Isnin, 29 Ogos 2011

RISDA TERENGGANU MEMBERIKAN DIVIDEN RM 20 JUTA UNTUK PEKEBUN KECIL


Tinggal hanya sehari dua sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, 3,454 pekebun kecil Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) di negeri ini mengukir senyum gembira.

Kegembiraan menghadapi 1 Syawal amat bermakna apabila mereka menerima pembayaran dividen sebanyak RM20.32 juta daripada RM176.6 juta dividen RISDA yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pertengahan bulan lalu.

Ketua Pengarah RISDA, Dato’ Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, dividen antara RM1,000 hingga RM6,000 seorang itu dibayar kepada 2,6665 peserta TSK dan selebihnya kepada peserta RTBB yang melibatkan tanah ladang seluas 13,713 ekar telah dimajukan.

“Dengan pembayaran dividen ini ia sedikit sebanyak dapat membantu peserta membuat persiapan menghadapi sambutan Aidilfitri serta simpanan untuk hari tua dan pendidikan anak-anak.

“Ini setimpal dengan apa yang diusahakan di bawah RTBB atau TSK selain memajukan RISDA,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bayaran dividen itu di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir menyampaikan dividen itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dengan diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera.

Sementara itu, seorang peserta, Ahmad Ismail, 54, dari Kampung Jerung Tuan, Marang berkata, dividen tersebut akan disimpan bagi kegunaan rawatan kesihatannya dan selebihnya akan dibelanjakan untuk persiapan raya.

“Terima kasih kepada RISDA dan Menteri Besar yang prihatin tentang masalah rakyat lebih-lebih lagi kepada pekebun kecil seperti kami yang bergantung kepada hasil tanaman," katanya yang memperolehi dividen berjumlah RM3,250.

Bagi Ibrahim Mamat, 70, yang berasal dari Kampung Bukit Berangan, Tepuh memberitahu, wang berjumlah RM1,625 yang diterimanya akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi perbelanjaan hari tuannya. 

RUMAH TERBUKA MB TERENGGANU PADA HARI RAYA PERTAMA..


Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said, akan mengadakan rumah terbuka di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk pada hari raya pertama mulai jam 10 pagi hingga 3 petang.

Orang ramai boleh datang ke situ bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Menteri Besar dan keluarga serta pemimpin kerajaan negeri yang turut hadir pada majlis berkenaan.

Dato’ Seri Haji Ahmad akan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama Ahli-Ahli Perwakilan Pemangku Raja di Masjid al-Muktabillah Shah, Ladang.

Selepas itu, beliau dijadualkan mengiringi Ahli-Ahli Perwakilan Raja dan isteri ke Makam Diraja.

Beliau kemudiannya akan pulang ke Kediaman Seri Iman bagi meraikan tetamu yang berkunjung bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan menjamu selera sempena perayaan tahun ini. 

PERSATUAN BEKAS POLIS TERENGGANU MEMBUAT LAPORAN POLIS MEMBANTAH KENYATAAN MOHAMAD SABU TIMBALAN PRESIDEN PAS


Kecewa dan kesal dengan tindakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengiktiraf pengganas komunis sebagai hero dan pejuang kemerdekaan negara, Persatuan Bekas Polis Terengganu (PBPT), hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan biadab pemimpin Pas itu.

Pengerusinya, Hussin Awang Ngah berkata , pihaknya terpanggil untuk membuat laporan polis kerana rasa terhina dengan kenyataan pemimpin itu yang mengiktiraf kumunis dan memperlekehkan pasukan keselamatan.

Katanya, PBPT yang kini mempunyai 4,500 ahli terkejut dengan kenyetaan seperti dan tidak sepatutnya keluar daripada mulut pemimpin sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam dan berbangsa Melayu.

Menurutnya, Mat Sabu sudah terdesak mencari publisiti sehingga sanggup memutar belit sejarah negara yang sudah diketahui umum.

“Kami dari pasukan keselamatan yang pernah berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara berasa hina dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Kampung Raja, hari ini.

Hussin berkata, hasil perjuangan anggota keselamatan tidak dinilai oleh pemimpin Pas sebaliknya mengangkat martabat perjuangan anggota komunis sebagai wira.

Beliau berkata, pemimpin Pas itu sebenarnya sudah nyanyok dan buta sejarah sehingga sanggup memesongkan fakta sebenar demi untuk kepentingan politik peribadi dan parti berkenaan.

"Oleh itu bangsa Melayu harus sedar dan bangkit menentang pemimpin seumpama ini kerana jika dibiarkan ia akan menjadi lebih parah,” katanya. 

Ahad, 28 Ogos 2011

ANAK TERENGGANU YANG PULANG BERHARI RAYA DI RAI OLEH KERAJAAN NEGERI

Kira-kira 1,000 anak jati Terengganu yang berada di perantauan akan diraikan di Majlis Aidilfitri Bersama Perantau 2011 di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu pada Hari Raya Kedua iaitu 31 Ogos.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama isteri, To’ Puan Norliza Mahmud dijangka turut memeriahkan majlis anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Komunikasi Negeri (Ukom).

Disamping menjamu selera, perantau juga dihidangkan dengan Persembahan kebudayaan, nyanyian lagu Hari Raya dan juga  sesi interaksi dan fotografi.

Perogram bersama Perantau dilaksanakan setiap tahun..

YAB DATO' SERI AHMAD SAID DAN ISTERI ZIARAH HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

Kedukaan dan kesakitan yang dialami oleh lebih 600 pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu mungkin sedikit terubat apabila menerima kunjungan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said serta beberapa pemimpin negeri, petang semalam.



Selain bertanya khabar, kunjungan sempena Program Ehsan Ramadan anjuran Pergerakan Puteri UMNO negeri itu, turut menyampaikan hamper raya kepada pesakit yang sedang dirawat di hospital berkenaan.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Nordiana Dato’ Shafie berkata, program itu antara lain bagi mendekatkan pemimpin dengan rakyat terutama mereka yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Katanya, kunjungan yang turut disertai isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Norliza Mahmud dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar itu merupakan sebahagian daripada Program Puteri Prihatin (3P) di Terengganu.

“Di saat orang lain begitu gembira untuk menyambut kemeriahan Aidilfitri, jangan kita lupa masih ramai insan yang kurang bernasib baik sedang menangggung penderitaan akibat pelbagai penyakit.

“Dengan sumbangan hamper seperti ini, ia sedikit sebanyak mampu menceriakan setiap pesakit serta anggota keluarga masing-masing," katanya ketika ditemui pada program berkenaan, petang semalam.

