Khamis, 29 Disember 2011

JHEAT kesan usaha aktif murtadkan umat Islam bermasalah ?



Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesan gerakan pihak tertentu yang kini aktif dalam misi memurtadkan umat Islam negeri ini termasuk dalam kalangan orang kurang upaya (OKU).
Selain golongan itu dijadikan sasaran, gerakan itu turut menyusup ke hospital-hospital untuk memperdaya pesakit yang sebatang kara selain mat rempit dan golongan tidak berkemampuan.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd. Rozali Saleh ketika mendedahkan perkara itu berkata, beliau sangat bimbang dengan gejala itu dan tindakan sewajarnya akan diambil bagi membendungnya daripada menjadi bertambah serius.

... Beliau menjelaskan, kumpulan berkenaan dikesan mendekati orang Melayu yang bermasalah atau terpinggir daripada masyarakat termasuk orang pekak, pesakit, mat rempit, penagih dadah serta orang kurang siuman.

"Mereka mendekati orang pekak sambil memberi mangsa hadiah dan lambang agama mereka yang kemudiannya disimpan di dalam poket. Ada juga yang sanggup lekat tatu di badan mereka.
"Semua ini boleh menyebabkan mereka (umat Islam) lari akidah sekali gus terkeluar daripada agama Islam. Kita risau kerana kumpulan itu sangat aktif dengan menjadikan OKU khususnya yang pekak sebagai sasaran," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutupan Kursus Pengenalan Bahasa Isyarat Kepada Penjawat Awam Siri 1/2011 di sini hari ini yang bermula semalam.
Program julung kali itu yang dianjurkan JHEAT dengan kerjasama pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan termasuk Persatuan Kebajikan Pekak Terengganu disertai seramai 130 orang peserta.
Mohd. Rozali berkata, gerakan tersebut turut menjadikan golongan belia melepak sebagai sasaran untuk dimurtadkan.

Beliau mengakui pada masa ini pihaknya menerima beberapa aduan mengenai kewujudan gejala tersebut di Terengganu yang dikesan bergerak dalam kumpulan kecil sambil menunggang basikal.
Jelas beliau, ada pengakuan daripada mangsa bahawa mereka terpaksa menerima habuan berupa wang tunai daripada gerakan terbabit setelah mengalami kesempitan hidup sebelum keluar Islam.
"Malah kita juga menerima maklumat daripada jururawat dan doktor di hospital yang musykil dengan tindakan pihak terbabit yang mendapatkan maklumat peribadi pesakit secara terperinci," ujarnya

Kisah Hantu dari Ee Si Kucing





Satu Pendedahan Kisah Benar Hantu PAS..Penyabit Kepala..Hantu Stoking..Hantu Kum-Kum versi PAS terbaru Hantu UMNO..Hehehe..

Bila Ee sebut saja Hantu pasti ada yang mengelemang bulu romanya.Pada mereka bila sebut saja Hantu pasti terbayang wajah yang menyeramkan.Dalam kepala kebanyakan orang akan terbayang rupa paras Hantu yang menyeramkan, bertaring,bermata merah,berambut panjang dan sebagainya.Pada Ee itu semua tidak menyeramkan dan menakutkan. Apa yang lebih menyeramkan adalah kisah Hantu dalam tahun2 sebelum merdekah dan selepas merdeka.Hantu yang digambarkan di zaman serba moden ni dah tidak menyeramkan lagi.Bayangkanlah sebelum merdeka lagi telah wujud Hantu yang menyeramkan lagi menakutkan setiap insan pada masa itu.Pada zaman penjajahan Jepun telah wujud Hantu yang sangat ditakuti oleh penduduk pada masa itu dikenali sebagai "Hantu Jepun".Kerja Hantu Jepun ini lebih kejam dari Hantu yang menghisap darah,penduduk pada masa itu lebih takutkan Hantu Jepun dari Hantu2 betul..sebab kalau disabit salah ada yang akan hilang kepala dari badan dan ada yang jadi Buruh Kerahan dan dihantar ke Burma.Hantu Jepun ni biasanya adalah dari kalangan penduduk sesuatu tempat itu sendiri kerana mempunyai sifat tamak dan dengki kianat terhadap sesama bangsa.Menurut sumber pada zaman itu mereka ini (Hantu Jepun) sangat susah untuk dikesan sebab sifat mereka yang begitu baik dan alim serta sangat suka bergaul sesama sekampung.

Dalam tahun2 sebelum merdeka begitu banyak istilah hantu yang diguna pakai.Satu lagi Hantu yang paling ditakuti setelah "Hantu Jepun dikenali sebagai Hantu Komunis" menurut aruah bapa Ee Hantu ini menjadi tali barut kominis.. menyamar dalam kampung berlagak alim dan melapurkan kepada komunis dan akhirnya orang yang kena lapur tu kena jerut lehernya pada waktu tengah malam.Inilah antara hantu2 yang sangat menakutkan pendudud pada masa itu.Namun dalam banyak2 hantu yang ditakuti pada masa itu ada juga Hantu yang paling menakutkan dalam sejarah Tanah Air muncul juga akhirnya sewaktu Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj hendak pergi ke London menuntut kemerdekaan.Hantu ini telah menakut-nakutkan seluruh penduduk Tanah Melayu agar menghalang pemergian Tengku ke London."Hantu yang paling menakutkan dalam sejarah Tanah air ini dikenali sebagai "Hantu PAS".Hantu ini menghasut dengan pelbagai cara agar penduduk jangan memberi sumbangan kepada UMNO bagi menaja Tengku yang kekurangan perbelanjaan pada waktu itu.Hantu-hantu ini jugalah yang menjadi tali barut Brithis dalam menghalang usaha murni UMNO melalui Tengku untuk mendapatkan kemerdekaan.Mereka sanggup masuk keseluruh ceruk kampung menghasut penduduk dengan tuduhan yang berat terhadap UMNO sebagai kafir kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC.Namun dengan kebijaksanaan UMNO,MCA dan MIC (Tengku) akhirnya berjaya juga mendapatkan "Kemerdekaan pada tanggal 30hb Ogos 1957".Ini benar2 menyakitkan hati para Hantu-hantu anti Kemerdekaan yang dipelupuri oleh PAS yang hilang kelayakan untuk berkuasa di negara ini dan mengakibatkan menjadi "Barah Dendam yang tidak ada kesudahannya.

Selepas Merdekah kerja2 pembangunan begitu rancak dibuat oleh kerajaan pimpinan UMNO.Pelbagai projek yang dibuat dan dirancang dengan begitu teliti oleh pemimpin UMNO untuk kemudahan dan menaikan ekonomi rakyat negara ini.Sekolah-sekolah telah dibina dengan banyaknya agar dapat menjadikan rakyat negara ini tidak buta huruf dan agar jenerasi yang akan datang menjadi cerdik dan dapat mentadbir negara dengan lebih baik. Jambatan, bangunan mencakar langit didirikan dengan pesatnya rakyat sangat gembira dengan keperihatian kerajaan yang berjiwa rakyat pimpinan UMNO.Begitu juga semasa era pimpinan Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri pembangunan dan masalah rakyat sentiasa di hati pemimpin2 UMNO.Semakin banyak sekolah dibina dan semakin ramai anak-anak yang menjadi semakin cerdik pandai.Pembangunan dan ekonomi berjalan seiring semuanya itu untuk kesejahteraan rakyat.UMNO semakin dekat di hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Begitu juga untuk memantapkan ekonomi terutama kaum Melayu maka kerajaan telah berusaha dengan membuka pula hutan2 agar diusahakan dan dikenali sebagai FELDA. Ini sangat dibimbangi oleh parti pembangkang terutama PAS dan DAP.Mereka berusaha pula menakutkan rakyat yang terlibat dengan pelbagai cara dan menghasut rakyat jangan mengikuti segala usaha murni kerajaan.Akibatnya ramai yang telah terpilih mengundurkan diri.Hakikatnya kini FELDA telah berjaya dan mereka HamPAS juga cuba menghasut rakyat dengan memfitnah kononya FELDA telah muflis dan sebagainya.Mereka sangat bijak dengan menghasut mengunakan anak-anak muda FELDA yang kurang cerdik menghentam kerajaan.Mereka mendekati anak-anak muda FELDA dengan pendekatan kononnya cara Islam namun dalam masa yang sama menjalankan jarum mencucuk agar membenci kerajaan dengan membuat fitnah dan pelbagai tomahan busuk terhadap kerajaan UMNO.

Zaman semakin berubah begitu juga pemimpin saling berganti apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia tempatnya digantikan oleh Dato Hussin Onn.Pembangunan dan ekonomi rakyat semakin pesat seiring dengan kemajuan yang dibuat oleh beliau bersama-sama pemimpin kerajaan yang begitu perihatin dengan keadaan rakyat masa itu.Sekolah-sekolah semakin banyak terutama di ceruk kampung dan semakin ramai rakyat yang celik ilmu.Rakyat semakin sebati dengan kerajaan pimpinan UMNO,perkara ini sangat tidak disenangi oleh pembangkang terutama PAS dan DAP.Mereka berkempen di seluruh negara memburukan kerajaan dengan pelbagai tomahan dan fitnah yang diada-adakan.Pada sekitar tahun-tahun 60an,70an dan 80an pembangunan negara semakin pesat dirancang oleh kerajaan..semuannya ini dilakukan dengan niat iklas untuk memajukan negara dan rakyat agar dapat menaikan ekonomi rakyat seiring dengan kemajuan negara.Namun pemimpin PAS dan DAP sangat takut rakyat negara ini menjadi semakin cerdik dan mempunyai ekonomi yang baik..mereka beranggapan bahawa rakyat akan menjadi cerdik dan seterusnya akan sentiasa mendukung segala yang dibuat oleh kerajaan ini akan menjejaskan usaha mereka untuk mendapatkan kuasa.

