Ahad, 23 Oktober 2011

Kenangan pahit....

Kesah kanak-kanak TADIKA Kemas di Terengganu suatu ketika dahulu yang  terpaksa belajar di pondok usang angkara tidak dibenarkan berada di premis kerajaan negeri sewaktu Pas berkuasa...mungkin kanak-kanak ini sudah menjadi remaja sekarang (belasan tahun). Mungkin kerana sudah kehabisan modal, kini pemimpin Pas mula mendendangkan lagu lama bagi menyedapkan halwa telinga rakyat Terengganu, apabila mereka melancarkan Manifesto Pas Terengganu yang bertemakan ‘Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan’. Kononnya pelancaran manifesto itu merupakan strategi parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang makin banyak diperkatakan kebelakangan ini dan sesetengahnya sudah pun meletakkan tarikh pilihan raya. Sebenarnya, manifesto tersebut tidak lebih daripada sekadar usaha Pas untuk memancing undi bagi meraih sokongan rakyat kerana mereka sedar kepercayaan rakyat kepada Pas kian pudar. Dengan pelbagai isu melanda parti itu, termasuk ketelanjuran pemimpinnya mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati rakyat, mereka perlu mencari jalan supaya rakyat kembali percaya kepada Pas. Ingatan rakyat Terengganu pasti masih segar dengan pelbagai kezaliman yang dilakukan pemimpin Pas sewaktu mereka berkuasa di negeri ini, kira-kira 10 tahun lalu. Terengganu mengalami zaman gelap ketika negeri ini diperintah Pas bermula dari tahun 1999 hingga mereka tersungkur kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004. Mengulas manifesto pilihan raya Pas itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Yahya Khatib Mohamad berkata rakyat negeri tidak akan lupa bagaimana pentadbiran Pas yang diterajui Presidennya, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang hanya bercakap dan berceramah sepanjang masa dan bukannya melaksanakan apa yang termaktub dalam manifesto yang dijanjikan. “Justeru manifesto yang dikeluarkan Pas itu tidak lebih hanya sekadar untuk mengulangi skrip lama dan mereka perlu ingat rakyat Terengganu sudah matang dan tidak akan terpengaruh dengan segala janji yang hanya manis di bibir sahaja. “Penghapusan cukai kediaman dan sebagainya adalah gula-gula untuk memastikan pengaruh mereka terus berkembang namun pada masa yang sama mereka tidak sedar tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan pada satu ketika dahulu disia-siakan. “Jika mereka melaksanakan amanah dan melunaskan segala janji, takkankan rakyat khususnya pengundi menukar kerajaan negeri dalam sekelip mata sahaja dan mereka hanya memerintah sepenggal sahaja,” katanya. Pada Sabtu lalu, Pas Terengganu melancarkan manifesto Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tema ‘Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan’. Lima perkara dari kandungan manifesto yang dilancarkan Abdul Hadi di Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu ialah melaksanakan pengecualian cukai kediaman, menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN, cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami, menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun dan merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin. Dato’ Yahya yang juga Adun Pengkalan Berangan meminta Pas supaya mencermin diri terlebih dahulu dan bukannya secara semberono mengumumkan manifesto berkenaan. “Manifesto mereka seolah-olah kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) hari ini tidak peka dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat sedangkan kita telah melaksanakan apa yang terbaik untuk rakyat Terengganu. “Usah cakap banyaklah….Tengok dan selidik dulu apa jasa dan “track record” ketika rakyat memberi amanah sebelum ini. Seperti yang saya katakan di atas, jika mereka benar-benar bertanggungjawab, takkanlah rakyat berpaling tadah dengan memberikan mandat kembali kepada BN. “Kita bukannya nak bercakap sombong atau bongkak sebaliknya bercakap atas dasar hakikat yang sebenarnya. Kita percaya rakyat negeri ini lebih selesa dengan apa yang kita telah laksanakan dan segala perancangan yang telah diatur dan sama sekali tidak akan mengulangi kesilapan sebelum ini,” katanya. Sehubungan itu, rakyat Terengganu perlu berfikir sejenak dan mengimbas kembali kezaliman yang dilakukan Pas sewaktu mereka memerintah Terengganu seperti menghalau kanak-kanak dari Tadika, menghentikan elaun bayaran kepada guru-guru agama dan penghafal al-Quran, merampas balai raya dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan menafikan hak rakyat memiliki tapak rumah. Terlalu banyak kekejaman yang dilakukan mereka kepada rakyat bukan penyokong parti itu semasa mereka memerintah Terengganu. Selepas itu, barulah rakyat boleh membuat keputusan sama ada mahu mempercayai manifesto Pas itu dan mereka ‘ditipu’ sekali lagi atau menolak manifesto berkenaan yang hanya bertujuan mengaburi mata rakyat. Tepuk dada, tanya selesa. Usah biarkan kita ditipu Pas sepanjang masa.