Selain kumpulan rombongan Menteri Besar yang turut diiringi Pengarah Kesihatan negeri, Dato’ Dr. Nordiyanah Hassan melawat pesakit di wad tujuh HSNZ, enam kumpulan lagi secara serentak turut serta melawat pesakit di wad yang lain.

Rombongan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd. Nasir Ibrahim Fikri membahagikan hamper raya kepada pesakit di wad dua, Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh, Muhammad Ramli Nuh (wad empat), dan Ketua Wanita UMNO negeri, Senator Dato’ Fatimah Hamat (wad satu).

Manakala kumpulan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Zaidi Muda di wad lima, Ketua Pemuda UMNO negeri, Saiful Bahri Baharuddin (wad enam) dan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh (wad lapan).

Tambah Nordiana, kunjungan itu adalah kemuncak kepada program sebelum ini di mana Puteri UMNO Terengganu turut menganjurkan program yang sama ke hospital-hospital daerah di Besut, Setiu, Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Sejurus selepas itu, warga Jabatan Kesihatan negeri bersama-sama Dato’ Seri Ahmad berbuka puasa di tempat letak kereta, Kompleks Rawatan Harian, HSNZ.

Khamis, 25 Ogos 2011

PENGAYUH BECA TERIMA DUIT RAYA DARIPADA MB





Seramai 68 pengayuh beca di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu menerima ‘duit raya’ sebanyak RM300 seorang, daripada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, hari ini.
Sumbangan tersebut disampaikan sendiri Menteri Besar kepada semua pengayuh beca berkenaan di Dataran Shahbandar, pagi ini.

Ini merupakan tahun ketiga Menteri Besar memberi sumbangan ‘duit raya’ kepada semua pengayuh beca di Kuala Terengganu, bagi membolehkan mereka membeli pelbagai keperluan untuk menyambut Aidilfitri.

Beliau berkata, kerajaan negeri memberi sumbangan tersebut bagi menghargai jasa-jasa pengayuh beca menyediakan perkhidmatan mereka di sekitar kawasan bandaraya.
“Tambahan pula pengayuh beca terdiri daripada warga emas dan daripada golongan miskin yang perlu dibela nasib mereka,” katanya.



Beliau berharap bantuan berkenaan dapat meringankan beban mereka untuk mencari sumber kewangan bagi membuat persiapan menyambut hari lebaran.

11 PEGAWAI TADBIR NEGERI TERENGGANU BERTUKAR. .

Rabu, 24 Ogos 2011

TASIK KENYIR AKAN DIBINA HOTEL TIGA BINTANG..

Pembinaan hotel 200 bilik bertaraf tiga bintang di Pulau Bayas, Tasik Kenyir yang bermula bulan depan bakal memberi impak besar kepada industri pelancongan di tasik itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, usaha yang dirintis telah mula menyakinkan sektor swasta untuk bersama-sama membangunkan dengan kos pelaburan keseluruhan dijangka mampu mencecah RM1 billion.

Katanya, Kerajaan Negeri dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) selaku agensi peneraju pembangunan tasik itu telah menggerakkan usaha awal bagi memastikan ia dapat disiapkan menjelang Ogos 2012 sebagai zon bebas cukai.

“Kerajaan Negeri , Ketengah serta agensi-agensi lain optimis bagi memastikan Tasik Kenyir menjadi destinasi pelancongan unggul," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kepimpinan UMNO negeri di Primula Beach Hotel, petang semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan kepimpinan UMNO negeri.

Pada majlis itu, Dato’ Seri Ahmad turut menyampaikan duit raya kepada 60 orang anak-anak yatim termasuk 40 pelajar dari Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya), Marang.

Tambah Menteri Besar, kawasan bebas cukai di Pulau Bayas sedang dibangunkan dengan peruntukan awal RM100 juta bagi penyediaan prasarana termasuk pembinaan jeti, kompleks persinggahan dan premis perniagaan.

Katanya, Pulau Bayas merupakan pulau terbesar di antara 340 pulau di dalam tasik yang berkeluasan kira-kira 700 hektar dan daripada keluasan itu, sebanyak 400 hektar akan dimajukan pada peringkat awal projek.

Selasa, 23 Ogos 2011

DANA RAYA...TERIMA KASIH KERAJAAN BN TERENGGANU

Sepanjang Minggu ini seluruh DUN di Negeri Terengganu sibuk menyampaikan sumbangan Dana Raya kepada yang layak menerimanya...

Tahun lalu kerajaan membelanjakan lebih RM40 juta untuk diagih kepada 150,000 keluarga di seluruh negeri.

“Tahun ini Kerajaan Negeri menambah 10 peratus peruntukan untuk dana berkenaan kerana ada pertambahan keluarga yang baru mendirikan rumah tangga.

Setiap keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, warga emas, orang kurang upaya serta ibu tunggal merupakan golongan yang layak menerima bantuan dana hari raya ini.

Dana raya diagihkan dalam tiga peringkat iaitu warga emas (RM200), keluarga miskin dan orang kurang upaya (RM300) serta yang mempunyai ramai tanggungan (RM400).
Rata rata penerima gembira dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membantu mereka dimasa yang sangat mereka memerlukan wang untuk belanja raya..

TINDAKAN KE ATAS PELAJAR TAJAAN YAYASAN TERENGGANU YANG MENYERTAI HIMPUNAN BERSIH DI MESIR

Kerajaan negeri akan menarik balik pinjaman pelajaran mana-mana pelajar termasuk yang sedang menuntut di Mesir Jika terbukti mereka menyertai perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika menjawab soalan Dato’ Haji Harun Taib (Pas-Manir), berkata Yayasan Terengganu (YT) sudah diarah agar mengeluarkan memo atau surat tunjuk sebab kepada pelajar berkaitan.

“Sekiranya jawapan yang diberi tidak munasabah atau tidak memuaskan, YT tidak akan bertolak ansur dan akan menarik balik pinjaman yang diluluskan,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu terpaksa dilakukan kerana jelas melanggar peraturan yang ditetapkan dalam surat penjanjian YT.

“Apa yang dikesalkan mereka tetap menyertai perhimpunan itu walaupn sudah mengetahui kesan dan akibatnya,” katanya.

Katanya, pihaknya tidak dapat mengesan berapa jumlah individu yang menyertai perhimpunan Bersih berikutan tiada pihak yang dilantik untuk urusan memerhati atau membilang jumlah peserta.

“Berdasarkan kenyataan Wakil Rakyat Wakaf Mempelam dalam laporan akhbar, seramai 200 individu ditahan pihak berkuasa dalam perhimpunan yang diadakan di perkarangan Masjid Rusila,” katanya.

PTH diwujudkan kembali

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Rozi Mamat memberitahu Sidang Dewan Undangan Negeri bahawa Program Tunas Harapan (PTH) yang ditamatkan pada 2008 diwujudkan kembali bagi melahirkan lebih ramai atlit berpengalaman dan cemerlang.