Niat murni kerajaan sangat-sangat tidak disenangi oleh pemimpin2 PAS dan DAP.Pelbagai cara memburuk-burukkan kerajaan mereka lakukan.PAS dengan kaedah menakutkan rakyat bahawa pembangunan akan membuatkan rakyat leka ini akan melemahkan Islam dan sebagainya.Pemimpin2 PAS keluar masuk keserata pelusuk negara berkempen agar rakyat membenci kerajaan dengan harapan rakyat akan menyokong mereka dan seterusnya mendapat mandat untuk memerintah negara.Islam dijadikan modal dengan melaga-lagakan pemimpin UMNO pada masa itu.Untuk menakut-nakutkan rakyat agar membenci pembangunan yang dibuat oleh kerajaan maka timbullah buah fikiran dari HamPAS pada masa itu untuk menakutkan rakyat maka tibullah cerita kisah Penyabit Kepala untuk dijadikan korban hantu untuk membina bangunan dan jambatan.Mereka mereka-reka cerita kononnya Penjaga atau Hantu tempat untuk mendirikan bangunan atau jambatan memerlukan imbalan yang berupa kepala manusia.Maka gemparlah penduduk pada masa itu ramai yang takut untuk keluar berkerja dan kanak-kanak takut untuk pergi kesekolah.Perkara ini sangat tidak disenangi rakyat dan ada yang menuntut agar kerajaan tidak membina bangunan dan jambatan.Boleh dikatakan modal Penyabit Kepala ini dijadikan bahan kempen oleh Pembangkang untuk menakut-nakutkan penduduk agar membenci kerajaan.

Untuk menakutkan kanak-kanak pula agar jangan pergi sekolah dan mengagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan rakyatnya celik huruf cerita Penyabit Kepala tidak cukup kuat maka mereka cuba pula membuat cerita kononnya wujud "Hantu Stoking dan Hantu Kum-Kum" yang merayau menangkap kanak2 yang berkeliaran.Akibat dari cerita itu maka ramai kanak-kanak yang takut untuk kesekolah dan ada yang berhenti kerana bimbang ditangkap oleh hantu stoking.Boleh dikatakan ada saja cerita yang mereka cipta untuk menakutkan rakyat dan mengagalkan usaha kerajaan membawa kemajuan pembangunan kepada rakyat dan negara.Mereka juga menghalang usaha murni kerajaan untuk menjadikan rakyat negara ini "Celik Huruf" dan bijak pandai setaraf dengan penghuni negara maju lainnya.Mereka sanggup menghasut rakyat agar jangan menghantar anak2 kesekolah terutama belajar keluar negara dengan menjadi Hantu menakut-nakutkan ibubapa kononnya anak yang keluar negara akan meninggalkan Islam dan sebagainya.Ee juga masih ingat bagaimana pembangkang terutama PAS dan DAP dengan begitu biadap memburuk-burukkan kerajaan dalam usaha membuat Kereta Nasional pertama negara di bawah Tun Mahathir.Mereka begitu merendah-rendahkan tahap pemikiran Tun dan mencaci kononnya orang Malaysia tidak layak membuat kereta nasional dan sebagainya.Mereka menghasut rakyat agar jangan membeli kereta nasional dengan alasan kononnya kereta nasional begitu daif dan sebagainya.Hakikatnya kini mereka juga menikmati segala kemudahan yang kerajaan buat.Macam-macam perkara fitnah dan sabotaj yang dibuat oleh pembangkang terutama PAS dan DAP untuk menghalang segala usaha kerajaan pimpinan UMNO memertabatkan rakyat dan negara.Terbaru mereka begitu berusaha memburukan imej kerajaan dengan fitnah terhadap Kedai 1Malaysia.Inilah kerja-kerja Pembangkang yang begitu kemaruk nak berkuasa segala-galanya tidak betul bagi mereka 24 jam kerja mereka asyik memburukan segala usaha2 murni kerajaan Barisan Nasional.

Namun kebijaksanaan pemimpin2 UMNO dan rakan2 lainnya dalam kerajaan berjaya juga mengubah negara ini sehinggalah kini negara semakin maju dan rakyatnya aman damai dan ekonomi mengorak langkah seiring dengan kemajuan.Keiklasan menjalankan amanah rakyat telah menjadi kenyataan kenyataan negara semakin maju dan rakyat dapat merasai nikmatnya.Dalam usaha negara yang mengorak langkah menuju Wawasan 2020 menjadi negara maju namun mereka(Pembangkang) tetap tidak mahu berkerjasama dan tidak akan tunduk.. mereka tetap berusaha menghasut rakyat membenci kerajaan dengan pelbagai cara untuk berkuasa dan melumpuhkan negara ini khususnya ekonomi dan kemudiannya akan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional.Dalam zaman sains dan teknologi ini mereka menghasut masih lagi dengan tahyul(Berkisar dgn Hantu juga..hehehe..) kononnya ada pula Pengundi Hantu..mereka hasut rakyat agar memberontak dalam Bersih 1 dan 2 baru-baru ini yang di pengerusikan oleh Peguam Murtad S.Ambiga.Mereka juga menjadi Hantu apabila menyokong Kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain.(Kristian)Dan merekalah yang lebih menjadi Hantu apabila mengangkat Komunis sebagai Wira Negara.Untuk menutup kemarahan rakya mereka pula menjadi Hantu menyokong pula Seksualiti Merdeka yang hendak diadakan baru-baru ini oleh S.Ambiga.Dan yang paling buruk apabila mereka naik Hantu sesama mereka cuba pula menjatuhkan sesama sendiri dengan menuduh Dato Hasan Ali dan Nasharuddin Md Isa sebagai Hantu UMNO.Hantu moden yang memakai perhiasan Islam sebagai bahan untuk menakutkan rakyat agar memilih mereka dan membenci sesama Islam.Pada Ee mereka pemimpin2 PAS terutama Nik Ajis dan Hadi Awang sememangnya Hantu bertopengkan Islam apabila sanggup menghalalkan cara dengan menjanjikan Surga kepada mereka yang mengundi PAS dan mengkafirkan UMNO pada 1963 melalui fatwa Songsang.Mereka juga telah menjadi Hantu yang kemaruk darah apabila Hadi Awang Menghalalkan Darah orang2 UMNO sehingga terjadinya rusuhan Memali dan Ibrahi Libya terkorban serta ramai pengikutnya yang menjadi korban,ada kaum wanitanyanya yang menjadi balu dan anak menjadi yatim Piatu.Pada Ee Nik Ajis adalah ketua segala Hantu2 apabila menjadikan Bapak Segala Setan DAP sebagai rakan ranjangnya apa tah lagi apabila berkata bahawa Allah Tuhannya Mencarut dan Samsing.Renung2kanlah Hantu/Syaitan sentiasa berbisik kepada manusia untuk menyesatkannya sebagaimana janjinya kepada Allah dengan pelbagai rupa dan cara namun Hantu atau syaitan itu tidak boleh menyerupai Rasulullah saw..Fikirkanlah dan besatulah dibawah 1Malaysia agar terjamin maruah dan meningkatkan lagi ekonomi Agama,Bangsa dan Negara..Bersatulah!..

Selasa, 27 Disember 2011

Cerita terlampau FELDA...............?

PAS Pau Duit Peneroka Felda,Pemimpin PAS Keluar Parti..?
Kita dapat lihat bagaimana ANAK sebuah kumpulan haram yang diketuai oleh Mazlan Aliman begitu bersungguh sungguh kononnya untuk membela peneroka Felda. Pelbagai macam bentuk serangan dibuat.

Kempen, ceramah dan demo dibuat untuk memburukkan Felda. Alasan yang dibuat kononnya peneroka ditipu oleh pihak Felda. Tetapi sejak adanya pilihanraya kecil aku berpeluang melawat berpuluh kawasan Felda. Dari Johor, Selangor hinggalah ke Pahang. Rata ratanya kehidupan peneroka berjaya keluar daripada kemiskinan. Banglo dan deretan kereta, paling tidak rumah yang dibina cukup selepas dan terutamanya cukup makan dan tak kebuluran.

PAS mengambarkan seolah olah pengurusan Felda begitu zalim, peneroka kononnya ditipu, kesemua ini berpunca kerana PAS menyedari gugusan tanah rancangan Felda adalah deposit tetap BN. Parlimen dan Dun di kawasan Felda kesemuanya dikuasai sepenuhnya oleh BN. Kubu kuat BN ini digempur habis habisan oleh PAS walaupun terpaksa menipu peneroka.

Maka khidmat Mazlan Aliman dan barisan peguam diguna. Kemudian timbullah beberapa kes yang dibawa ke makhamah. Nak tau apa yang terjadi selepas berjaya menang keatas satu kes yang membabitkan Felda Kemahang, Felda kalah didalam perbicaraan mengenai tuntutan yang dibuat oleh peneroka yang membabitkan jutaan ringgit.

Atas masalah teknikal pihak Felda gagal diwakili oleh pihak peguam pada saat akhir hinggalah dijatuh hukum oleh pihak hakim. Setelah itu ia digambarkan sebagai kemenangan besar buat PAS.

Korang nak tau apa terjadi selepas tu?

Peguam PAS yang mewakili peneroka sudah sapu duit pampasan yang menelan jutaan ringgit yang sebahagian dikhabarkan diambil oleh PAS dan Mazlan Aliman.

Kesemua peneroka ditipu apabila mereka hanya mendapat hasil kemenangan itu tak mencecah 20ribu ringgit.


Ini sebagai salah satu contoh bagaimana sebuah parti yang kononnya berjuang atas nama Islam boleh menipu, tidak jujur dan tidak peduli berkenaan halal atau haram. Kepimpinan PAS sebenarnya tidak peduli tentang kesusahan peneroka, yang penting mereka hanya mahukan pengaruh politik maka segala tipu daya dan pembohongan dibuat.

Akibat daripada kekecewaan, ditipu, ditindas dan digunakan oleh PAS maka timbalan ketua PAS cawangan felda kemahang 3 bertindak keluar parti dan menyertai Umno. Malah turut diberitakan lebih ramai ahli PAS akan menyertai Umno dengan bertindak keluar daripada PAS.

Inilah ajaran Nik Aziz, Hj Hadi, Mahfuz, Khalid Samad, Mat Sabu dan barisan kepimpinan PAS. Tipu dan curi wang orang susah dihalalkan!

Barisa Peguam Penyamun PAS !!!

TANAH MERAH 25 Dis. - Timbalan Ketua Pas cawangan Felda Kemahang 3 di sini, Mohd. Ramli Deramin, 54, semalam meletakkan jawatan yang dipegangnya sejak tiga penggal lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti pembangkang itu.

Katanya, sebahagian besar daripada 304 peneroka di tanah rancangan itu yang menyertai Pas sebelum ini juga akan mengikut jejak langkahnya untuk menjadi ahli UMNO dalam tempoh terdekat.

''Langkah itu diambil kerana mereka berasa dianiaya pemimpin Pas yang tidak turun padang untuk bersama-sama mereka menghadapi pelbagai masalah dan kemelut melanda peneroka di kawasan tersebut,'' katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di sini, semalam.

Menurutnya, dulu dia pernah menjadi ahli UMNO tetapi berjaya dipengaruhi parti pembangkang itu yang memberi pelbagai janji manis.

Namun, katanya, selepas tiga penggal dan melihat sendiri kegagalan Pas, dia dan ahli lain hilang keyakinan dan kepercayaan kepada parti tersebut.

''Keputusan saya keluar Pas kerana yakin UMNO berpegang pada janji untuk menunaikan tanggungjawab apabila sering datang menjenguk dan bertanya khabar peneroka di sini biarpun pada pilihan raya lalu mereka kalah," katanya.

Sehubungan itu, katanya, dia dan ahli Pas lain berazam akan bersama-sama UMNO pada masa akan datang kerana mendakwa hanya parti itu yang benar-benar dilihat mampu memperjuangkan nasib orang Melayu terutama dalam kalangan peneroka seperti mereka.

Isnin, 26 Disember 2011

BILA USTAZ HARUN DIN MULA BERSUARA....

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah 2:114

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.” - Riwayat at-Tabrani

Huraian
i) Perbuatan zalim adalah perbuatan yang mendatangkan kesusahan atau kemudaratan kepada orang lain atau mungkin dalam bentuk mengambil manfaat dari orang lain dengan cara yang salah ataupun melakukan sesuatu terhadap orang lain yang menimbulkan rasa sakit kerana perlakuan tersebut memberi keseronokan atau kepuasan kepada yang melakukannya. Pemerasan, pemaksaan dan penipuan demi keuntungan peribadi juga termasuk dalam perbuatan yang zalim.

ii) Perbuatan zalim lazimnya dilakukan oleh orang yang mempunyai kelebihan dan kekuatan berbanding dengan orang yang dizalimi. Ini kerana, fenomena kezaliman tidak akan berlaku sekiranya orang yang hendak dizalimi mempunyai kelebihan atau kekuatan yang sama. Kelebihan atau kekuatan ini boleh diukur dari pelbagai aspek, seperti kekuatan fizikal, kekayaan, kebijaksanaan, kuasa ataupun pengaruh.

iii) Realiti masyarakat hari ini mengamalkan gaya hidup individualistik sehingga sanggup membiarkan penganiayaan dan kezaliman berlaku di hadapan mata mereka sendiri. Sikap ‘tidak mengambil endah’ ini tidak wajar berlaku kerana selaku anggota sesebuah masyarakat setiap individu mestilah bersikap saling mengambil berat, sayang-menyayangi dan belas-kasihan di antara satu sama lain.

iv) Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya sangat mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu perbuatan zalim sebenarnya merupakan perbuatan yang sangat merugikan kepada si pelakunya. Allah S.W.T boleh memberi hukuman ke atas si pelaku tersebut ketika di dunia lagi seperti nasib yang menimpa Firaun. Malah di akhirat kelak orang-orang yang berlaku zalim akan menerima nasib yang sangat malang kerana kebaikan yang dimilikinya akan berpindah kepada orang-orang dizaliminya. Sekiranya dia tidak mempunyai kebaikan, maka keburukan orang-orang yang teraniaya akan terlempar kepadanya dan akan ditanggung olehnya.

Isnin, 19 Disember 2011

HIMPUNAN KATA-KATA JIJIK NIK AZIZ NIK MAT



1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

Ahad, 23 Oktober 2011

Kenangan pahit....

Kesah kanak-kanak TADIKA Kemas di Terengganu suatu ketika dahulu yang  terpaksa belajar di pondok usang angkara tidak dibenarkan berada di premis kerajaan negeri sewaktu Pas berkuasa...mungkin kanak-kanak ini sudah menjadi remaja sekarang (belasan tahun). Mungkin kerana sudah kehabisan modal, kini pemimpin Pas mula mendendangkan lagu lama bagi menyedapkan halwa telinga rakyat Terengganu, apabila mereka melancarkan Manifesto Pas Terengganu yang bertemakan ‘Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan’. Kononnya pelancaran manifesto itu merupakan strategi parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang makin banyak diperkatakan kebelakangan ini dan sesetengahnya sudah pun meletakkan tarikh pilihan raya. Sebenarnya, manifesto tersebut tidak lebih daripada sekadar usaha Pas untuk memancing undi bagi meraih sokongan rakyat kerana mereka sedar kepercayaan rakyat kepada Pas kian pudar. Dengan pelbagai isu melanda parti itu, termasuk ketelanjuran pemimpinnya mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati rakyat, mereka perlu mencari jalan supaya rakyat kembali percaya kepada Pas. Ingatan rakyat Terengganu pasti masih segar dengan pelbagai kezaliman yang dilakukan pemimpin Pas sewaktu mereka berkuasa di negeri ini, kira-kira 10 tahun lalu. Terengganu mengalami zaman gelap ketika negeri ini diperintah Pas bermula dari tahun 1999 hingga mereka tersungkur kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004. Mengulas manifesto pilihan raya Pas itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Yahya Khatib Mohamad berkata rakyat negeri tidak akan lupa bagaimana pentadbiran Pas yang diterajui Presidennya, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang hanya bercakap dan berceramah sepanjang masa dan bukannya melaksanakan apa yang termaktub dalam manifesto yang dijanjikan. “Justeru manifesto yang dikeluarkan Pas itu tidak lebih hanya sekadar untuk mengulangi skrip lama dan mereka perlu ingat rakyat Terengganu sudah matang dan tidak akan terpengaruh dengan segala janji yang hanya manis di bibir sahaja. “Penghapusan cukai kediaman dan sebagainya adalah gula-gula untuk memastikan pengaruh mereka terus berkembang namun pada masa yang sama mereka tidak sedar tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan pada satu ketika dahulu disia-siakan. “Jika mereka melaksanakan amanah dan melunaskan segala janji, takkankan rakyat khususnya pengundi menukar kerajaan negeri dalam sekelip mata sahaja dan mereka hanya memerintah sepenggal sahaja,” katanya. Pada Sabtu lalu, Pas Terengganu melancarkan manifesto Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tema ‘Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan’. Lima perkara dari kandungan manifesto yang dilancarkan Abdul Hadi di Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu ialah melaksanakan pengecualian cukai kediaman, menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN, cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami, menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun dan merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin. Dato’ Yahya yang juga Adun Pengkalan Berangan meminta Pas supaya mencermin diri terlebih dahulu dan bukannya secara semberono mengumumkan manifesto berkenaan. “Manifesto mereka seolah-olah kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) hari ini tidak peka dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat sedangkan kita telah melaksanakan apa yang terbaik untuk rakyat Terengganu. “Usah cakap banyaklah….Tengok dan selidik dulu apa jasa dan “track record” ketika rakyat memberi amanah sebelum ini. Seperti yang saya katakan di atas, jika mereka benar-benar bertanggungjawab, takkanlah rakyat berpaling tadah dengan memberikan mandat kembali kepada BN. “Kita bukannya nak bercakap sombong atau bongkak sebaliknya bercakap atas dasar hakikat yang sebenarnya. Kita percaya rakyat negeri ini lebih selesa dengan apa yang kita telah laksanakan dan segala perancangan yang telah diatur dan sama sekali tidak akan mengulangi kesilapan sebelum ini,” katanya. Sehubungan itu, rakyat Terengganu perlu berfikir sejenak dan mengimbas kembali kezaliman yang dilakukan Pas sewaktu mereka memerintah Terengganu seperti menghalau kanak-kanak dari Tadika, menghentikan elaun bayaran kepada guru-guru agama dan penghafal al-Quran, merampas balai raya dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan menafikan hak rakyat memiliki tapak rumah. Terlalu banyak kekejaman yang dilakukan mereka kepada rakyat bukan penyokong parti itu semasa mereka memerintah Terengganu. Selepas itu, barulah rakyat boleh membuat keputusan sama ada mahu mempercayai manifesto Pas itu dan mereka ‘ditipu’ sekali lagi atau menolak manifesto berkenaan yang hanya bertujuan mengaburi mata rakyat. Tepuk dada, tanya selesa. Usah biarkan kita ditipu Pas sepanjang masa.

