Isnin, 6 Mei 2013

TERENGGANU...BN menang tipis 17-15

Tsunami 1999 kembali lagi dan hampir  melingkupkan semula kerajaan BN Terengganu.. Terengganu yang berkedudukan agak selesa sebelum ini dengan 24-8 rupanya tidak mampu berkubu lebih lama. Walaupun rakyat diberi dengan berbagai bantuan dan bahkan hampir kesemua manifesto 2008 ditunaikan bahkan melebihi dari itu Namun sentimen kebencian kepada individu tertentu melangkaui pemikiran waras yg diterjemahkan di Kertas undi.

Memaksa rakyat supaya memilih calon yang tidak disukai rakyat sesuatu yg tidak boleh diperjudikan disesetengah DUN Terengganu munkin boleh disesetengah DUN yang lain yang sememang kubu kuat BN seperti di Besut Setiu dan Hulu Terengganu kecuali Manir..manakala di Kemaman  penolakan cina terserlah di DUN Chukai.  Kuala Terengganu Sudah nampak awal penolakan pengundi kepada calon terutama cina.

Penolakan kakitangan awam dan guru kepada Calon BN perlu di ambil pengajaran dan perlu dimuhasabah asbabnya..

Apapun Tahniah kepada Calon BN yang menang.. Dibahu anda tanggungjawab dan beban amanah yang wajib dipikul demi rakyat dan negeri..cabaran sengit di Dewan akan menguji kewibawaan anda dalam berhujah dan mematahkan hujah keegoan politik belantara yang bakal dihadapi.  kebenaran bukan sesuatu yang mudah untuk dijelaskan dan bukan mudah untuk diterima oleh egoistik politikus yang menghalal kan cara demi kuasa..

Semoga Kesilapan Kali ini dijadikan pengajaran dan tidak Akan berulang kembali.. Selamat berkhidmat YB..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...