AKHIR PIALA MALAYSIA... TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN

Terengganu dan Negeri Sembilan bakal bertemu di pentas akhir Piala Malaysia buat pertama kali, selepas menumpaskan lawan masing-masing pada pertembungan mencemaskan separuh akhir kedua, malam tadi (22 Oktober).

Kemenangan itu sudah diramalkan peminat dan penyokong bola sepak tempatan sejak tamat perlawanan separuh akhir pertama lagi, di mana kedua- dua pasukan itu selesa dengan kedudukan masing-masing.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, harapan Selangor menghidupkan kembali ‘Misi 33’ lebur, meskipun berjaya mencuri satu gol pada minit-minit terakhir untuk mengiringi Sang Penyu ke pentas akhir dengan kemenngan agregat 4-1 selepas menumpaskan Selangor 2-1.

Sementara, T-Team gagal mengikut jejak abangnya, terpaksa berputih mata menyaksikan Negeri Sembilan sekali lagi melangkah ke pentas akhir dengan agregat 6-3.

Bekas juara Piala Malaysia 2001, bakal bertemu naib juara tahun lalu pada hari penentuan 29 Oktober depan di Stadium Shah Alam, Selangor.

Khamis, 20 Oktober 2011

PROGRAM EKASIH TERENGGANU

Seramai 7,722 penduduk termasuk 6,924 ibu tunggal dan selebihnya bapa tunggal di Terengganu dipantau Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) melalui program e-Kasih yang diwujudkan dua tahun lepas. Pengarah YPKT, Encikb Mohd Safaruddin Mustaffa berkata, berkata beberapa proses tertentu dilaksanakan sebelum seseorang itu layak disenarai di bawah e-Kasih. Antaranya termasuk seseorang individu itu perlu mengisi borang secara manual atau `on line’. “Melalui borang itu, beberapa pihak berkaitan akan tampil membuat bancian bagi mengetahui sama ada pemohon benar-benar layak atau sebaliknya,” katanya Katanya, YPK mewujudkan pelbagai program, bantuan dan sokongan bagi meringankan beban golongan itu, terutama ibu tunggal agar dapat meneruskan kehidupan dengan lebih terjamin. “Langkah itu bertujuan memastikan golongan berkenaan, khususnya mereka yang mempunyai anak masih bersekolah mampu menjalani kehidupan lebih berkualiti dan tidak tercicir daripada pelajaran. “Di samping bantuan berbentuk kewangan, barangan, kursus kemahiran juga ditawarkan bagi membantu golongan berkenaan membuka perniagaan kecil-kecilan serta kemahiran menjahit pakaian dan sebagainya,” katanyan

Khamis, 13 Oktober 2011

MAIDAM JANGKA KUTIPAN ZAKAT 2011 RM 80 JUTA

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menjangkakan jumlah kutipan zakat tahun ini lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Yang Dipertua Maidam, Dato’ Senara Muda, Dato’ Mazlan Hashim berkata, tahun ini pihak Maidam jangka dapat mengumpul kutipan zakat RM80 juta berbanding tahun lalu RM76 juta.

Kkatanya, Maidam yakin sasaran RM80 juta dapat dicapai dalam tempoh tiga bulan berbaki sebelum menjelang akhir tahun ini.

“Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini jumlah pungutan zakat telah mencecah RM63 juta berbanding RM54 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu,” katanya selepas menerima bayaran zakat perniagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Pejabat Maidam, Kuala Terengganu.

Maidam menerima penyerahan zakat sebanyak RM960,000 yang telah disampaikan oleh Ahli Jemaah Pengarah Nafas Kebangsaan merangkap Pengerusi Nafas Terengganu, Dato’ Haji Wan Zakaria Abdul Rahman.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Wan Sulaiman.
Menurut Dato’ Senara Muda, bayaran zakat paling tinggi diterima tahun ini adalah daripada zakat pendapatan iaitu RM21 juta diikuti zakat perniagaan RM19 juta dan zakat simpanan RM13 juta.

“Kutipan terus meningkat hasil kesedaran tinggi pelbagai golongan masyarakat termasuk ahli korporat dan individu mengenai kewajipan membayar zakat untuk membantu mereka yang memerlukan,”

SKMM SASAR 101 MENARA TELEKOMUNIKASI DI TERENGGANU 2012

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mensasarkan 97 peratus kawasan liputan telefon selular di Terengganu menjelang akhir 2012.

Pengarah SKMM Wilayah Timur, Encik Mohd Shafie Harun berkata, pihaknya memberi tumpuan di pulau-pulau termasuk Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Perhentian yang menjadi tumpuan pelancong di samping kawasan pedalaman yang mempunyai ramai penduduk.

Katanya, semua pulau berkenaan sudah mempunyai menara komunikasi dan pihak SKMM merancang membina 24 menara lagi di Hulu Terengganu yang dijangka siap sebelum akhir tahun depan.

“Sehingga ini 77 menara komunikasi sudah siap dibina meliputi semua daerah seluruh negeri di mana setiap menara menelan belanja kira-kira RM1.5 juta,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Hak Pengguna Dalam Perkhidmatan Komunikasi dan Multimedia di Riyaz Heritage, Pulau Duyong, Kuala Terengganu hari ini.

“Kita yakin bila siapnya pembinaan menara di Hulu Terengganu, sasaran 97 peratus kawasan liputan di negeri ini akan tercapai,” katanya.

Hadir sama, Pengarah jabatan Pematuhan SKMM, Puan Sharizan Abd Aziz dan Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Puan Mahfuzah Azhari.

Katanya, Terengganu merupakan negeri tertinggi mempunyai capaian internet iaitu 57 peratus berbanding Pahang (48 peratus) dan Kelantan (46 peratus).

Tambahnya peningkatan kesedaran pengguna terhadap penggunaan jalur lebar di negeri ini begitu memberangsangkan dan melalui seminar yang diadakan ini memberi tambah nilai kepada penggunaan jalur lebar dengan baik dan menyeluruh.

“Untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kita akan mewujudkan 158 kampung tanpa wayar di seluruh negeri untuk memberi kemudahan penduduk yang tinggal di pedalaman mendapat liputan yang jelas tanpa gangguan,” katanya.

Rabu, 12 Oktober 2011

INSTITUT PENGAJIAN ISLAM (INSPI) SEMAKIN BERKEMBANG

Institut Pengajian Islam (INSPI) Yayasan Islam Terengganu semakin mencipta nama sebagai pusat pengajian yang menjana graduan bidang agama dan mendapat pengiktirafan universiti tempatan serta luar negara.

Pengerusi INSPI, YB Ustaz Muhammad Ramli Nuh, berkata sejak kebelakangan ini INSPI menjadi sebutan dan pusat pengajian itui disebut-sebut bakal menggantikan Kolej Universiti Zainal Abidin (KUSZA) yang cukup terkenal di Terengganu pada masa dahulu.

“Dulu nama KUSZA cukup sinonim dengan Terengganu kerana ia terkenal sebagai pusat pengajian yang melahirkan graduan-graduan di bidang agama.

“Bagaimanapun, selepas KUSZA dinaiktaraf menjadi Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), INSPI pula disebut-sebut bakal menggantikan Kusza sebagai pengeluar graduan di bidang agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara Darul Quran JAKIM dengan INSPI Yayasan Islam Terengganu Bagi Program Diploma Tahfiz Wa Dakwah di Menara YIT, hari ini.

Pengarah Darul Quran, Haji Paimuzi Yahya mewakili Darul Quran manakala INSPI diwakili Pengarah YIT, Haji Md. Kamaru Al-Amin, bagi menandatangani MoU berkenaan yang membolehkan graduan INSPI diiktiraf universiti tempatan dan luar negara.



Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Haji Razali Shahabudin dan Pengetua INSPI, Ustaz Firdaus Khairi Abd Kadir.

YB Ustaz Haji Muhammad Ramli berkata, pihaknya akan berusaha lebih gigih, termasuk menambah bilangan pelajar di INSPI bagi memastikan pusat pengajian tersebut mengukir nama setaraf dengan KUSZA.

Beliau berkata, dengan termerterainya MoU tersebut banyak keuntungan diperolehi oleh INSPI, termasuk mendapatkan tenaga pengajar dari Darul Quran dan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di luar negara.

SATU BEKAL 2 JUTA LITER AIR BERSIH KE PULAU PERHENTIAN

SYARIKAT Air Terengganu (SATU) mampu membekalkan 2 juta liter air bersih sehari kepada kira-kira 1,600 penduduk di Pulau Perhentian setelah projek bekalan air disiapkan sepenuhnya sejak 15 Mei lalu.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) negeri, Dato’ Mat Razali Kassim berkata, projek yang bernilai RM60.75 juta itu turut memberi manafaat kepada lebih 40 pengusaha pusat pelancongan di pulau berkenaan yang menerima kedatangan pelancongan hampir 90,000 setahun.

Menurutnya, projek yang bermula Februari 2006 itu melibatkan pemasangan paip di dasar laut sepanjang 22 kilometer dari Bukit Bubus, Besut ke Pulau Perhentian Besar dan pembinaan tangki air berkapasiti 1.82 juta liter di pulau itu.

“Selain pembinaan tangki air berkapasiti 0.75 juta liter di Bukit Bubus, termasuk dalam projek berkenaan pemasangan paip kepada pengguna sepanjang 4 kilometer di Pulau Perhentian Kecil dan 1 kilometer di Pulau Perhentian Besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Pulau Perhentian daripada Jabatan Bekalan Air kepada SATU di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, Ir. Dr. Hasnul Mohamad Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Husain Embong.

Tambah Dato’ Mat Razali, projek berkenaan memakan masa berikutan pihak pemaju melaksanakan pembinaan mesra alam bagi menjaga terumbu karang di taman laut serta kawasan hutan berbukit di kedua-dua pulau itu.

“Pihak kementerian memaklumkan, projek bekalan air bersih di Pulau Perhentian ini adalah yang terbesar di Malaysia pernah dilaksanakan dan ia mampu membekalkan air terawat untuk generasi akan datang,” katanya.

Sebelum ini katanya, penduduk dan pengusaha pelancongan di pulau berkenaan menggunakan bekalan air melalui loji air bawah tanah yang dibina oleh SATU di Pulau Perhentian Besar.

“Bagaimanapun, loji itu tidak dapat menampung keperluan penduduk terutama pada musim kemarau selain airnya yang berasa payau dan penggunaan minyak diesel turut mendedahkan kepada faktor pencemaran di taman laut,” ujarnya.

Selasa, 11 Oktober 2011

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan untuk merasmikan Jambori Malaysia ke-12 dan Terengganu International Scout Jamboree 2011

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan untuk merasmikan Jambori Malaysia ke-12 dan Terengganu International Scout Jamboree 2011 di Kem Pengakap Telaga Batin, 21 November depan.

Setiausaha Kerja 1 Jambori, Mohamad Sulaiman dalam satu kenyataan berkata, Tuanku Mizan yang juga Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia telah memberi perkenan kepada kerajaan negeri untuk menjadi tuan rumah jambori kali kedua selama seminggu bermula 19 November itu.

Mohamad yang juga Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri Terengganu (MPNT) berkata, Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan yang merupakan Penaung MPNT berkenan menyertai jambori tersebut.

Sehingga ini 25 negara menunjukkan minat dan komitmen untuk menyertai jambori itu melibatkan kira-kira 11,000 peserta

TERENGGANU, T-TEAM SELESA

11 October 2011


JUARA Piala FA, Terengganu memperoleh bekalan selesa menjelang pertemuan timbal balik kedua suku akhir Piala Malaysia apabila menang 3-1 ke atas juara bertahan, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.

Lima kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahab dengan tiga menjadi milik Kelantan melalui Mohd. Shakir Shaari, Mohd. Daudsu Jamaludin dan Mohd. Aziz Ismail sementara dua kepada pemain Terengganu, Ismail Faruqi Asha’ri dan Mohd. Zubir Mohd. Azmi.
Ismail Faruqi meletakkan skuad Penyu mendahului pada minit ke-43 ketika Kelantan bermain dengan sembilan pemain, selepas Shakir dan Daudsu menerima kad merah pada minit ke-31 dan 34.


Kegembiraan pasukan tuan rumah tidak bertahan lama apabila pengadil menghadiahkan kad merah kepada penjaring gol pertama Terengganu, Ismail Faruqi pada penghujung separuh masa pertama akibat menerima dua kad kuning.

Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi kembali memastikan Kelantan berada pada landasan apabila menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-78.

Namun, Terengganu memastikan Kelantan pulang hampa apabila Abdul Manaf Mamat memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-88, sebelum tonggak pertahanan Peteh, Mohd. Marzuki Yusof menambah derita Red Warriors pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Dua lagi kad merah dilayangkan oleh pengadil sebelum perlawanan berakhir apabila pertahanan Terengganu, Mohd. Zubir dan pertahanan Kelantan, Mohd. Aziz Ismail bergaduh sebelum perlawanan berakhir.


Turut hadir menyaksikan perlawanan itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Norliza Mahmud.

Sementara itu, di Stadium Likas, Sabah gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila tewas 1-2 kepada pasukan T-Team.

Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayudin meletakkan T-Team di hadapan pada minit ke-34, sebelum Alto Linus kembali menghidupkan harapan Sabah dengan gol penyamaan pada minit ke-46.

Namun, lima minit sebelum permainan tamat, Indra Putra muncul wira T-Team dengan menjaringkan gol kemenangan bagi memastikan pasukan berstatus kelab itu pulang ke gelanggan sendiri dengan membawa kelebihan satu gol.





Ahad, 9 Oktober 2011

YANG PENTING BAJET 2012 DAPAT DIKECAPI RAKYAT...

TAK PAYAHLAH PEMBANGKANG NAK TIPU RAKYAT LAGI...BAJET 2012 ADALAH BAJET UNTUK KERAJAAN BARISAN NASIONAL BERBELANJA PADA 2012 BAGI MEMBERIKAN KHIDMAT UNTUK RAKYAT...IANYA MAMPU DILAKSANAKAN KERAJAAN DAN TELAH TERBUKTI SEMENJAK BERPULUH TAHUN KERAJAAN BN MEMERINTAH BAJET YANG DIBENTANG SETIAP TAHUN ITULAH YANG DIBELANJAKAN SETELAH MENDAPAT PERSETUJUAN PARLIMEN...APA NAK HEBOH SANGAT...PEMBANGKANG TAK PAYAH LAH NAK MENYIBUK...MEMANG TAK PERNAH BERLAKU BAHAWA PEMBANGKANG SOKONG DASAR KERAJAAN, WALAU SEBAIK MANA SEKALIPUN YANG DIBUAT KERAJAAN DAN TERBUKTI RAKYAT DAPAT MANFAATNYA TETAPI PEMBANGKANG TETAP BANGKANG...DAN TERBUKTI JUGA SETIAP KALI DIBANGKANG TAPI YANG MENGUNTUNGKAN MEREKA MEREKA AMBIK JUGAK...