AKHIR PIALA MALAYSIA... TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN

Terengganu dan Negeri Sembilan bakal bertemu di pentas akhir Piala Malaysia buat pertama kali, selepas menumpaskan lawan masing-masing pada pertembungan mencemaskan separuh akhir kedua, malam tadi (22 Oktober).

Kemenangan itu sudah diramalkan peminat dan penyokong bola sepak tempatan sejak tamat perlawanan separuh akhir pertama lagi, di mana kedua- dua pasukan itu selesa dengan kedudukan masing-masing.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, harapan Selangor menghidupkan kembali ‘Misi 33’ lebur, meskipun berjaya mencuri satu gol pada minit-minit terakhir untuk mengiringi Sang Penyu ke pentas akhir dengan kemenngan agregat 4-1 selepas menumpaskan Selangor 2-1.

Sementara, T-Team gagal mengikut jejak abangnya, terpaksa berputih mata menyaksikan Negeri Sembilan sekali lagi melangkah ke pentas akhir dengan agregat 6-3.

Bekas juara Piala Malaysia 2001, bakal bertemu naib juara tahun lalu pada hari penentuan 29 Oktober depan di Stadium Shah Alam, Selangor.

Khamis, 20 Oktober 2011

PROGRAM EKASIH TERENGGANU

Seramai 7,722 penduduk termasuk 6,924 ibu tunggal dan selebihnya bapa tunggal di Terengganu dipantau Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) melalui program e-Kasih yang diwujudkan dua tahun lepas. Pengarah YPKT, Encikb Mohd Safaruddin Mustaffa berkata, berkata beberapa proses tertentu dilaksanakan sebelum seseorang itu layak disenarai di bawah e-Kasih. Antaranya termasuk seseorang individu itu perlu mengisi borang secara manual atau `on line’. “Melalui borang itu, beberapa pihak berkaitan akan tampil membuat bancian bagi mengetahui sama ada pemohon benar-benar layak atau sebaliknya,” katanya Katanya, YPK mewujudkan pelbagai program, bantuan dan sokongan bagi meringankan beban golongan itu, terutama ibu tunggal agar dapat meneruskan kehidupan dengan lebih terjamin. “Langkah itu bertujuan memastikan golongan berkenaan, khususnya mereka yang mempunyai anak masih bersekolah mampu menjalani kehidupan lebih berkualiti dan tidak tercicir daripada pelajaran. “Di samping bantuan berbentuk kewangan, barangan, kursus kemahiran juga ditawarkan bagi membantu golongan berkenaan membuka perniagaan kecil-kecilan serta kemahiran menjahit pakaian dan sebagainya,” katanyan

Khamis, 13 Oktober 2011

MAIDAM JANGKA KUTIPAN ZAKAT 2011 RM 80 JUTA

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menjangkakan jumlah kutipan zakat tahun ini lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Yang Dipertua Maidam, Dato’ Senara Muda, Dato’ Mazlan Hashim berkata, tahun ini pihak Maidam jangka dapat mengumpul kutipan zakat RM80 juta berbanding tahun lalu RM76 juta.

Kkatanya, Maidam yakin sasaran RM80 juta dapat dicapai dalam tempoh tiga bulan berbaki sebelum menjelang akhir tahun ini.

“Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini jumlah pungutan zakat telah mencecah RM63 juta berbanding RM54 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu,” katanya selepas menerima bayaran zakat perniagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Pejabat Maidam, Kuala Terengganu.

Maidam menerima penyerahan zakat sebanyak RM960,000 yang telah disampaikan oleh Ahli Jemaah Pengarah Nafas Kebangsaan merangkap Pengerusi Nafas Terengganu, Dato’ Haji Wan Zakaria Abdul Rahman.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Wan Sulaiman.
Menurut Dato’ Senara Muda, bayaran zakat paling tinggi diterima tahun ini adalah daripada zakat pendapatan iaitu RM21 juta diikuti zakat perniagaan RM19 juta dan zakat simpanan RM13 juta.

“Kutipan terus meningkat hasil kesedaran tinggi pelbagai golongan masyarakat termasuk ahli korporat dan individu mengenai kewajipan membayar zakat untuk membantu mereka yang memerlukan,”

SKMM SASAR 101 MENARA TELEKOMUNIKASI DI TERENGGANU 2012

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mensasarkan 97 peratus kawasan liputan telefon selular di Terengganu menjelang akhir 2012.

Pengarah SKMM Wilayah Timur, Encik Mohd Shafie Harun berkata, pihaknya memberi tumpuan di pulau-pulau termasuk Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Perhentian yang menjadi tumpuan pelancong di samping kawasan pedalaman yang mempunyai ramai penduduk.

Katanya, semua pulau berkenaan sudah mempunyai menara komunikasi dan pihak SKMM merancang membina 24 menara lagi di Hulu Terengganu yang dijangka siap sebelum akhir tahun depan.

“Sehingga ini 77 menara komunikasi sudah siap dibina meliputi semua daerah seluruh negeri di mana setiap menara menelan belanja kira-kira RM1.5 juta,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Hak Pengguna Dalam Perkhidmatan Komunikasi dan Multimedia di Riyaz Heritage, Pulau Duyong, Kuala Terengganu hari ini.

“Kita yakin bila siapnya pembinaan menara di Hulu Terengganu, sasaran 97 peratus kawasan liputan di negeri ini akan tercapai,” katanya.

Hadir sama, Pengarah jabatan Pematuhan SKMM, Puan Sharizan Abd Aziz dan Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Puan Mahfuzah Azhari.

Katanya, Terengganu merupakan negeri tertinggi mempunyai capaian internet iaitu 57 peratus berbanding Pahang (48 peratus) dan Kelantan (46 peratus).

Tambahnya peningkatan kesedaran pengguna terhadap penggunaan jalur lebar di negeri ini begitu memberangsangkan dan melalui seminar yang diadakan ini memberi tambah nilai kepada penggunaan jalur lebar dengan baik dan menyeluruh.

“Untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kita akan mewujudkan 158 kampung tanpa wayar di seluruh negeri untuk memberi kemudahan penduduk yang tinggal di pedalaman mendapat liputan yang jelas tanpa gangguan,” katanya.

Rabu, 12 Oktober 2011

INSTITUT PENGAJIAN ISLAM (INSPI) SEMAKIN BERKEMBANG

Institut Pengajian Islam (INSPI) Yayasan Islam Terengganu semakin mencipta nama sebagai pusat pengajian yang menjana graduan bidang agama dan mendapat pengiktirafan universiti tempatan serta luar negara.

Pengerusi INSPI, YB Ustaz Muhammad Ramli Nuh, berkata sejak kebelakangan ini INSPI menjadi sebutan dan pusat pengajian itui disebut-sebut bakal menggantikan Kolej Universiti Zainal Abidin (KUSZA) yang cukup terkenal di Terengganu pada masa dahulu.

“Dulu nama KUSZA cukup sinonim dengan Terengganu kerana ia terkenal sebagai pusat pengajian yang melahirkan graduan-graduan di bidang agama.

“Bagaimanapun, selepas KUSZA dinaiktaraf menjadi Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), INSPI pula disebut-sebut bakal menggantikan Kusza sebagai pengeluar graduan di bidang agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara Darul Quran JAKIM dengan INSPI Yayasan Islam Terengganu Bagi Program Diploma Tahfiz Wa Dakwah di Menara YIT, hari ini.

Pengarah Darul Quran, Haji Paimuzi Yahya mewakili Darul Quran manakala INSPI diwakili Pengarah YIT, Haji Md. Kamaru Al-Amin, bagi menandatangani MoU berkenaan yang membolehkan graduan INSPI diiktiraf universiti tempatan dan luar negara.



Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Haji Razali Shahabudin dan Pengetua INSPI, Ustaz Firdaus Khairi Abd Kadir.

YB Ustaz Haji Muhammad Ramli berkata, pihaknya akan berusaha lebih gigih, termasuk menambah bilangan pelajar di INSPI bagi memastikan pusat pengajian tersebut mengukir nama setaraf dengan KUSZA.

Beliau berkata, dengan termerterainya MoU tersebut banyak keuntungan diperolehi oleh INSPI, termasuk mendapatkan tenaga pengajar dari Darul Quran dan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di luar negara.

SATU BEKAL 2 JUTA LITER AIR BERSIH KE PULAU PERHENTIAN

SYARIKAT Air Terengganu (SATU) mampu membekalkan 2 juta liter air bersih sehari kepada kira-kira 1,600 penduduk di Pulau Perhentian setelah projek bekalan air disiapkan sepenuhnya sejak 15 Mei lalu.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) negeri, Dato’ Mat Razali Kassim berkata, projek yang bernilai RM60.75 juta itu turut memberi manafaat kepada lebih 40 pengusaha pusat pelancongan di pulau berkenaan yang menerima kedatangan pelancongan hampir 90,000 setahun.

Menurutnya, projek yang bermula Februari 2006 itu melibatkan pemasangan paip di dasar laut sepanjang 22 kilometer dari Bukit Bubus, Besut ke Pulau Perhentian Besar dan pembinaan tangki air berkapasiti 1.82 juta liter di pulau itu.

“Selain pembinaan tangki air berkapasiti 0.75 juta liter di Bukit Bubus, termasuk dalam projek berkenaan pemasangan paip kepada pengguna sepanjang 4 kilometer di Pulau Perhentian Kecil dan 1 kilometer di Pulau Perhentian Besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Pulau Perhentian daripada Jabatan Bekalan Air kepada SATU di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, Ir. Dr. Hasnul Mohamad Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Husain Embong.

Tambah Dato’ Mat Razali, projek berkenaan memakan masa berikutan pihak pemaju melaksanakan pembinaan mesra alam bagi menjaga terumbu karang di taman laut serta kawasan hutan berbukit di kedua-dua pulau itu.

“Pihak kementerian memaklumkan, projek bekalan air bersih di Pulau Perhentian ini adalah yang terbesar di Malaysia pernah dilaksanakan dan ia mampu membekalkan air terawat untuk generasi akan datang,” katanya.

Sebelum ini katanya, penduduk dan pengusaha pelancongan di pulau berkenaan menggunakan bekalan air melalui loji air bawah tanah yang dibina oleh SATU di Pulau Perhentian Besar.

“Bagaimanapun, loji itu tidak dapat menampung keperluan penduduk terutama pada musim kemarau selain airnya yang berasa payau dan penggunaan minyak diesel turut mendedahkan kepada faktor pencemaran di taman laut,” ujarnya.

Selasa, 11 Oktober 2011

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan untuk merasmikan Jambori Malaysia ke-12 dan Terengganu International Scout Jamboree 2011

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan untuk merasmikan Jambori Malaysia ke-12 dan Terengganu International Scout Jamboree 2011 di Kem Pengakap Telaga Batin, 21 November depan.

Setiausaha Kerja 1 Jambori, Mohamad Sulaiman dalam satu kenyataan berkata, Tuanku Mizan yang juga Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia telah memberi perkenan kepada kerajaan negeri untuk menjadi tuan rumah jambori kali kedua selama seminggu bermula 19 November itu.

Mohamad yang juga Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri Terengganu (MPNT) berkata, Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan yang merupakan Penaung MPNT berkenan menyertai jambori tersebut.

Sehingga ini 25 negara menunjukkan minat dan komitmen untuk menyertai jambori itu melibatkan kira-kira 11,000 peserta

TERENGGANU, T-TEAM SELESA

11 October 2011


JUARA Piala FA, Terengganu memperoleh bekalan selesa menjelang pertemuan timbal balik kedua suku akhir Piala Malaysia apabila menang 3-1 ke atas juara bertahan, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.

Lima kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahab dengan tiga menjadi milik Kelantan melalui Mohd. Shakir Shaari, Mohd. Daudsu Jamaludin dan Mohd. Aziz Ismail sementara dua kepada pemain Terengganu, Ismail Faruqi Asha’ri dan Mohd. Zubir Mohd. Azmi.
Ismail Faruqi meletakkan skuad Penyu mendahului pada minit ke-43 ketika Kelantan bermain dengan sembilan pemain, selepas Shakir dan Daudsu menerima kad merah pada minit ke-31 dan 34.


Kegembiraan pasukan tuan rumah tidak bertahan lama apabila pengadil menghadiahkan kad merah kepada penjaring gol pertama Terengganu, Ismail Faruqi pada penghujung separuh masa pertama akibat menerima dua kad kuning.

Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi kembali memastikan Kelantan berada pada landasan apabila menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-78.

Namun, Terengganu memastikan Kelantan pulang hampa apabila Abdul Manaf Mamat memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-88, sebelum tonggak pertahanan Peteh, Mohd. Marzuki Yusof menambah derita Red Warriors pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Dua lagi kad merah dilayangkan oleh pengadil sebelum perlawanan berakhir apabila pertahanan Terengganu, Mohd. Zubir dan pertahanan Kelantan, Mohd. Aziz Ismail bergaduh sebelum perlawanan berakhir.


Turut hadir menyaksikan perlawanan itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Norliza Mahmud.

Sementara itu, di Stadium Likas, Sabah gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila tewas 1-2 kepada pasukan T-Team.

Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayudin meletakkan T-Team di hadapan pada minit ke-34, sebelum Alto Linus kembali menghidupkan harapan Sabah dengan gol penyamaan pada minit ke-46.

Namun, lima minit sebelum permainan tamat, Indra Putra muncul wira T-Team dengan menjaringkan gol kemenangan bagi memastikan pasukan berstatus kelab itu pulang ke gelanggan sendiri dengan membawa kelebihan satu gol.





Ahad, 9 Oktober 2011

YANG PENTING BAJET 2012 DAPAT DIKECAPI RAKYAT...

TAK PAYAHLAH PEMBANGKANG NAK TIPU RAKYAT LAGI...BAJET 2012 ADALAH BAJET UNTUK KERAJAAN BARISAN NASIONAL BERBELANJA PADA 2012 BAGI MEMBERIKAN KHIDMAT UNTUK RAKYAT...IANYA MAMPU DILAKSANAKAN KERAJAAN DAN TELAH TERBUKTI SEMENJAK BERPULUH TAHUN KERAJAAN BN MEMERINTAH BAJET YANG DIBENTANG SETIAP TAHUN ITULAH YANG DIBELANJAKAN SETELAH MENDAPAT PERSETUJUAN PARLIMEN...APA NAK HEBOH SANGAT...PEMBANGKANG TAK PAYAH LAH NAK MENYIBUK...MEMANG TAK PERNAH BERLAKU BAHAWA PEMBANGKANG SOKONG DASAR KERAJAAN, WALAU SEBAIK MANA SEKALIPUN YANG DIBUAT KERAJAAN DAN TERBUKTI RAKYAT DAPAT MANFAATNYA TETAPI PEMBANGKANG TETAP BANGKANG...DAN TERBUKTI JUGA SETIAP KALI DIBANGKANG TAPI YANG MENGUNTUNGKAN MEREKA MEREKA AMBIK JUGAK...

RAKYAT SUDAH BIASA DENGAN PERANGAI PEMBANGKANG INI...DAN RAKYAT TELAH TAHU TUJUAN PEMBANGKAN BENTANG BAJET MEREKA SEBELUM BAJET NEGARA DIBENTANG PM ADALAH NAK BERITAHU KONONNYA YANG BAIK ITU ADALAH TIRU MEREKA..MEREKA DAH SERKAP AWAL..

PEMBANGKANG AKAN HENTAM KERAJAAN BILA KERAJAAN TIDAK CAKNA RAKYAT DAN MEREKA AKAN HENTAM JUGA JIKA KERAJAAN TERLALU CAKNA RAKYAT...KERANA MEREKA SEDAR HANYA DENGAN FITNAH,HENTAM,KUTUK DAN LAIN-LAIN PERBUATAN KEJI SAHAJA DAPAT MENARIK RAKYAT YANG TAASUB TERUS MENYOKONG MEREKA..... SEMENTARA MAJORITI RAKYAT  TETAP BERSAMA KERAJAAN YANG MEMANG SUDAH LAMA MEMBERIKAN KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT..

YANG PELEK JUGA IALAH BAJET 2012 YANG BANYAK KEBAIKAN KEPADA RAKYAT DI TUDUH PEMBANGKANG SEBAGAI BAJET PANCING UNDI...HABISTU BAJET PEMBANGKANG YANG DIBENTANG ITU (SEDANGKAN MEREKA TAHU MEREKA BUKAN PEMERINTAH) UNTUK PANCING IKAN KE??? TIDAKKAH IANYA SATU PERBUATAN BODOH DAN SIA SIA..???

PENUNGGANG THAILAND JUARA SMC 2011


Penunggang dari Thailand, Wipawan Pawitayalarp, muncul johan Sultan Mizan Cup 2011, sekaligus membawa pulang wang tunai RM63,000 dan sebuah jam tangan AmaSwiss bernilai RM54,000.

Beliau menamatkan trek sejauh 120 kilometer yang berakhir pagi ini dengan mencatat masa 6:17:43 dengan purata kelajuan 19.06 kilomter sejam.

Penunggang Terengganu, Mohammad Fuad Hashim, muncul naib johan dengan catatan masa 6:29:17 atau purata kelajuan 18.5 kilometer sejam manakala tempat ketiga dimenangi Zelma Lotter (7:02:30).

Mohammad Fuad menggondol hadiah wang tunai RM44,000 manakala Zelma membawa pulang wang tunai RM32,000.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut berangkat ke majlis penyampaian hadiah di Terengganu International Equestrian Park, Lembah Bidong, berkenan menyampaikan hadiah kepada juara kejohanan tersebut.

Manakala Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, yang turut hadir pada majlis itu, menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat kedua hingga kelima.

Tuanku Mizan yang menunggang kuda 'RTES Smith' mewakili pasukan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) turut bersaing bersama dengan 69 peserta lain yang menyertai acara tahunan itu.

Pelepasan kejohanan itu dilakukan Menteri Besar petang semalam.

Seorang lagi penunggang Thailand, Warit Khuntarporn yang mencatatkan masa 7:02:35 memenangi tempat keempat manakala Mohd Sulaiman Muda (8:15:15) mendapat tempat kelima.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turut berangkat pada majlis penyampaian hadiah. Hadir sama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, wakil-wakil rakyat dan kenamaan negeri serta ketua-ketua jabatan.

Jumaat, 7 Oktober 2011

PEGAWAI JASA DUN LANGKAP MENINGGAL DUNIA

Pegawai JASA DUN Langkap, Che Mat Yusof Abdullah ( 49tahun) telah meninggal dunia pagi tadi (7/10/2011)..beliau disedari meninggal dunia pagi tadi dan dipercayai Meninggal dunia ketika tidur..Beliau adalah seorang pegawai yang kuat komitment pada kerja jabatan dan parti. beliau juga adalah setiausaha penyelaras UMNO DUN Langkap dan AJK UMNO Bahagian Setiu..

Khamis, 29 September 2011

RIBUT MELANDA TERENGGANU

Ribut serta angin kencang melanda bandar Kuala Terengganu awal malam tadi dan menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merosakkan beberapa kemudahaan awam, rumah, khemah-khemah perniagaan, kenderaan dan sebagainya.

Tinjauan Teganukita mendapati antara kawasan yang teruk kesan dari ribut yang datang secara mengejut beserta dengan hujan dan petir termasuklah di Taman Shah Bandar, Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Pejabat dan jeti bot penambang bersebelahan pasar payang serta beberapa lokasi yang terdedah sekitar bandar.

Pihak Majlis Bandara Raya Kuala Terengganu (MBKT) telah melakukan kerja-kerja yang pantas untuk mengelak gangguan kepada lalu lintas berikutan banyak pokok yang tumbang merentasi laluan dan jalan awam.


Orang ramai menyifatkan kejadian itu berlaku dengan begitu pantas sekali dalam beberapa minit kira-kira jam 8.40 malam.





Di hadapan Pejabat Unit Komunikasi (UKOM di Jalan Pejabat) sendiri sebahagian pokok yang terserpih jatuh ke atas jalan turut menghalang lalu lintas dan menimpa beberapa kenderaan yang terdapat di situ. Bagaimana pihak MBKT dalam masa tidak sampai satu jam memulihkan semula laluan itu.

Waktu kejadian di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sedang berlangsung perlawanan suku akhir bola sepak Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Selepas kira-kira enam minit berlangsung perlawanan terpaksa ditangguh kira-kira 40 minit akibat ribut kuat dan hujan lebat itu.

Pihak MBKT dan beberapa agensi berkaitan memantau segera kejadian itu untuk memastikan kesan darinya dapat diatasi segara dan tidak menganggu kehidupan harian penduduk di bandar ini.

KERAJAAN TERENGGANU BANTU PERSATUAN NELAYAN RM 1.1juta

Kerajaan negeri memberi sumbangan RM1.1 juta kepada semua 11 persatuan nelayan di Terengganu untuk tujuan modal pembangunan projek kecil di kawasan masing-masing.

Sumbangan RM100,000 setiap persatuan itu disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said pada majlis perjuampaan beliau bersama warga nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Marang, hari ini. Ia termasuklah kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Marang, PNK Besut, PNK Kuala Terengganu Utara, PNK Dungun, PNK Paka, PNK Kemasik,PNK Kijal, PNK Kemaman dan Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu).





Isnin, 26 September 2011

PAS PALU SEMULA GENDANG HUDUD BILA PILIHANRAYA HAMPIR TIBA.

Oleh FAUZI MOHD

Umpama dendangan lagu hari raya – melodi dan liriknya dilagukan setiap tahun dan penyanyinya pula terdiri daripada para pemimpin sebuah parti yang mengaku lebih Islam berbanding parti lain.

Baru-baru ini, sekali lagi Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bersuara meminta agar Perdana Menteri membenarkan hudud dilaksanakan di Kelantan kerana beliau yakin banyak masalah boleh diselesaikan sekiranya hukum itu dijalankan.

Semuanya gara-gara laporan Majlis Aids Malaysia yang mengatakan Kelantan mencatat bilangan pesakit HIV tertinggi di Malaysia pada 2010.


Untuk pengetahuan, bukan sahaja 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada tahun 2008 dan 2009 anugerah itu tidak terlepas ke negeri lain.














Seperti biasa, sesuai dengan perangai pemimpin dan penyokong-penyokong Pas, apa sahaja yang buruk akan dilemparkan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Mursyidul Am Pas kata, punca HIV tinggi di Kelantan kerana mereka gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 kerana halangan daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Itu cuma kenyataan orang politik yang enggan mengakui kelemahannya sebagai Menteri Besar Kelantan serta mahu menjaga undi orang-orang kampung yang berkain pelikat atau berselipar ‘Jepun’ terhadap partinya.

Cuba bayangkan sekiranya laporan-laporan akhbar atau berita yang tersiar beberapa hari lepas melaporkan Kelantan mencatatkan bilangan paling rendah penghidap HIV di Malaysia, apa pula mereka akan kata?

Mereka akan kata, "inilah berkat pemerintahan tok guru dan kerajaan Islam di Kelantan."

Tetapi apabila akhbar melaporkan Kelantan yang paling tinggi, terus kesalahan diletakkan kepada sesiapa sahaja kecuali dirinya sendiri.

Jadi di manakah relevannya apabila Nik Aziz mengaitkan kegagalan melaksanakan hudud punca pesakit AIDS tinggi di Kelantan?

Begitu juga apabila parti itu kalah pilihan raya, salahkan parti lawan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apabila pesakit HIV tinggi salahkan Tun Dr. Mahathir dan hukum hudud.

Tempoh 21 tahun Pas perintah Kelantan bukannya tempoh yang pendek. Tun Dr. Mahathir mentadbir negara selama 22 tahun

Tahun depan tempoh Nik Aziz jadi MB Kelantan dah sama dengan tempoh Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri.

Apa kejayaan yang boleh dibanggakan dengan 21 tahun pemerintahan Nik Aziz? Pembangunan rohani gagal, pembangunan jasmani pun gagal.

Beberapa pihak pernah memaklumkan hudud yang dibawa oleh Pas pada tahun 1993 bukannya hudud yang sebenar mengikut syariat Islam. Ia hudud politik.

Sengaja direka cipta supaya ditolak oleh Kerajaan Pusat pada masa itu. Apabila ditolak bolehlah dijaja cerita UMNO tolak Islam.

JAMUAN RAYA KPKK MERIAH

Lebih 2,000 tetamu yang hadir di Majlis Aidilfitri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Negeri Terengganu dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional Terengganu yang cukup menyelerakan.



Lebih 10 menu antaranya termasuk nasi dagang, ketupat pulut, laksa Terengganu, laksa Penang, sate ayam, lemang dan rendang menjadi pilihan tetamu di majlis yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu hari ini.


Hadir sama memeriahkan majlis Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat dan beberapa pegawai kanan kerajaan.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama lapan jabatan di bawah KPKK itu turut diserikan dengan nyanyian lagu Aidilfitri.

Ahad, 25 September 2011

TERIMA KASIH PAS KERANA SAMBUT TPM DENGAN KIBARAN BENDERA



Terima kasih kepada pemimpin parti Pas dalam kawasan Bukit Payong khususnya di cawangan Kedai Buloh yang bersusah payah memasang bendera (parti Pas) di tepi-tepi jalan untuk menyambut khadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin ke Daerah Marang.

Kata-kata itu dilontarkan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang, Dato’ Yahya Khatib Mohamad ketika berucap di majlis perasmian Pasar Baru Kedai Buloh petang semalam.

“Ini menandakan mereka sudah ‘redha’ menerima UMNO pada masa akan datang,” katanya disambut tepukkan gemuruh lebih 10,000 orang termasuk pemimpin masyarakat, peniaga dan penduduk di sekitar kawasan tersebut membanjiri perkarangan Pasar Baru Kedai Buloh bagi meraikan kedatangan pemimpin nombor dua negara itu.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin yang diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said tiba jam 3 petang untuk melakukan perasmian Pasar Baru Kedai Buloh yang mula digunakan sejak sebulan lalu.

Hadir sama, Menteri Perdagangan dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Haji Tengku Putera Tengku Awang; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, YB Haji Alias Abdullah; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang.

Katanya, daerah Marang terus maju di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan pembangunan untuk masyarakat di sini tidak pernah dipinggirkan.

Sehubungan itu katanya, pembinaan Pasar Baru Kedai Buloh yang menelan belanja lebih RM9 juta contoh jelas keperihatinan kerajaan menyediakan tempat yang selesa kepada golongan peniaga disamping dapat meningkatkan pendapatan keluarga.

“Beberapa premis perkedaian di bandar Marang sedang rancak dilaksanakan dan semua ini adalah hasil sumbangan kerajaan BN menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

 



 

KERAJAAN NEGERI TERENGGANU SEDIA KERJASAMA BINA KOMPLEKS BARU IPD DAN IPK

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said memberitahu, Kerajaan negeri sedia berkerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membina kompleks baru Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.



Menurutnya, bangunan yang beroperasi sejak tahun 1960-an itu perlu dinaik taraf secepat mungkin berdasarkan keperluan mendesak berikutan kepesatan daerah ini serta mahu mewujudkan suasana kerja yang kondusif.

“Dulu, pihak Kerajaan negeri pernah berbincang dengan Polis Terengganu berhubung perkara ini. Kerajaan negeri bersetuju menyediakan tapak baru pembinaan kompleks itu di tepi kompleks lama dengan keluasan yang hampir sama.

“Selepas siap pembinaan, bangunan lama akan dirobohkan dan tapak asal akan diberi kepada Kerajaan negeri bagi membolehkan pelbagai projek komersil dilakukan di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Terengganu di IPK Terengganu hari ini. Menyambut ketibaan Menteri Besar, Ketua Polis negeri, Dato’ Jamshah Mustapa.

SEMARAK MERDEKA BESUT MERIAH



Program Semarak Merdeka Peringkat Daerah Besut mencatat sejarah apabila ribuan peserta yang mewakili pelbagai komuniti daerah itu membanjiri Dataran Jertih Souq.

Lebih 200 kontinjen yang menyertai perarakan memenuhi dataran yang terletak di tengah pusat bandar itu.

Perarakan kontinjen bermula jam 7.30 pagi melalui lima penjuru termasuk dari Hulu Besut,Kuala Besut, Kota Putera, Jabi dan Jertih menyebabkan jalan masuk ke bandar ini ditutup kepada semua kenderaan sejak jam 7 pagi.

Pelbagai acara menarik diadakan termasuk perarakan gajah, kuda, kereta sewa, kederaan pacuan empat roda, basikal, vespa, kancil dan motosikal berkuasa tinggi.

Manakala kontinjen perarakan pula disertai jabatan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pasukan keselamatan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan petubuhan lain.

Selasa, 20 September 2011

KANTOIII !!! Saksi pembelaan Anwar BUKAN PAKAR DNA...


Perbicaraan kes Liwat Anwar Ibrahim bersambung semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan saksi pembela, Dr Brian McDonald akan diperiksa balas oleh pihak pendakwa.

Semalam, menurut pakar yang diupah oleh Anwar dari Australia itu mengatakan tiada bukti yang menunjukkan bahawa profil-profil DNA yang diperoleh daripada “Lelaki Y”

Dr Brian McDonald, mencabar penemuan analisis yang dikendalikan oleh ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong dan Dr Nor Aidora Saedon.

Berikut ialah rentetan perbicaraan kes Liwat pada pagi ini.

9.00 pagi: Kelihatan hadir di mahkamah pihak saksi pembela Dr Brian McDonald, peguambela Anwar Sankara Nair dan CV Prabhakaran

9:07pagi: Kelihatan Pihak pendakwa diketuai oleh Mohd Yusof Zainal Abiden. Turut kelihatan hadir di mahkamah ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul atau lebih dikenali dengan nama Joe bendul turut memberi sokongan moral pada Bosnya Anwar Ibrahim.

9:20 pagi: Mahkamah bermula perbicaraan dengah hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding. Peguam Ram Karpal Singh bangun memberitahu mahkamah bahawa beliau mempunyai satu soalan untuk ditanya kepada McDonald tentang satu kes di Australia.

9.27 pagi: Pihak pendakwa memulakan soalbalas didahului dengan peguam cara negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden. Yusof menyentuh kes pada tahun 2007 yang belaku di Australia iaitu mahkamah rayuan telah menolak rayuan dalam satu kes melibatkan McDonald.sebagai pakar dan Mahkamah menolak Mc Donald sebagai pakar DNA dan Yusof berkata beliau akan menunjukkan McDonald bukan pakar.

9.30 pagi: Yusof berkata dunia DNA telah maju kehadapan. Beliau mendakwa beberapa kelayakan McDonald sudah tidak boleh dipakai lagi dan sudah terlalu usang.

9.34 pagi: Peguamcara II Yusof bertanya lagi samada pada 2002, Adakah McDOnald menghadiri mana-mana program-program peperiksaan bagi memperbaharui kepakarannya itu?. McDonald menjawab tiada

9.37 pagi: McDonald berkata kelayakan beliau diperakui penilai NATA makmal forensik untuk pensijilan ISO 17025.

9.40 pagi: Yusof terus mengasak lagi, adakah kelayakan McDonald seperti terkandung dalam biodatanya?

9.42 pagi: McDonald berkata beliau tidak pernah menghadiri sebarang kursus forensik DNA.

9.43 pagi: Yusof bertanya lagi Adakah anda dilatih secara rasmi? Untuk mentafsir, analisis?

9.44 pagi: McDonald menjawab Saya dilatih secara rasmi sebagai saintis sahaja.

9.45 Yusof bertanya lagi, Adakah kamu melatih orang lain?

9.46 McDonald menjawab Ya, di semua lapangan kecuali tafsiran DNA.

9.48 pagi: Yusof meminta penjelasan bagaimana McDonald telah memperoleh kepakaran beliau. Mc Donald berkata pada 2004. “Saya seorang senior saintis dengan kerja-kerja itu dilakukan junior saya dan robot.

9.50 pagi: Yusof berkata lagi dalam ISO 17025, mereka akan melawat dan kenali ahli-ahli sains dan sama ada mereka mempunyai syarat-syarat perlu.

“Saintis, sebagai sebahagian daripada akreditasi, saintis Seah Lay Hong (betul) dan Nor Aidora, mesti dengan konsisten diuji,” kata Yusof.

McDonald dengan teragak-agak menolak pendapat Yusof. beliau berkata hanya ahli-ahli saintis kanan dibenarkan untuk mentafsirkan keputusan-keputusan.

10.10 pagi: McDonald berkata dia tidak menahu bahawa samada akreditasi makmal dijalankan setiap dua tahun.

10: 38 pagi: McDonald sekali lagi tergamam bila Yusof mengatakan bahawa dalam satu kes di Brunei, mahkamah telah menolak McDonald sebagai saksi kerana kepakaran beliau tidak diikhtiraf.

DATO' AWANG JABAR MAUT DALAM KEMALANGAN

Bekas Ahli Parlimen Dungun, Dato' Haji Awang  bin Jabar, 66, terbunuh apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah Perodua Alza di Kilometer 26, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tuman, Merchang, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.10 pagi itu, Penasihat Khas Menteri Besar Terengganu yang menaiki Mercedes-Benz dalam perjalanan menghadiri program tinjauan mesra Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dungun.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu, penumpang Perodua Alza yang juga seorang warga Yaman, Nisma Nabil Abdul Karim al-Saiban.

Muhyiddin dijangka melawat jenazah Allahyarham yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Terengganu, pada 2 petang di rumahnya di Jalan Tekukur, Kuala Terengganu.

Isnin, 19 September 2011

JAMUAN RAYA MENTERI BELIA DAN SUKAN MERIAH...

Bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Kemaman telah diadakan sambutan hari raya bersama Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.



Majlis ini telah mendapat sambutan kira-kira 35,000 pengunjung berbilang kaum.

Turut memeriahkan majlis, beberapa artis tempatan seperti Hattan, Zarina AF, Black Mentor, Farida AF, Jinbara dan ramai lagi telah diundang.

Para tamu juga dihidang dengan pelbagai juadah raya disamping dapat bersalam raya dengan Dato’ Sri Shabery.

Seramai seribu penerima yang layak telah dipilih oleh setiap JKKK kampung mereka mengikut keperluan.


Sumbangan yang berbentuk seperti cermin mata, kerusi roda, tongkat, basikal, mesin rumput, oven, pampers, dan banyak lagi telah diagihkan kepada penerima.

Sebelum berakhir majlis, Dato’ Sri Ahmad Shabery turut mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

PERUNTUKAN RM700 RIBU UNTUK MENGHADAPI BANJIR DI TERENGGANU

Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM700,000 sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlaku banjir pada penghujung tahun ini.

Pengarah JKM Terengganu, Encik Zuhaimi Omar berkata, jumlah berkenaan hanya permulaan dan akan ditambah mengikut keperluan semasa.

“Pihak JKM juga sudah bersiap sedia sepenuhnya termasuk stok keperluan asas termasuk bekalan makanan, kain pelikat, selimut, tuala dan sebagainya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis sambutan Aidilfitri Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat (Serikandi) Terengganu di Kediaman Seri Iman Kuala Terengganu semalam.

Katanya, semua pegawai dan kakitangan JKM tidak dibenarkan mengambil cuti dan akan bertugas 24 jam sekiranya keadaan memerlukan.

“Saya juga berharap dan berdoa semoga tahun ini tidak berlaku banjir besar serta berlarutan sebagaimana tahun sebelumnya,” katanya.

Menjawab pertanyaan pemberita mengenai mangsa ribut yang melanda daerah Dungun , Encik Zuhaimi memberi jaminan pihak JKM daerah akan membuat siasatan untuk mengenal pasti kerugian yang dialami bagi menyalurkan bantuan yang perlu.