Katanya, PTH diwujudkan sejak 1991, ketika program ini dijalankan, semua jurulatih PTH di Sekolah Sukan Bukit Nenas (SSBN) dibayar elaun sebanyak RM250 seorang.

“Bagaimanapun program ini terpaksa ditamatkan pada 2008 kerana ingin memberi tumpuan kepada Sukan Malaysia (Sukma) di mana ketika itu Terengganu sebagai tuan rumah.
Semua jurulatih, pengiat dan pengurus sukan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap Sukma pada ketika itu,” katanya.

“Menyedari hakikat PTH mempunyai sumbanagn besar dalam pembangunan sukan, ia akan diwujudkan kembali dengan memulakan lima jenis sukan pada awal tahun ini,” kata ketika menjawab soalan YB Muhammad Ramli Nuh (BN-Tepoh).

Menurutnya, kerajaan negeri bangga kerana sebahagian besar atit yang lahir pada hari ini sehingga mampu mengharumkan nama di serata negara adalah dari Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu.

“Kerajaan neegeri telah mengeluarkan peruntukan yang cukup besar untuk sekolah tersebut. termasuk membelanjakan sebanyak RM700 ribu setahun untuk biasiswa kepada pelajar serta bantuan insentif kepada pelajar berprestasi tinggi,” katanya.

Katanya, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan Adun Tepoh yang ingin mewujudkan kembali bayaran elaun RM250 kepada jurulatih bermula tahun depan.

“Buat masa sekarang, SSBN sudah mempunyai jurulatih tempatan dan luar negara yang berpengalaman dan mereka dibayar gaji secara bulanan,” katanya.

TERENGGANU TERIMA 1.7 B TUNGGAKAN

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said memberitahu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam (22 Jun) bahawa Kerajaan Pusat bersetuju membayar balik Dana Khas dari Royalti Petroleum Terengganu sebanyak RM1.7 billion termasuk RM770.344 juta yang digunakan Syarikat Perumahan Negara Berhad untuk perlaksanaan projek itu di negeri lain dan Terengganu.

Katanya, jumlah itu sebahagian daripada RM2.1 billion yang dituntut kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan bagi wang royalti itu.

“Kerajaan negeri juga sedang berbincang untuk menyelesaikan beberapa isu bagi memuktamadkan baki RM400 juta lagi daripada jumlah sebenar RM2.1 billion seperti yang dituntut.

“Setakat ini, Kerajaan Pusat bersetuju membayar RM770.334 juta wang Dana Khas royalti Petroleum yang digunakan SPNB,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Haji Hadi Awang (PAS- Rhu Rendang).

Menurutnya, pada masa sama, Kerajaan Pusat bersetuju membayar sebanyak RM1.7 billion dan RM400 juta lagi masih peringkat pertimbangan.

“Kerajaan negeri sudah berunding dan bersetuju bayaran itu dibuat secara berperingkat-peringkat daripada jumalah RM1.7 billion itu sebanyak RM200 juta setahun.

“Kita juga menerima berita baik bahawa bayaran pertama RM200 juta sudah diterima dan dimasukkan ke dalam bank,” katanya.

PEMIMPIN PAS IBARAT "POK KE"

Pemimpin pembangkang, termasuk daripada Pas diibaratkan sebagai ‘Pok Ke” (sesumpah) yang boleh berubah warna mengikut tempat ia berada, apabila mereka mengeluarkan kenyataan mahu menjadikan negara ini sebagai Negara Kebajikan.

Pengerusi Jawatan Kuasa kebajikan, Pembangunan Masyarakt dan Wanita Negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad, berkata lebih teruk lagi apabila pemimpin Pas dan rakan mereka dalam pembangkang turut ‘mengangguk’ semua kenyataan yang dikeluarkan Karpal Singh, walaupun ia bertentangan dengan kehendak dan ajaran Islam.

“Mereka (pemimpin Pas) angguk semua yang Karpal Singh kata sebab takut kepada geng (parti komponen pembangkang) mereka,” katanya ketika menjawab soalan YB Ramblan Ali (BN-Jabi) berhubung Negara Kebajikan yang diwarwarkan parti pembangkang jika mereka berjaya memerintah negara ini.

Dato’ Yahya berkata, isu Negara Berkebajikan merupakan perkara lapuk dan sudah tidak relevan kerana ia sudah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kerajaan BN amat prihatin terhadap kebajikan rakyat miskin, termasuk ibu tunggal kerana macam-macam program dilakukan bagi membela nasib mereka,” katanya.

Mengenai bilangan peenrima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang agak tinggi di Terengganu, beliau menjelaskan terdapat banyak faktor yang menyumbangkan kepada masa lah itu.

“Pertama disebabkan bilangan kematian ketua isi rumah yang tinggi menyebabkan keluarga berkenaan hilang sumber pendapatan dan terpaksa bergantung kepada bantuan JKM,” ujarnya.

HARGA IKAN DITERENGGANU MAHAL??

Harga ikan di negeri ini hampir sama dengan negeri lain walaupun ia agak mahal kebelakangan ini, terutama menjelang bulan Ramadan lalu.

Sebagai contoh, ikan merah dijual di Terengganu dengan harga RM30 sekilogram, sama dengan harga di Kelantan, tetapi berbeza sedikit dengan Pahang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang di mana harganya RM25 sekilogram.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, YB Dr A. Rahman Mokhtar, berkata ikan selayang pula dijual RM8 di Terengganu manakala di Kelantan dan Pahang RM7, tetapi di Kuala Lumpur RM9 dan Pulau Pinang RM10.

“Kerajaan sedar dengan kenaikan harga ikan di pasaran tempatan, tetapi ia tidak dapat dielakkan kerana terdapat banyak sebab yang mendorong kenaikan harganya,” katanya ketika menjawab soalan lisan Dato’ Haji Harun Taib (Pas-Manir) pada sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini.

YB Dr A. Rahman berkata, antara punca tersebut ialah jumlah tangkapan ikan yang merosot disebabkan perubahan cuaca yang tidak menentu dan kuantiti pendaratan hasil tangkapan nelayan yang menurun.

Selian itu, ia juga disebabkan kenaikan kos bahan api dan peralatan menangkap ikan yang terpaksa ditanggung nelayan dan pengusaha laut dalam serta perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang melonjakkan permintaan untuk bekalan ikan.

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan bertindak mengimport bekalan ikan dari luar bagi menampung permintaan tempatan, sekaligus membantu menurunkan harga ikan.
“Kerajaan juga sedang giat menyediakan habitat baru ikan berupa tukun tiruan bagi tujuan ikan dan marin membiak,” ujarnya.


