Seremban : Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun sudah membuat keputusn untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.
Wanita yang dikenali sebagai Nur,40 berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan 4 anak perempuannya berusia 5 hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.
Katanya, pada mula dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak - anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.
"setiap bulan pihak gereja itu akan menelefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah yang dihadapi.
" Mereka turut menawarkan saya dan anak - anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tetapi saya menolak "
" Bagaimana pun sejak Januari lalu saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong," katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan disini semalam.
Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak - anak memandangkan suami lalai memberikan nafkah.
Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan buku sekolah Tadika.
" Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku kesokolah Tadika, saya tidak bekerja lagi. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi tetapi mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.
" Saya mengaku pernah mendapat bantuan sebelum ini tetapi sekali sahaja. Kini saya sedang memikirkan samada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadat itu atau tidak memandangkan mereka talefon bertanyakan khabar dan menawar apa sahaja bantuan yang diperlukan katanya,".
* sumber Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan