidak dibenarkan mengambil cuti dan akan bertugas 24 jam sekiranya keadaan memerlukan.

“Saya juga berharap dan berdoa semoga tahun ini tidak berlaku banjir besar serta berlarutan sebagaimana tahun sebelumnya,” katanya.

Menjawab pertanyaan pemberita mengenai mangsa ribut yang melanda daerah Dungun , Encik Zuhaimi memberi jaminan pihak JKM daerah akan membuat siasatan untuk mengenal pasti kerugian yang dialami bagi menyalurkan bantuan yang perlu.

Menurutnya, ribut yang melanda Sabtu lalu (17 September) itu mengakibatkan 107 rumah terjejas di Ketengah Jaya (60 buah) dan Kerteh 4 (47 buah) serta tiga buah rumah mengalami rosak teruk.

Khamis, 15 September 2011

TPM AKAN MELAWAT TERENGGANU 20 SEPTEMBER


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada Selasa ini (20 September)

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said berkata Tan Sri Muhyiddin dijadual tiba di Lapangan Terbang Kertih, Kemaman pada pada pagi hari itu dan terus ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abuidin (PSMZA), Dungun.

Katanya, semasa di PSMZA Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan dan berdialog dengan pemimpin masyarakat tempatan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

“Pada tengah hari, Muhyiddin kemudiannya akan menghadiri majlis ramah mesra dan jamuan hari raya melibatkan 15,000 tetamu di Dataran Merdeka, Dungun.

“Manakala pada sebelah petang pula, Timbalan Perdana Menteri dijadualkan merasmikan Pasar Baru Kedai Buloh dan majlis hari raya parlimen Marang,”katanya.

Sebelum mengakhiri lawatannya ke Terengganu, Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan dengan imam, bilal dan guru-guru agama di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu sebelum berlepas pulang melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada sebelah malam.

Rabu, 7 September 2011

MAT SABU LETIH ANWAR LENA SEJENAK...

AKHIR AKHIR INI HEBOH SIKIT PASAL CELUPAR MAT SABU YANG SOKONG KOMUNIS MENENTANG POLIS BUKIT KEPONG....TERDUDUK JUGAK MAT SABU BILA DIBANTAI TERUK OLEH BEKAS POLIS DAN WARIS WARAH POLIS YANG MATI DISERANG KOMUNIS DALAM PERISTIWA BERSEJARAH BUKIT KEPONG ITU...BILA KITA MENGENANG PERISTIWA BUKIT KEPONG ITU, KITA TERBAYANG FILEM ARAHAN DATUK JINS SHAMSUDDIN...KITA AKAN TERASA SEDIH DAN TERHARU MENONTON FILEM ITU...TETAPI HAKIKAT SEBENAR PERISTIWA BUKIT KEPONG ADALAH SANGAT TRAGIS...

BERBALIK KEPADA MAT SABU NI.. SEBENARNYA BUKAN HASRAT DIA NAK PERTAHANKAN KOMUNIS ATAU MAT INDERA YANG MENYERANG BALAI POLIS ITU.. NIAT SEBENAR MAT SABU IALAH TAK MAHU IKTRAF KEMERDEKAAN INI ADALAH JASA UMNO, JASA TOKOH TOKOH UMNO YANG BERKORBAN UNTUK MERDEKA ...SEBAB PAS TAK BUAT APA APA PUN UNTUK MEMERDEKAKAN NEGARA...

BILA KITA ASYIK HENTAM MAT SABU, MAKA SENYAP SEJENAK KES LIWAT ANWAR..KES VIDEO PUN NAMPAK MACAM  SEPI JE...SERONOK JUGAK ANWAR..SAYANGLAH JUGAK ANWAR KE MAT SABU NI, WALAUPUN ASAL ISTILAH      "AL JUBURI" NI MAT SABU LAH YANG BAGI KAT ANWAR...

RUPA NYA... BILA KITA RENUNG DALAM- DALAM POLITIK PEMBANGKANG NI...SUSAH KITA NAK CARI SESUATU YANG MENGUNTUNGKAN NEGARA...APA YANG RAKYAT DAPAT PUN KITA TAK BOLEH NAK  "LIST" KAN...CUMA  YANG JELAS ANWAR UNTUNG ADALAH...ANAK BERANAK BOLEH JADI WAKIL RAKYAT...DENGAR CERITA NURUL NUHA PULAK AKAN JADI CALON NIBONG TEBAL...AGAK-AGAKNYA BERUNTUNG KAH ORANG NIBUNG TEBAL DAPAT CALON PKR ANAK ANWAR...EH TAK "NEPOTISM" YE???? KAN ANWAR PEJUANG KRONI DAN NEPOTISM!!!!

RUPA-RUPANYA HARAM UNTUK ORANG HALAL UNTUK GUA...SATU KAMU PUNYA...LIMA SAYA PUNYA...GITU RUPANYA KEADILAN YANG PEMBANGKANG PERJUANGKAN...BERTUL JUGAK CERITA P. RAMLEE...HE HE HE..