Menurutnya, ribut yang melanda Sabtu lalu (17 September) itu mengakibatkan 107 rumah terjejas di Ketengah Jaya (60 buah) dan Kerteh 4 (47 buah) serta tiga buah rumah mengalami rosak teruk.

Khamis, 15 September 2011

TPM AKAN MELAWAT TERENGGANU 20 SEPTEMBER


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada Selasa ini (20 September)

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said berkata Tan Sri Muhyiddin dijadual tiba di Lapangan Terbang Kertih, Kemaman pada pada pagi hari itu dan terus ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abuidin (PSMZA), Dungun.

Katanya, semasa di PSMZA Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan dan berdialog dengan pemimpin masyarakat tempatan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

“Pada tengah hari, Muhyiddin kemudiannya akan menghadiri majlis ramah mesra dan jamuan hari raya melibatkan 15,000 tetamu di Dataran Merdeka, Dungun.

“Manakala pada sebelah petang pula, Timbalan Perdana Menteri dijadualkan merasmikan Pasar Baru Kedai Buloh dan majlis hari raya parlimen Marang,”katanya.

Sebelum mengakhiri lawatannya ke Terengganu, Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan dengan imam, bilal dan guru-guru agama di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu sebelum berlepas pulang melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada sebelah malam.

Rabu, 7 September 2011

MAT SABU LETIH ANWAR LENA SEJENAK...

AKHIR AKHIR INI HEBOH SIKIT PASAL CELUPAR MAT SABU YANG SOKONG KOMUNIS MENENTANG POLIS BUKIT KEPONG....TERDUDUK JUGAK MAT SABU BILA DIBANTAI TERUK OLEH BEKAS POLIS DAN WARIS WARAH POLIS YANG MATI DISERANG KOMUNIS DALAM PERISTIWA BERSEJARAH BUKIT KEPONG ITU...BILA KITA MENGENANG PERISTIWA BUKIT KEPONG ITU, KITA TERBAYANG FILEM ARAHAN DATUK JINS SHAMSUDDIN...KITA AKAN TERASA SEDIH DAN TERHARU MENONTON FILEM ITU...TETAPI HAKIKAT SEBENAR PERISTIWA BUKIT KEPONG ADALAH SANGAT TRAGIS...

BERBALIK KEPADA MAT SABU NI.. SEBENARNYA BUKAN HASRAT DIA NAK PERTAHANKAN KOMUNIS ATAU MAT INDERA YANG MENYERANG BALAI POLIS ITU.. NIAT SEBENAR MAT SABU IALAH TAK MAHU IKTRAF KEMERDEKAAN INI ADALAH JASA UMNO, JASA TOKOH TOKOH UMNO YANG BERKORBAN UNTUK MERDEKA ...SEBAB PAS TAK BUAT APA APA PUN UNTUK MEMERDEKAKAN NEGARA...

BILA KITA ASYIK HENTAM MAT SABU, MAKA SENYAP SEJENAK KES LIWAT ANWAR..KES VIDEO PUN NAMPAK MACAM  SEPI JE...SERONOK JUGAK ANWAR..SAYANGLAH JUGAK ANWAR KE MAT SABU NI, WALAUPUN ASAL ISTILAH      "AL JUBURI" NI MAT SABU LAH YANG BAGI KAT ANWAR...

RUPA NYA... BILA KITA RENUNG DALAM- DALAM POLITIK PEMBANGKANG NI...SUSAH KITA NAK CARI SESUATU YANG MENGUNTUNGKAN NEGARA...APA YANG RAKYAT DAPAT PUN KITA TAK BOLEH NAK  "LIST" KAN...CUMA  YANG JELAS ANWAR UNTUNG ADALAH...ANAK BERANAK BOLEH JADI WAKIL RAKYAT...DENGAR CERITA NURUL NUHA PULAK AKAN JADI CALON NIBONG TEBAL...AGAK-AGAKNYA BERUNTUNG KAH ORANG NIBUNG TEBAL DAPAT CALON PKR ANAK ANWAR...EH TAK "NEPOTISM" YE???? KAN ANWAR PEJUANG KRONI DAN NEPOTISM!!!!

RUPA-RUPANYA HARAM UNTUK ORANG HALAL UNTUK GUA...SATU KAMU PUNYA...LIMA SAYA PUNYA...GITU RUPANYA KEADILAN YANG PEMBANGKANG PERJUANGKAN...BERTUL JUGAK CERITA P. RAMLEE...HE HE HE..

SEMANGAT MERDEKA WARGA EMAS





Mohd Nor mengibar Jalur Gemilang tanda kesyukaran

Warga Emas. Mohd Noor Mamat,85, dari Kampung Gong Gucil, Jertih, Terengganu, adalah satu contoh baik yang patut diikuti oleh rakyat negeri ini kerana beliau mempunyai semangat tinggi pada setiap tahun menyambut hari kemerdekaan negara.
Walaupun sudah berusia, Mohd Noor begitu bersemangat membuat persiapan untuk menyambut hari paling bersejarah kepada negara yang dicintainya.
Berbekalkan semangat dia masih mampu untuk bergerak dan terbabit sama dalam komuniti lain di kampungnya untuk menghias jalur gemilang dan membina tugu peringatan berkonsepkan kemerdekaan..
“Saya gembira menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur kerana negara ini terus menikmati arus kemajuan dan rakyat turut menikmati hasil perjuangan pemimpin kita,” katanya.
Katanya, kesungguhan pemimpin negeri dan negara membina tamadun baru menyebabkan rakyat cukup selesa dan bertahan sehingga sekarang meskipun ada juga percubaan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menghuharakan negara,” katanya.
Beliau berharap kerajaan bertindak tegas terhadap anasir yang cuba belot dan berniat jahat untuk memecah keharmonian dan perpaduan penduduk pelbagai kaun yang sudah lama terjalin erat demi kesejahteraan negara.

Selasa, 6 September 2011

PIALA MONSUN

Piala Monsun, acara kejohanan perahu layar antarabangsa di Pulau Duyong, Kuala Terengganu yang bermula sejak 2005, ternyata memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan ekonomi Terengganu terutamanya penduduk setempat.
Pengerusi Tbest Events Sdn. Bhd. (Tbest), Tan Sri Sabaruddin Chik berkata, selain mengurangkan pergantungan kepada sumber ekonomi tradisional, ia juga mengubah lanskap khususnya di Pulau Duyong yang terletaknya di muara Sungai Terengganu.


"Penganjuran ini bukanlah satu pembaziran kerana ia mampu menarik kedatangan pelancong ke Terengganu yang mana keindahan dan kebudayaannya turut ditatapi oleh jutaan penduduk dunia, " kata beliau.

Piala Monsun pada tahun ini diadakan dari 22 hingga 27 November dengan pelbagai aktiviti sampingan berkaitan kapal layar selain perlumbaan utama yang disertai oleh pasukan kapal layar terbaik dunia.
Jelas Sabaruddin, Piala Monsun sebenarnya merupakan ilham bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berpendapat keadaan monsun yang biasa berlaku di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia pada penghujung tahun, tidak seharusnya menjadi penghalang kepada sebarang bentuk aktiviti ekonomi.


"Beliau mencadangkan pertandingan ini diadakan untuk merancakkan pembangunan di kawasan perkampungan nelayan seperti mana kita dapat perhatikan pada masa ini," ujarnya.
Katanya, berdasarkan perangkaan penganjuran pada tahun lalu, kedatangan pelancong ke Terengganu ketika berlangsungnya Piala Monsun 2010 berjaya menggalakkan perbelanjaan setempat berjumlah RM13.1 juta.

KES "SMS UGUT BUNUH" PIHAK PENDAKWA BERJAYA BUKTIKAN WUJUD "PRIMA FACIE"

Pihak pendakwa hari ini berjaya membuktikan terdapat `prima facie’ berhubung kes `ugutan bunuh melalui SMS’ yang membabitkan bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu (Dato’ Seri Idris Jusoh), Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir.

Sehubungan itu, tertuduh Dr Ramzi diarahkan membela diri pada tarikh yang ditetapkan Hakim M Bakri Abd Majid pada 10 hingga 13 Oktober dan 24 hingga 27 Oktober 2011.

M Bakri berkata, segala keterangan terhadap tertuduh Dr Ramzi sebelum ini berjaya membuktikan terdapat `prima facie’ dan beliau diarahkan membela diri pada tarikh 10 hingga 13 Oktober dan 24 hingga 27 Oktober 2011.

Tertuduh, Datuk Dr Ahmad Ramzi didakwa mengancam mendatangkan kematian ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Mohd Ariffin Abdullah pada pukul 11.21 malam, 13 April 2009 lalu, di E 726 Kampung Kubang Parit., Kuala Terengganu.

Datuk Dr Ahmad Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dua lagi Adun, Abd Halim Jusoh (Adun Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Adun Ajil) antara pukul 11.21 dan 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan, Dr Ahmad Ramzi mengancam untuk mendatangkan kematian kepada ketiga-tiga Adun berkenaan.

Dia turut didakwa memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu, Dato’ Wan Ahamad Wan Muda, yang kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan, dengan menghantar SMS ugutan itu melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Dato’ Wan Ahamad.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...