Ahad, 21 Ogos 2011

MAJLIS HARI RAYA DI BAHAGIAN BESUT, TERENGGANU

Umno Bahagian Besut menetapkan jadual majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) untuk dikunjungi orang ramai sebagaimana ditetapkan pihak urusetia bahagian.

Setiausaha Umno Bahagian, Dr A Rahman Mokhtar yang juga ADUN Kuala Besut, berkata pihaknya sudah menyelaraskan jadual berkenaan bagi mempastikan semua rakyat dapat hadir menemui pemimpin sempena hari raya tahun ini.

Katanya,majlis pertama ialah pada hari raya kedua, yang didahului oleh Ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga ADUN Jertih yang akan berlangsung di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong.

Manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian, Nawi Mohamad yang juga (ADUN) Hulu Besut juga akan mengadakan majlis serupa pada hari raya kedua yang akan diadakan di Dewan Penyelaras DUN Hulu Besut Kampung Cegar Batang, Pasir Akar.

Naib Ketua Umno Bahagian,Muhammad Pehimi Yusof yang juga ADUN Kota Putera akan mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Kampung Batu Tumbuh, Besut.pada hari raya ketiga.

Turut serta mengadakan majlis pada hari raya ketiga ialah, Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Penasihat Agama Perdana Menteri, yang akan mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Kampung Alur Lintang.

Dr A Rahman berkata, beliau sendiri akan mengadakan majlis pada hari yang sama yang berlangsung di kediamannya di Kuala Besut.

Katanya, orang ramai bolehlah menghadiri majlis berkenaan yang bermula pada jam 9 pagi hingga 2 petang.

MB TERENGGANU BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK TERENGGANU DI PICC

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. (20 0G0S)

Program kali ketiga anjuran bersama Kerajaan negeri dan Persatuan Anak Terengganu Wilayah Persekutuan dan Selangor (Pesat) itu berjaya menghimpunkan hampir 2,000 anak Terengganu yang bekerja dan belajar di sekitar Lembah Klang itu.



Menteri Besar dalam ucapannya berkata, program itu sebagai kesinambungan semangat kerjasama dalam membina ukhwah dengan rakyat Terengganu di luar negeri bersama pemimpin negeri.

“Penganjurannya saban tahun selaras dengan hasrat yang diimpikan Kerajaan negeri untuk melihat anak Terengganu mempunyai hubungan baik sesama mereka dalam usaha mencari rezeki di tempat orang serta melanjutkan pengajian.

“Kesepakatan ini wajar diteruskan dan kami mengharapkan titik pertemuan yang dibuat ini mampu merencanakan pelbagai program untuk kepentingan anak Terengganu yang menetap di sini,” katanya.



Turut hadir pada majlis itu, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, Presiden Pesat, Dato’ Ramlan Ibrahim serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Tambah Dato’ Seri Ahmad, hubungan erat antara pimpinan Kerajaan negeri dan Pesat membolehkan lebih banyak program mampu dilaksanakan bagi membawa semangat orang Terengganu yang cemerlang dalam pelbagai bidang khususnya pendidikan dan sukan.

“Kita mahu ubah minda sebahagian mereka yang berada di luar negeri supaya berasa bangga menjadi rakyat Terengganu kerana kejayaan kita mencipta rekod dan sejarah baru dalam akademik mahupun sukan.

“Apa yang kita lakar hari ini sudah menjadi buah mulut orang dan kita mahu berkongsi kegembiraan itu bersama rakyat Terengganu di mana sahaja mereka berada supaya suatu hari nanti mereka berasa bangga menjadi anak Terengganu,” ujarnya.



Majlis yang dipengerusikan oleh pelakon popular, Dato’ Ahmad Tarmimi Serigar itu seterusnya diperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran oleh Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ustaz Ahmad Tarmizi Abd. Rahman.

Sejurus selepas itu, Menteri Besar bersama yang lain menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih yang diimamkan oleh Imam jemputan dari Timur Tengah, Sheik Mohd. Fathy Mohamed Abdel Gelil.

YAYASAN ISLAM TERENGGANU CADANG BINA HOTEL 4 BINTANG, RM100 JUTA

Yayasan Islam Terengganu (YIT) bakal memeterai kerjasama dengan sebuah syarikat hartanah bagi membina sebuah hotel empat bintang di bandar raya Kuala Terengganu yang dianggarkan bernilai RM100 juta pada awal tahun depan.

Pengarah yayasan berkenaan, Md. Kamarul Al-Amin Ismail berkata, pembinaan hotel 20 tingkat bersebelahan bangunan Wisma Darul Iman itu bakal menonjolkan seni bina Islam serta rekabentuk bangunan beridentitikan Terengganu.

Menurutnya, melalui pelaburan itu, YIT akan mempunyai kira-kira 30 peratus pegangan saham dalam projek itu manakala selebihnya milik rakan kongsi yang bakal diumumkan kelak.

“Hotel yang dijangka berperasi pada tahun 2014 itu, menjadi projek perhotelan kedua YIT selepas hotel saiz serdehana 20 bilik di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu,” katanya di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, tambah Md. Kamarul, YIT merancang untuk membangunkan tanah-tanah milik yayasan itu di seluruh negeri dengan pelbagai projek komersil yang menguntungkan.

Katanya, tanah dengan luas keseluruhan 29.6 hektar yang dimiliki YIT di Kemaman, Besut, Setiu dan Kuala Terengganu akan dibangunkan secara berperingkat agar ia memberi manafaat kepada penduduk sekitar khususnya pelabur tempatan.

MAIDAM TERIMA ZAKAT RM59,794.13 DARIPADA KOKITAB




Dato' Senara Muda, Dato' Haji Mazlan (dua dari kanan) menerima zakat daripada wakil kokitab Encik Khazali (kanan)

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima bayaran zakat perniagaan daripada Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (Kokitab) Berhad di Majlis Penyerahan Zakat, pejabat Maidam hari ini.

Wakil Kokitab, Setiausaha Kehormat Kokitab, Encik Khazali Musa menyerahkan sejumlah RM59,794,13 kepada Yang Dipertua Maidam, Dato' Senara Muda, Dato' Haji Mazlan Hashim.

Sementara itu Encik Khazali berkata, pihaknya berusaha mempelbagaikan projek pembangunan semata-mata untuk meningkatkan keuntungan dan menaiktaraf ekonomi koperasi pada setiap tahun.

Selasa, 16 Ogos 2011

KALAU NAK DIKATAKAN NEGARA KEBAJIKAN...KERAJAAN BN LAH YANG BANYAK MELAKSANAKAN PROGRAM KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT





YAB DATO' SERI AHMAD SAID BERBUAL MESRA DENGAN PENERIMA DANA RAYA..

KERAJAAN NEGERI AKAN BAYAR TUNGGAKAN ELAUN JKKK..





YAB Menteri Besar menyampaikan watikah perlantikan kepada seorang Pengerusi JKKK Daerah Besut petang semalam.
BESUT 16 OGOS 2011


Penantian selama lapan bulan untuk mendapat berita baik dari Kerajaan Negeri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengenai elaun baru mereka akhirnya terjawab semalam apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan tunggakan elaun terbabit akan dibayar segera.


“Insyaalah jika tidak ada aral melintang tunggakan elaun kepada semua pengerusi JKKK negeri ini akan dibayar menjelang akhir bulan Ramadan ini,” katanya.

Katanya, jika ada masalah tunggakan berkenaan akan dibayar selewat-lewatnya pada bulan September depan. Apa yang penting kerajaan tetap membayar elaun berkenaan sebagaimana diputuskan oleh kerajaan.

Menteri Besar berkata demikian ketika menyampaikan watikah perlantikan kepada pengerusi JKKK Daerah Besut sempena majlis berbuka puasa yang diadakan di perkarangan kediaman Pegawai Daerah Besut, Pantai Peranginan Air Tawar, petang semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad, ADUN Jabi, Ramlan Ali dan Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh.

Ahmad ketika menjelaskan perkara itu berkata, bayaran tunggakan itu akan dibayar penyandang jawatan pengerusi yang dikekalkan berkuatkuasa Januari lalu manakala mereka yang baru dilantik ia akan bermula pada Jun lalu.

Ketika ini semua pengerusi JKKK masih menerima elaun mengikut kadar lama RM450 manakala kadar baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan mulai Januari tahun ini.

Kenaikan kadar baru elaun pengerusi JKKK diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada pembentangan Bajet 2011 pada Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan negeri juga terpaksa membelanjakan RM12 juta untuk pembayaran bonus kepada kakitangan kerajaan negeri yang akan dibayar bulan ini bagi membantu meringankan beban menyambut Aidilfitri tidak lama lagi....

PAS ; LALAT HIJAU


16 August 2011


Pas usah jadi ‘lalat hijau’ selama-lamanya

Oleh: Pencari Keadilan


Rupanya ada yang melenting apabila Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, mengeluarkan kenyataan Pas Terengganu diibaratkan seperti 'lalat hijau' yang sering membawa penyakit kepada masyarakat.


Tetapi, ternyata ramai yang menyokong kenyataan tersebut kerana sememangnya pemimpin parti itu gemar sekali menghamburkan dakwaan palsu dan tuduhan yang tidak berasas.


Sewaktu membuat kenyataan itu, Menteri Besar berkata, setelah usaha pemimpin Pas mahu memburukkan kepimpinan Barisan Nasional tidak berkesan, sebaliknya mereka kini sibuk 'membedil' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk dijadikan isu. 


Pemimpin Pas mengeluarkan pelbagai tohmahan kepada SPR dan mendakwa badan bebas yang mengendalikan perjalanan pilihan raya di negara ini, berkomplot dengan BN. 


Jika benar dakwaan pemimpin Pas itu, sudah lama BN dapat menawan semula negeri Kelantan selepas ia kalah pada Pilihan Raya Umum 1990. 


Jika benar juga dakwaan itu, BN tidak akan gagal dalam sebahagian besar pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU 12. 


Apa yang sebenar berlaku di Terengganu, ialah Pas yang membawa pengundi “import” atau lebih dikenali sebagai “pengundi hantu”. 


Setiap kali pilihan raya, banyak bas dari luar datang ke Terengganu membawa pengundi hantu bagi mengundi calon-calon Pas. Mereka biasanya datang lebih awal bagi mengelakkan diri mereka dikesan oleh pihak berkuasa. 


Pengundi hantu ini akan mengundi calon-calon Pas, khususnya Presidennya, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang. Inilah antara taktik kotor yang dilakukan oleh Pas sejak zaman berzaman, tetapi mereka sengaja buat-buat tidak tahu mengenai perkara itu. 


Sebaliknya pemimpin Pas yang semakin terdesak kini lantang membuat tuduhan kononnya SPR berkomplot dengan BN mewujudkan pengundi hantu bagi memenangkan calon tertentu. 


Inilah kerja pemimpin Pas dan keadaan ini mendorong Menteri Besar untuk melabelkan mereka sebagai ‘lalat hijau’. 

Sepatutnya pemimpin Pas menghentikan perbuatan tidak bermaruah itu dan bertaubat mulai sekarang. Mereka juga tidak sepatutnya membiarkan diri mereka menjadi tunggangan DAP selama-lamanya. ,,,'PAS BERANGAN-ANGAN NAK GANTI UMNO...TETAPI YANG NAMPAK JELAS DAP KONTROL PAS'

Ahad, 14 Ogos 2011

RAMAI UMAT ISLAM TIDAK MENGHAYATI FALSAFAH RAMADHAN...

maksud Hadis Nabi s.a.w..."Betapa ramai yang berpuasa tetapi tiadalah puasa mereka itu melainkan  hanya mendapat lapar dan dahaga"
        Falsafah Ramadhan adalah untuk mendidik,mentarbiyah,mengasuh hawa nafsu daripada sentiasa mengikuti perbuatan dosa, disamping manusia memburu ganjaran  dari Allah dan keampunan dari segala dosa melainkan dosa syirik..Nafsu makan adalah yang pertama dikawal, diikuti pula nafsu mata,lidah,sahwat dan pendengaran...semua anggota perlu dikawal bagi menjamin pengabdian diri dalam ibadah puasa dan diterima Allah sebagai amalan yang akan diberi ganjaran berlipat kali ganda...bahkan Allah juga menjanjikan satu malam yang bersamaan dengan 1000 bulan..
       Kegilaan umat Islam hari ini adalah dengan menjadikan bulan puasa ini sebagai bulan pesta makanan, pesta berbelanja besar untuk pakaian dan perhiasan, pesta makan dihotel-hotel besar dan mewah yang mana itu semua adalah tidak selari dengan falsafah Ramadhan....Mampukah puasa hari ini mendidik perasaan untuk menghayati kehidupan orang susah yang tiada makanan seperti rakyat Palestin... atau seperti rakyat Afrika yang mati kebuluran sekarang yang sepatutnya kita insafi...kerana walaupun kita lapar sebab tak makan waktu siang, namun sudah terbayang malam nanti kita akan belasah semeja juadah hidangan...
       Begitu juga dengan fe'el perangai kita ..walaupun berpuasa tetapi masih suka menabur finah,mengumpat,mencaci dan mengeji, memberontak, menyebar berita palsu...percaya kepada khabar yang belum jelas kesahihannya, semuanya itu berlaku kerana puasa yang dijalani tidak mendapat apa-apa kebaikan , tidak memberi apa-apa kesan, tidak melahirkan hati budi yang luhur..cuma sekadar lapar dan dahaga semata-mata...

