Pengarah JKM Terengganu, Encik Zuhaimi Omar berkata, jumlah berkenaan hanya permulaan dan akan ditambah mengikut keperluan semasa.
“Pihak JKM juga sudah bersiap sedia sepenuhnya termasuk stok keperluan asas termasuk bekalan makanan, kain pelikat, selimut, tuala dan sebagainya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis sambutan Aidilfitri Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat (Serikandi) Terengganu di Kediaman Seri Iman Kuala Terengganu semalam.
Katanya, semua pegawai dan kakitangan JKM tidak dibenarkan mengambil cuti dan akan bertugas 24 jam sekiranya keadaan memerlukan.
“Saya juga berharap dan berdoa semoga tahun ini tidak berlaku banjir besar serta berlarutan sebagaimana tahun sebelumnya,” katanya.
Menjawab pertanyaan pemberita mengenai mangsa ribut yang melanda daerah Dungun , Encik Zuhaimi memberi jaminan pihak JKM daerah akan membuat siasatan untuk mengenal pasti kerugian yang dialami bagi menyalurkan bantuan yang perlu.
Menurutnya, ribut yang melanda Sabtu lalu (17 September) itu mengakibatkan 107 rumah terjejas di Ketengah Jaya (60 buah) dan Kerteh 4 (47 buah) serta tiga buah rumah mengalami rosak teruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan