Sabtu, 16 Jun 2012
KEMAMAN - Yayasan Terengganu (YT) bakal mengagihkan sebanyak RM1.5 juta kepada 2,572 anak watan Terengganu yang berjaya menyambung pelajaran ke peringkat matrikulasi dan diploma pada tahun ini.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM929,500 diberi kepada 1,851 pelajar matrikulasi yang menerima RM900 setiap orang manakala sebanyak RM542,250 pula kepada 721 pelajar Diploma yang menerima RM750 setiap orang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berkata sumbangan wang tunai itu diharap dapat meringankan beban kewangan ibu bapa bagi peringkat awal kemasukan anak mereka ke pusat pengajian tinggi.
"Kerajaan negeri Terengganu berharap pelaburan besar dalam bidang pendidikan iaitu sejumlah RM340 juta setahun akan melahirkan anak muda yang cemerlang, aset negeri yang meneruskan kegemilangan Terengganu pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Sukan Masiswa Zon Pantai Timur di kampus Kolej Universiti TATI dekat Teluk Kalong di sini hari ini.
Seramai 1,400 pelajar dari 16 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari Pantai Timur menyertai karnival itu dari hari ini hingga Ahad.
Selain itu, Ahmad Razif turut menasihati pelajar IPT supaya memahami isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditimbulkan pembangkang supaya mereka dapat berfikir secara matang dan rasional.
"Kebanyakan pelajar yang mendesak agar PTPTN dihapuskan itu terdiri daripada mereka yang tidak cemerlang di IPT, malah seorang daripada sembilan pelajar di Mesir yang ditarik balik biasiswa oleh YT sebelum ini didapati gagal dalam pelajaran.
"Pelajar yang cemerlang tidak pula terlibat dengan bantahan seumpama itu kerana mereka yang berkelulusan kelas pertama secara automatiknya akan ditukar status daripada pinjaman kepada biasiswa," katanya. - Bernama
Terengganu terpilih selaku hos bagi Pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan 2012 yang akan diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, pada 12 hingga 17 Julai ini.
Pertandingan anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kerajaan Terengganu, Asia Pacific Broadcasting Union (ABU), RTM, Kementerian Pengajian Tinggi dan Sirim bertemakan ` In Pursuit of Peace and Prosperity’ (Peng On Dai gat) bakal disertai 64 pasukan yang terdiri daripada penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Inovasi Khas), Encik Fadli Yusof Zakaria, berkata penganjur mensasarkan program kali ini bakal dikunjungi 10,000 pelawat dari seluruh Malaysia.
Katanya, acara bermula dengan pendaftaran dan sesi cubaan pada 12 Julai, manakala hari berikutnya pada 14 Julai hingga 16 Julai dijalankan proses saringan, sebelum pertandingan akhir dan penutup pada keesokannya (17 Julai).
“Pertandingan robot yang mula dilaksanakan sejak 10 tahun lalu itu disasarkan untuk pelajar mahasiswa institusi pengajian tinggi di rantau Asia Pasifik bertujuan mewujudkan persahabatan di kalangan golongan muda yang mempunyai minat yang sama dalam meningkatkan daya kreativiti terhadap bidang Sains dan teknologi.
“Ia juga membantu menjana minda kreatif dan inovatif, selain meningkatkan kejuruteraan awal dan teknologi penyiaran di rantau ini,” katanya.
Beliau berkata, Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dijangka bakal merasmikan program penutup serta penyampaian hadiah pertandingan itu nanti.
Menurutnya, pemenang peringkat kebangsaan akan mewakili negara ke pertandingan peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Hong Kong, selaku hos buat kali-11 bagi pertandingan `ABU Asia-Pacific Robot Contest 2012’.
Cadang 10,000 lagi rumah rakyat Terengganu
KEMAMAN 11 Jun - Barisan Nasional (BN) Terengganu akan menyediakan manifesto tambahan selain manifesto Pusat bagi menawarkan lebih banyak kebaikan untuk negeri ini dan kesejahteraan hidup rakyatnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia termasuk cadangan membina 10,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun jika BN terus diberi kepercayaan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.
Beliau menarik perhatian, secara umumnya, kerajaan negeri akan melakukan penambahbaikan terhadap apa yang telah dilaksanakan dan pendekatan baru mengikut kesesuaian keadaan.