SEMANGAT MERDEKA WARGA EMAS





Mohd Nor mengibar Jalur Gemilang tanda kesyukaran

Warga Emas. Mohd Noor Mamat,85, dari Kampung Gong Gucil, Jertih, Terengganu, adalah satu contoh baik yang patut diikuti oleh rakyat negeri ini kerana beliau mempunyai semangat tinggi pada setiap tahun menyambut hari kemerdekaan negara.
Walaupun sudah berusia, Mohd Noor begitu bersemangat membuat persiapan untuk menyambut hari paling bersejarah kepada negara yang dicintainya.
Berbekalkan semangat dia masih mampu untuk bergerak dan terbabit sama dalam komuniti lain di kampungnya untuk menghias jalur gemilang dan membina tugu peringatan berkonsepkan kemerdekaan..
“Saya gembira menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur kerana negara ini terus menikmati arus kemajuan dan rakyat turut menikmati hasil perjuangan pemimpin kita,” katanya.
Katanya, kesungguhan pemimpin negeri dan negara membina tamadun baru menyebabkan rakyat cukup selesa dan bertahan sehingga sekarang meskipun ada juga percubaan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menghuharakan negara,” katanya.
Beliau berharap kerajaan bertindak tegas terhadap anasir yang cuba belot dan berniat jahat untuk memecah keharmonian dan perpaduan penduduk pelbagai kaun yang sudah lama terjalin erat demi kesejahteraan negara.

Selasa, 6 September 2011

PIALA MONSUN

Piala Monsun, acara kejohanan perahu layar antarabangsa di Pulau Duyong, Kuala Terengganu yang bermula sejak 2005, ternyata memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan ekonomi Terengganu terutamanya penduduk setempat.
Pengerusi Tbest Events Sdn. Bhd. (Tbest), Tan Sri Sabaruddin Chik berkata, selain mengurangkan pergantungan kepada sumber ekonomi tradisional, ia juga mengubah lanskap khususnya di Pulau Duyong yang terletaknya di muara Sungai Terengganu.


"Penganjuran ini bukanlah satu pembaziran kerana ia mampu menarik kedatangan pelancong ke Terengganu yang mana keindahan dan kebudayaannya turut ditatapi oleh jutaan penduduk dunia, " kata beliau.

Piala Monsun pada tahun ini diadakan dari 22 hingga 27 November dengan pelbagai aktiviti sampingan berkaitan kapal layar selain perlumbaan utama yang disertai oleh pasukan kapal layar terbaik dunia.
Jelas Sabaruddin, Piala Monsun sebenarnya merupakan ilham bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berpendapat keadaan monsun yang biasa berlaku di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia pada penghujung tahun, tidak seharusnya menjadi penghalang kepada sebarang bentuk aktiviti ekonomi.


"Beliau mencadangkan pertandingan ini diadakan untuk merancakkan pembangunan di kawasan perkampungan nelayan seperti mana kita dapat perhatikan pada masa ini," ujarnya.
Katanya, berdasarkan perangkaan penganjuran pada tahun lalu, kedatangan pelancong ke Terengganu ketika berlangsungnya Piala Monsun 2010 berjaya menggalakkan perbelanjaan setempat berjumlah RM13.1 juta.

KES "SMS UGUT BUNUH" PIHAK PENDAKWA BERJAYA BUKTIKAN WUJUD "PRIMA FACIE"

Pihak pendakwa hari ini berjaya membuktikan terdapat `prima facie’ berhubung kes `ugutan bunuh melalui SMS’ yang membabitkan bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu (Dato’ Seri Idris Jusoh), Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir.

Sehubungan itu, tertuduh Dr Ramzi diarahkan membela diri pada tarikh yang ditetapkan Hakim M Bakri Abd Majid pada 10 hingga 13 Oktober dan 24 hingga 27 Oktober 2011.

M Bakri berkata, segala keterangan terhadap tertuduh Dr Ramzi sebelum ini berjaya membuktikan terdapat `prima facie’ dan beliau diarahkan membela diri pada tarikh 10 hingga 13 Oktober dan 24 hingga 27 Oktober 2011.

Tertuduh, Datuk Dr Ahmad Ramzi didakwa mengancam mendatangkan kematian ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Mohd Ariffin Abdullah pada pukul 11.21 malam, 13 April 2009 lalu, di E 726 Kampung Kubang Parit., Kuala Terengganu.

Datuk Dr Ahmad Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dua lagi Adun, Abd Halim Jusoh (Adun Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Adun Ajil) antara pukul 11.21 dan 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan, Dr Ahmad Ramzi mengancam untuk mendatangkan kematian kepada ketiga-tiga Adun berkenaan.

Dia turut didakwa memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu, Dato’ Wan Ahamad Wan Muda, yang kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan, dengan menghantar SMS ugutan itu melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Dato’ Wan Ahamad.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...