Khamis, 11 Ogos 2011

Utusan Malaysia Online - Bicara Agama

Utusan Malaysia Online - Bicara Agama

PM umum RM53.4 juta pendahuluan pembiayaan IPT

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar yang akan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bermula 3 Sept depan


pssttt : orang berbudi kita berbahasa, janagn pula jadi seperti  orang bagi madu kita bagi racun...fikir fikir kan lah

SALAH KE DATANG BERBUKA PUASA DI GEREJA



PENDAHALUAN

kisah ini adalah penjelasan lengkap mengenai operasi pemeriksaan 12 orang islam di gereja yang dijalankan pada 2 ogos 2011 beralamat di dewan 3, damansara utama methodist church (dream center) jalan 13/1, seksyen 13, 46700 petaling jaya, selangor de.


LATAR BELAKANG

pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang islam ke majlis berbuka puasa yang dinamakan 'thanksgiving diner program itenary' seperti alamat di atas.

tindakan berdasarkan seksyen 10 enakmen jenayah syariah (negeri selangor) tahun 1955 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama islam.

siasatan juga dibuat mengikut enakmen agama bukan islam (kawalan perkembangan di kalangan orang islam ) negeri selangor tahun 1988.

program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan thanksgiving.

operasi ini disertai oleh 13 pegawai penguatkuasa agama jabatan agama islam selangor dibantu oleh sepasukan polis diraja malaysia seramai 20 orang daripada IPD petaling jaya dan sea park.

PERLAKSANAAN OPERASI

taklimat dibuat di pejabat JAIS pada jam 8.40 malam

bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam.

tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke dewan 3.

jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan.

semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda telah melakukan pengucapan awam di atas pentas, di depan tetamu yang hadir.

anggota didatangi oleh wanita bernama tag 'sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan.

anggota pdrm dan JAIS yang tela memasuki dewan diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan.

sedikit pertelingkahan berlaku antara anggota dan penganjur.

anggota telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang islam di majlis tersebut. pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang islam hadir di majlis tersebut.

maklumat pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. anggota akhirnya memperolehi tentatif program. terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'alhamdulillah dan allahuakbar'.

terdapat juga satu borang kuiz islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.

sementara itu, anggota yang menjaga pintu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang.

setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar dari dewan.

12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI

1) nadeane binti che mohd salleh (sofea) .
ic 79xxxx-01-6094

2) muhammad khairul dhillon bin abdullah
ic 69xxxx-08-6039

3) ina reima fitriza binti mahadzir
ic 85xxxx-71-5018

4) ade andrian putra bin mahadzir
ic 94xxxx-02-5609

5) nea reima mareana binti mahadzir
ic 90xxxx-02-5778

6) rasyidah binti abd razak
ic 77xxxx-01-5908

7)nur umrah binti abd razak
ic 95xxxx-01-6002

8) mohd haslan bin bob hasnan
ic 80xxxx-10-5045

9) faridah binti abdul rahman
ic 71xxxx-12-5478

10) nur al ashikin bt shaikh dawood
72xxxx-10-5072

11) faridah bt abdul latep
ic 72xxxx-71-5256

12) sahrunida bt assad
ic 81xxxx-08-6246

terdapat ibu bapa yang beragama islam membawa anak-anak kecil.

ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK

- jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan islam.

- peserta islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap.

- nyanyian 'alhamdulillah dan allahuakbar' dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja).

- soalan kuiz islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.

majlis tersebut disyaki bertujuan untuk menarik orang islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti ;

- bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan.

-baju yang dipakai oleh bukan islam adalah baju kebaya,kebangsaan dan kurung.

-cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.

-majlis diadakan di premis kristus.

-salah seorang peserta ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung agamanya. jawapannya 'i believe in god'.

FAKTA TAMBAHAN

tiada serbuan dilakukan oleh anggota, sebaliknya rundingan.

(sebarkan fakta in kepada seluruh umat islam di malaysia ) PENTING!












































sumber: blog GAP



Rabu, 10 Ogos 2011

Ramadhan disambut meriah di Terengganu

setelah melepasi lima hari umat Islam menunaikan ibadat puasa, kelihatan disana sini sudah bermula majlis berbuka puasa. Begitulah saban tahun sambutan puasa di negeri Darul Iman ini. Tidak ketinggal majlis berbuka puasa oleh Pergerakan Pemuda UMNO Dun Jabi juga telah dilaksanakan pada hari ini. Majlis turut dihadiri oleh Yb Haji Ramlan Bin Ali ADUN kawasan Jabi.

Candid Berbuka Puasa Pemuda UMNO Dun Jabi


diharapkan agar program seumpama ini dapat mengukuh dan memperkemas barisan Pemuda UMNO Dun Jabi.

Selasa, 9 Ogos 2011

Ramadan in Russia…long fasting hours and scorching heat



Ramadan has a distinct feel in Russia, even though there is no observed change; the stores are open, and people go about their day as usual with their usual eating habits.
Dr. Rahmatullah stated to “Islam Online”: “all Muslims are immersed in the mercy of Allah.  Everything around us is as is, but when you enter the mosque, you feel the blessing of Ramadan…The crowded mosques are full of life…With the grace of Allah our situation changed now.  We can finally experience this feeling that we were deprived of for decades.”
All streets leading to the mosques are crowded with Muslims, who come from all parts of the city to pray and stay in the mosque, and to buy groceries from the Halal stores surrounding the mosque.
Roslyn Bashirwevich, one of the leaders of the mosque stated to “Islam Online”: “I come to the mosque as much as possible.  Coming to the mosque is one of the most essential things for me in the month of Ramadan…In Ramadan one would be overtaken by thought of the reality of things.  You become certain that one would not live forever.  Therefore, we must prepare ourselves fully for the Hereafter.  It is truly a divine feeling that we only feel in the blessed month of Ramadan.”

Ramadan and the scorching heat
Russia is very well known for its cold climate and an environment befitting for polar bears.  But, for the temperature to reach over 30°C, and could sometimes reach 40°C, is something that the Russian people are not used to.
Ramadan this year is much like the previous year in terms of its high temperatures, which led to many forest fires in several northern and southern Russian cities.
A distinctive aspect of Ramadan in Russia, which has been occurring for the past several years, is the long fasting hours, where the Muslims fast more than 18 hours a day.  This causes hardships for the fasting Muslims, especially those who work in labor.  However, nonetheless, the Muslims do not mind fasting despite the hardships they face.
“This year the weather is very harsh.  Despite that, with the coming of Ramadan we felt a sense of psychological ease that is aiding us in overcoming all hardships.  Ramadan only comes once a year.  Therefore, we must be patient and gain as much benefit from it as we can.  Ramadan truly has a distinct taste that we feel in our hearts,” said Bashir Mohmameduf, who works as an engineer in a private company, to “Islam Online”.