RAKYAT SUDAH BIASA DENGAN PERANGAI PEMBANGKANG INI...DAN RAKYAT TELAH TAHU TUJUAN PEMBANGKAN BENTANG BAJET MEREKA SEBELUM BAJET NEGARA DIBENTANG PM ADALAH NAK BERITAHU KONONNYA YANG BAIK ITU ADALAH TIRU MEREKA..MEREKA DAH SERKAP AWAL..

PEMBANGKANG AKAN HENTAM KERAJAAN BILA KERAJAAN TIDAK CAKNA RAKYAT DAN MEREKA AKAN HENTAM JUGA JIKA KERAJAAN TERLALU CAKNA RAKYAT...KERANA MEREKA SEDAR HANYA DENGAN FITNAH,HENTAM,KUTUK DAN LAIN-LAIN PERBUATAN KEJI SAHAJA DAPAT MENARIK RAKYAT YANG TAASUB TERUS MENYOKONG MEREKA..... SEMENTARA MAJORITI RAKYAT  TETAP BERSAMA KERAJAAN YANG MEMANG SUDAH LAMA MEMBERIKAN KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT..

YANG PELEK JUGA IALAH BAJET 2012 YANG BANYAK KEBAIKAN KEPADA RAKYAT DI TUDUH PEMBANGKANG SEBAGAI BAJET PANCING UNDI...HABISTU BAJET PEMBANGKANG YANG DIBENTANG ITU (SEDANGKAN MEREKA TAHU MEREKA BUKAN PEMERINTAH) UNTUK PANCING IKAN KE??? TIDAKKAH IANYA SATU PERBUATAN BODOH DAN SIA SIA..???

PENUNGGANG THAILAND JUARA SMC 2011


Penunggang dari Thailand, Wipawan Pawitayalarp, muncul johan Sultan Mizan Cup 2011, sekaligus membawa pulang wang tunai RM63,000 dan sebuah jam tangan AmaSwiss bernilai RM54,000.

Beliau menamatkan trek sejauh 120 kilometer yang berakhir pagi ini dengan mencatat masa 6:17:43 dengan purata kelajuan 19.06 kilomter sejam.

Penunggang Terengganu, Mohammad Fuad Hashim, muncul naib johan dengan catatan masa 6:29:17 atau purata kelajuan 18.5 kilometer sejam manakala tempat ketiga dimenangi Zelma Lotter (7:02:30).

Mohammad Fuad menggondol hadiah wang tunai RM44,000 manakala Zelma membawa pulang wang tunai RM32,000.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut berangkat ke majlis penyampaian hadiah di Terengganu International Equestrian Park, Lembah Bidong, berkenan menyampaikan hadiah kepada juara kejohanan tersebut.

Manakala Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, yang turut hadir pada majlis itu, menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat kedua hingga kelima.

Tuanku Mizan yang menunggang kuda 'RTES Smith' mewakili pasukan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) turut bersaing bersama dengan 69 peserta lain yang menyertai acara tahunan itu.

Pelepasan kejohanan itu dilakukan Menteri Besar petang semalam.

Seorang lagi penunggang Thailand, Warit Khuntarporn yang mencatatkan masa 7:02:35 memenangi tempat keempat manakala Mohd Sulaiman Muda (8:15:15) mendapat tempat kelima.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turut berangkat pada majlis penyampaian hadiah. Hadir sama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, wakil-wakil rakyat dan kenamaan negeri serta ketua-ketua jabatan.

Jumaat, 7 Oktober 2011

PEGAWAI JASA DUN LANGKAP MENINGGAL DUNIA

Pegawai JASA DUN Langkap, Che Mat Yusof Abdullah ( 49tahun) telah meninggal dunia pagi tadi (7/10/2011)..beliau disedari meninggal dunia pagi tadi dan dipercayai Meninggal dunia ketika tidur..Beliau adalah seorang pegawai yang kuat komitment pada kerja jabatan dan parti. beliau juga adalah setiausaha penyelaras UMNO DUN Langkap dan AJK UMNO Bahagian Setiu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...