"Secara prinsipnya, manifesto peringkat nasional akan dipersetujui semua BN negeri tetapi tentulah satu negeri berbeza dengan keperluan di negeri lain. Jadi kita akan menghalusi apa yang boleh dilakukan.
''Kita mahu memperincikan perkara itu supaya kita boleh melaksanakannya sesuai dengan kehendak di peringkat negeri dan menambah perkara-perkara yang ada kaitan dengan Terengganu," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran projek perumahan Taman Koperasi Perdana yang dibangunkan Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) Kemaman Berhad di Kampung Pasir Minal, Binjai dekat sini kelmarin.
Projek di atas tapak seluas 19 hektar itu melibatkan pembinaan 250 unit rumah teres satu tingkat, rumah berkembar setingkat, rumah teres dua tingkat dan banglo dua tingkat.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Pengerusi koperasi terlibat, Ab. Ghani Azahari.
Ahmad berkata, janji-janji itu berdasarkan kemampuan kerajaan negeri untuk menunaikannya dan rumah merupakan salah satu keutamaan untuk diperluaskan bagi memenuhi keperluan rakyat.
"Sehingga kini, kira-kira 8,000 unit rumah telah siap dibina dan bakinya akan diteruskan sehingga tahun depan. Selepas itu sebanyak 10,000 unit lagi akan kita bina," ujarnya.
Menyentuh mengenai penglibatan koperasi dalam pembangunan hartanah, beliau berkata, mereka perlulah mendapatkan rakan kongsi atau pemaju berwibawa bagi mengelak berlakunya projek terbengkalai.
''KPD Kemaman boleh dijadikan contoh kerana mampu menyiapkan projek mengikut tempoh yang ditetapkan dengan kualiti yang baik," ujarnya
Sabtu, 24 Mac 2012
Abangggg...Abangggg dah pandai main
keh keh keh....
dah pandai main perasaan rakyat, masa kerajaan BN bagi BR1M, rasuah kata ko,
ni ape ke jadah ni...keh keh keh
siap berogol lagi, upsss silap berlogo lagi, apa pulak kata ostad bulat.. HARAM ke tidak,
TAKBERRRRRRR
My First Time...rasa macam nok demam
KALI PERTAMA pemimpin PAS, Ustaz Abu Bakar Abdullah (dua dari kanan) menjejak kaki di Masjid Kg. Gemuruh setelah lebih 2 TAHUN 5 BULAN masjid itu beroperasi berhampiran dengan kediaman beliau. Bekas EXCO Kerajaan PAS Terengganu itu hadir sempena majlis perasmian masjid bernilai RM1.8 juta itu oleh Sultan Terengganu beserta Solat Jumaat pada 10 Februari lalu. Kehadiran bekas Yang Dipertua PAS Kuala Nerus itu sebenarnya mengejutkan sebahagian penyokong PAS sendiri yang selama ini bermain dengan hukum ‘tidak sah’ beriktikaf di masjid yang dibina kerajaan UMNO.,,,,,Takberrrrrrrrr
Lagi sumbangan Wahid Endut kepada masyarakat Wakaf Mempelam
“Setakat ini, apa yang wakil rakyat PAS ( Haji Abdul Wahid Endut) beri? Ada Abdul Wahid Endut dapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk dibawa (pembangunan) ke kampung.. kawasan dia? Apa yang dia dapat..hanya elaun sahaja.. Ahli Parlimen lagi..Adun lagi”
( Petikan sidang media Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said )
MB yang memenangi hati rakyat
ni nama dia, rumoh mampu milik hok kerajaan Teganu buat....Takbirrrr
“Saya tawarkan dahulu 1,000 unit rumah (mampu milik)..Lepas itu kita tengok macam mana, biar (BN) menang dulu. DUN ini sudah 33 tahun kalah. Kalau tidak mahu berubah, tidak akan berubah. Terpulang kepada orang di DUN Wakaf Mempelam untuk menentukannya,“Sebab itu Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno melantik Pegawai Pembangunan (PP) DUN bagi menjaga kebajikan penduduk termasuk di DUN Wakaf Mempelam.
“Kalau kita hendak biarkan, kita biar begitu sahaja tanpa perlu melantik PP DUN. Bagaimanapun, kita mengambil tanggungjawab itu,” katanya sebagai mengulas pelbagai kebajikan dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri di DUN Wakaf Mempelam termasuk usaha membangunkan 1,000 unit rumah mampu milik di kawasan itu tidak lama lagi.
penduduk sepatutnya tidak lagi menyokong kepimpinan
pembangkang yang terbukti gagal menjaga kebajikan penduduk
walaupun sekian lama menguasai satu kawasan, sepertimana PAS
yang sudah 33 tahun memenangi DUN Wakaf Mempelam.
cer khabor gok sikit orang Wakaf Mempelam, menda hok Abang Wahid dah buat...
takbiirrrrrrr
SAYA BODOH SUBJEK GEOGRAFI..KANTOI
FELDA BERDAGANG DENGAN ISRAEL@MAHFUZ OMAR BODOH DALAM SUBJEK GEOGRAFI....@AHMAD MASLAN
Si bahalol - Mahfuz Omar masih lagi tidak berpuas hati dengan penerangan Datuk Ahmad Maslan yang mana anak syarikat FELDA, FISB tidak pernah mengadakan hubungan dagang dengan Israel, tetapi penghantaran melalui pelabuhan Ashdod, Israel adalah kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Jenin, Palestin.
"All the products which consisted of bulk oil and edible oils were for shipping to Palestine," Datuk Ahmad Maslan told a news conference at Parliament's lobby Thursday. RUJUK SINI
"All the products which consisted of bulk oil and edible oils were for shipping to Palestine," Datuk Ahmad Maslan told a news conference at Parliament's lobby Thursday. RUJUK SINI
Satu-satunya pelabuhan yang berada di bawah tadbir Palestin adalah Gaza... Kenapa barangan tersebut tidak dihantar melalui pelabuhan Gaza? Seperti kita ketahui kapal2 yang ingin berlabuh di Gaza terpaksa melalui kawalan ketat tentera marin Israel, seperti misi-misi flotilla keamanan ke Gaza sering saja disekat rakus oleh tentera Israel.
Malah pihak Israel sendiri menyatakan amaran setiap bentuk barangan (termasuk sumbangan kemanusiaan) yang ingin dihantar ke Palestin (walaupun ke Gaza) harus melalui PELABUHAN ASHDOD dan dihantar melalui jalan darat ke destinasinya.
It was particularly interesting to watch the short video clip released by the Israeli military on their website - - where a naval official called on the ships to turn around. The official used some phrases rarely used by Israeli spokespersons. “Your attempt to enter the Gaza Strip by sea is a violation of international law. We remind you that humanitarian supplies can be delivered to the Gaza Strip by land, and you are welcome to enter Ashdod port and deliver supplies through land crossings,” the unnamed official said. RUJUK SINI!!
Mungkin tidak dapat disalahkan Mahfuz Omar kerana dengan status pendidikan bertaraf SRP (sekarang PMR), dia agak lembab dalam subject GEOGRAFI dari zaman persekolahannya sehinggalah memegang jawatan Naib Presiden PAS sekarang. Tidak malukah penyokong2 PAS mempunyai Naib Presiden sebangang ini???
ISU PERGESERAN WANITA UMNO
Rasanya tak perlu kita ulas panjang..tutup buku !! sambung kerja !! puok tolol akan bergumbira kiranya kita terus panjangkan drama ini..anggap semuanya selesai !! Fokus PRU 13..kita nak menang besar..rakyat masih bersama kita..yakinlah !! Tahniah Wanita UMNO diatas SOKONGAN ANDA....
Biarkan pemimpin Pakatan Tolol yang sibuk berFaceBook ketika Sidang Dewan...patut lah Selangor dah semakin tenat
DYMM Tuanku Sultan Terengganu menerima persembahan cenderahati daripada rakyat Setiu sempena keberangkatan baginda ke Daerah Setiu dalam majlis bersama rakyat di Pantai Rhu Sepuluh pada 22 Mac 2012 bersamaan 28 Rabiul Akhir 1433 Hijrah
DYMM Sultan Terengganu menyampaikan titah kepada rakyat di Majlis Perasmian Masjid Alur Lek
Pada 23 Mac 2012 bersamaan 29 Rabiul Akhir 1433 Hijrah Tuanku DYMM Sultan Terengganu telah berkenan berangkat ke Kampung Alur Lek bagi merasmikan Masjid Alur Lek dan menyampaikan watikah kepada iman yang bertugas.
Langgan:
Catatan (Atom)