Charitable achievements like never before
In the past few years, there has been an ample amount of charitable activities like never before.  Some associations would organize Iftar meals in all mosques and prayer areas.  Others would increase their efforts in gathering donations for orphans, and the sick in need of medications.
Dr. Nidal Al-Heeh, Mufti Advisor of the Saratov region stated to “Islam Online”: “this year, we organized daily Iftar programs in all our associated mosques.  The programs also consist of Quran courses and Islamic lectures.”
“Keeping into consideration that Tarawih prayers are held at a late hour, we rented buses to transport Muslims back to their homes after performing the prayers.  This is a new project that we have never organized before.  In addition to that, we will also distribute juices and sweets to the children in an effort to encourage them to come to the mosque at such late hours,” he added.
Mohammed Salah Al-Daynouf, Head of the Islamic Council of Russia affirmed to “Islam Online” that in addition to the Iftar activities they are hosting in association with their affiliated organizations in many Russian regions, they are also holding media activities in order to display the Muslim cultures and traditions in Ramadan.
“Engaging ourselves in the media is crucial.  We must make our activities known to the rest of the community.  This will in turn build a sense of competition, in addition to a sense of unity amongst the Muslims.”
“Muslims’ engagement in media is very weak.  We are therefore attempting to fill that gap through the Islamic channel we are overlooking.  Ramadan traditions differ amongst different backgrounds; we want to make these traditions known as much as possible,” he added.

Ramadan traditions
Depending on their backgrounds, Muslims have differing traditions in Ramadan.  However, the entire Muslim community has a thing in common; fasting the days and praying in the nights. 
Despite that fact that the Muslims live in a non-Muslim society that affects them greatly, the Muslims in Russia maintained their identity, and even passed it on to others.
Amongst the traditions of Ramadan in Russia is inviting the local Imam or Reciter to Iftar.  Then, all those who are present, regardless of their age, must recite a few verses from the Quran. 
Shortly after, and while drinking tea, the Imam would give a lecture regarding remaining firm on the Muslim belief.

Isnin, 8 Ogos 2011

HABIS MADU SEPAH DI TERAJANG

(Persekongkolan Luar Tabi'e yang sedang menghancurkan Islam dari luar & dalam)

Dah la perut kenyang, hanya dapat senyum jer la....kalau tak gerenti terbahak bahak di buatnya, lawak juga To' Zul ni, mohon share To' cerita baru di pasaran tu....

mari kenali pencipta Jalur Gemilang

PENCIPTA BENDERA MALAYSIA DILUPAI





“Hati saya terguris mengenangkan Allahyarham setiap kali melihat Jalur Gemilang berkibar megah di seluruh pelosok negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara. “Malah, saya kecewa dan terkilan kerana ada sesetengah pihak yang mempertikaikan Allahyarham sebagai pencipta bendera kebangsaan,” kepada Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang.

Tarikh 31 Ogos 1957 tercatat satu sejarah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur apabila Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah keramat, MERDEKA! sebanyak tiga kali sambil disaksikan puluhan ribu rakyat jelata bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara. Pada hari itu juga, bendera Malaysia megah berkibar buat julung kali menggantikan bendera Union Jack sebagai satu simbolik bebas daripada penjajahan British. Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui latar belakang pencipta bendera kebangsaan yang kini dikenali Jalur Gemilang iaitu Allahyarham Mohamed Hamzah, malah, Buku Bendera Ku yang dikeluarkan Arkib Negara tidak mempunyai gambarnya.

Beliau juga dikatakan tidak pernah menerima sebarang hadiah di atas hasil kerjanya. “Tidak dinafikan Jalur Gemilang memberi pelbagai erti kepada setiap warganegara, namun bagi Allahyarham Mohamed Hamzah sekeluarga, ia melambangkan hadiah istimewa yang tidak ternilai kepada negara tercinta. Kalau Allahyarham Tan Sri P Ramlee dikenang dan dihargai sampai bila-bila, apa salahnya Allahyarham Mohamed Hamzah turut diberi pengiktirafan. Bagaimanapun, selepas 47 tahun, akhirnya waris Allahyarham Mohamed Hamzah berpeluang untuk berkongsi jasa dan sumbangan Allahyarham bersama pelbagai lapisan masyarakat seluruh negara.

KIBARLAH JALUR GEMILANG...TANDA KASIH KEPADA NEGARA DAN BERSYUKUR....







                          Pantun Jalur Gemilang


Jalur Gemilang bendera bertuah
Rakyat Malaysia berasa megah
Hidup bahagia tiada resah
kerana negara merdeka sudah


Jalur Gemilang lambang bersatu
Merah, kuning, putih dan biru
   Bulan bintang menghiasi penjuru
Empat belas negeri menjadi padu

Putih dan merah suci berani
    Menyeru rakyat membangunkan negeri
Menentang musuh yg hasad dengki
    Mempertahankan negara setiap inci

Pelbagai bangsa berlainan bahasa
   Jalur gemilang menyatukan semua
Teguh, bersatu dan bekerjasama
   Tanda sepakat aman sentosa.

Nukilan asal: Vikneshwaran a/l Kannan


"kibarkanlah Jalur Gemilang tanda rasa sayang kita kepada tanah tumpah darah kita"



* pssttt...kita orang melayu takde semangat seperti kawan kita tu ke ???



PUJUKAN DARI GEREJA

Seremban : Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun sudah membuat keputusn untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.

Wanita yang dikenali sebagai Nur,40 berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan 4 anak perempuannya berusia 5 hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.

Ahad, 7 Ogos 2011


FIRMAN ALLAH YG BERMAKSUD;
"Dan hendaklah kamu jadi umat yg pertengahan utk menjadi saksi ke atas manusia, dan Rasul itu menjadi saksi ke atas kamu." Umat yg pertengahan dlm ayat di atas banyak disalahertikan oleh sesetengah masyarakat Islam. Antara istilah yg digunakan oleh umat Islam terhadap maksud 'WASATA' dlm ayat itu ialah sederhana. Memang benar Islam itu agama yg sederhana, yg pertengahan. Tapi apa yg dimaksudkan dgn sederhana dalam Islam sebagaimana yg sebenar2nya dikehendaki oleh Rasulullah? Di sinilah banyak timbul kekeliruan di kalangan masyarakat kita apabila bercakap ttg KESEDERHANAAN DALAM ISLAM. Adakah apabila seseorang memakai baju kurung tetapi tidak bertudung itu yg dikatakan sederhana?Ataupun adakah orang yang memakai serban itu dikira ekstrim?


Ada orang yg sering melaungkan bahawa kita mesti sederhana dari segala aspek kehidupan. Dalam berpakaian, dalam makanan, dalam pendidikan, dalam pemikiran. Apakah kayu ukur kesederhanaan dalam Islam? Sudah tentu tiada khilaf di kalangan umat Islam bahawa Qur'an dan Sunnah lah yg menentukannya. Tapi berapa ramai yg mentafsirkan sederhana itu berdasarkan Qur'an dan sunnah itu?

Manusia yang paling sempurna untuk dijadikan teladan kesederhanaan dalam Islam ialah Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Kemudian barulah boleh kita lihat contoh teladan kehidupan para sahabatnya yg besar2 radhiallahu anhum aj ma'in. Bagaimana kehidupan Nabi, itulah contoh kesederhanaan yg wajib kita ikuti dan contohi. Melainkan perkara2 yg dikecualikan untuk baginda sahaja seperti kahwin lebih daripada 4.
Dalam aspek pendidikan anak2 umpamanya, kesederhanaan yang diajar ialah hendaklah kita mula mengajarnya solat dan adab2 dlm Islam bermula usianya 7 tahun. apabila umurnya 10 thn , hendaklah memukulnya tanpa mencederakannya sekiranya ia ingkar mengerjakan solat. Yang tidak sederhananya ialah , kita sibuk nak memukulnya bila dah tua bangka sedangkan waktu kecil tidak diajar.

Dalam aspek ekonomi pula, yang sederhana dalam Islam ialah melaksanakan sistem ekonomi berasaskan syariah, bukannya sistem konvensional yg berasaskan riba. Ekonomi Islam itu merupakan suatu pertengahan antara pelampauan ekonomi kapitalisme yg menindas golongan lemah, dan ekonomi sosialisme yg tidak mengiktiraf hakmilik individu.
Dalam aspek politik pula, kesederhanaan Islam itu terlaksana apabila ideologi2 politik ciptaan manusia ini ditinggalkan dan dilaksanakan pemerintahan yg berasaskan Qur'an dan Sunnah.
Bukanlah kesederhanaan itu apabila kita apabila orang yg bertudung menuduh yg tidak bertudung itu jahat dan wajib dipulaukan tanpa berdakwah kepadanya dan berbuat baik senantiasa sesama Islam.

Kesederhanaan dalam pergaulan bermasyarakat ialah kita wajib memegang prinsip yg disebutkan dalam Al Qur'an yg bermaksud "... berlemah lembut terhadap sesama mukmin dan bersikap tegas terhadap org kafir." Ini menjadi pegangan org2 yg beriman di mana kita hendaklah berlemah lembut dlm segala aspek sesama islam , manakal kita hendaklah bertegas dgn kaum kafir terutamanya yahudi dan nasrani yg memerangi umat iSLAM. Yang sebaliknya berlaku ialah orang Islam ditindas, dipenjarakan sedangkan Yahudi dibuat kawan. Itu yang dilarang dalam Islam dan larangan itu bukanlah sesuatu yang Ekstrim!!
Kesederhanaan dalam Islam juga membawa erti ia menyeimbangkan antara dunia dan akhirat sebagaimana ayat Al Qur'an yg maksudnya; "Dan rebutlah apa yg dikurniakan kepada kamu oleh ALLAH di negara Akhirat , dan janganlah kamu lupakan bahagian kamu daripada dunia, Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di mukabumi ini. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang2 yg melakukan kerosakan." Islam mengajar kita mendapatkan kedua2nya sekali, dunia dan akhirat. Tetapi sudah tentu lah akhirat itu mesti diutamakan.

Sebab itulah dalam ayat itu menyebut kurniaan ALLAH di akhirat dahulu sebelum menyebut bahagian kita di dunia. Syarat yg disebut oleh ALLAH utk mendapatkan bahagian di dunia ialah JANGANLAH BUAT KEROSAKAN atas mukabumi. Ini termasuklah perbuatan merosakkan alam sekitar seperti menyondol bukit bukau samapi botak, hingga berlakunya runtuhan dan hakisan tanah. Sedangkan kita tahu bahawa gunung ganang dan bukit bukau merupakan pasak bumi. Begitu juga makna kerosakan itu bermaksud kita tak mentadbir dan menguruskan bumi dengan undang2 manusia yg tidak sempurna. ALLAH lah yg menjadikan manusia, maka ALLAH jugalah yg menyediakan peraturan bagaimana mentadbir bumi ini. ALLAH lebih mengetahui apa yg baik dan apa yg buruk utk manusia seluruhnya.

Bukan juga termasuk dalam kesederhanaan dalam Islam bagi orang2 yg hanya mementingkan akhirat dengan melupakan dunia. Ini terjadi kepada golongan yang mengikuti kumpulan2 tarikat yg tidak betul. Mereka mengasingkan diri daripada masyarakat. Hanya berzikir dan berwirid sahaja. TV dibuang ke sungai kerana menjadi punca maksiat dan macam2 lagilah. Nabi pernah didatangi oleh 3 orang lelaki yang mana lelaki pertama berkata bahwa beliau akan beribadah sepanjang malam dan tidak akan tidur2.Manakala lelaki kedua mendakwa bahawa beliau nak berpuasa setiap hari(puasa sunat), manakala yg ketiga berkata beliau tidak akan berkahwin selama2nya.

 Lalu nabi menjawab bahawa "Aku merupakan orang yg terbaik di kalangan kamu. Aku solat tapi aku tidur. Aku puasa tapi aku berbuka. Dan aku juga berkahwin."Nabi pernah menegaskan bahawa barangsiapa yg tidak mengikuti sunnahku, maka bukanlah dia dikalangan kami.
Begitulah seterusnya dalam semua aspek kehidupan manusia dari sekecil2 perkara sehingga sebesar perkara, kesederhanaan merupakan ajaran Islam kepada umatnya yg memberi manfaat bukan sahaja kepada penganutnya malah kepada umat manusia seluruhnya sebagaimana firman ALLAH, "Dan tidaklahKami(TUHAN) mengutuskan engkau (mUHAMMAD)melainkan menjadi rahmatkepada seluruh alam." Marilah kita sama2 berdoa, "Wahai TUHAN kami, kurniakanlah kepada kami di dunia ini kebaikan, dan di akhirat itu juga kebaikan, dan hindarkanlah dari kami azab pedih api neraka." Wallahu a'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...