Jumaat, 17 Januari 2014
MENYANTUNI MANGSA BANJIR DI KEMAMAN...
Banjir besar yang luar biasa melanda Kemaman bulan Disember lalu meninggalkan kesan teruk dijiwa lebih 19,205 orang penduduk Daerah Kemaman terutama dalam kawasan DUN Chukai dan DUN Air Putih. Banyak hartabenda tenggelam menyebabkan kerugian yang begitu teruk..Pemimpin Kerajaan bertungkus lumus memberi bantuan makanan dan membantu perpindahan ke kawasan selamat..yang penting ketika itu hanyalah menyelamatkan nyawa dahulu,kemudiaan barulah difikirkan soal makanan dan keselesaan.. Oleh kerana banjir ini sangat luar biasa dan belum berlaku sebelum ini maka berlaku sedikut kelam kabut dalam urusan perpindahan mangsa dan dalam pengagihan makanan..Sesetengah mangsa merasakan tak perlu pindah kerana sebelum ini ditahun tahun sudah banjior hanya setakat lutut atau separas pinggang yang mana mereka dapat menyelamatkan barang barang di atas meja atau "Loteng" yang disediakan..Namun hakikatnya luar jangkaan..seluruh rumah ditenggelami air dan semua barang barang tidak dapat diselamatkan..Itulah peristiwa perit yang mereka alami waktu banjir baru baru ini.. Ahli Parlimen Kemaman YB Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek meninggalkan terus perhimpunan Agong UMNO di PWTC demi bersama rakyat dan membantu rakyat yang terlibat banjir..Perkara utama difikirkan ialah Keselamatan nyawa terlebih dahulu..pastikan semua selamat serentak dengan pengagihan makanan sebagai alas perut..selepas itu difikirkan keselesaan ... Yang menyedihkan sukarelawan banjir ialah ada fitnah fitnah jahat yang mengambil perkara kecil dan remeh sebagai tajuk besar dan di war warkan seolah olah mangsa banjir dibiarkan tanpa perhatian, sedangkan mereka yang menabur fitnah jahat itu tidakpun menghulurkan sesen bantuan bagi merengankan mangsa banjir.. Komitmen tinggi kerajaan yang prihatin kepada rakyat berterusan sehingga YAB Perdana Menteri turun padang bagi menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa yang berupa tv, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal serta wang tunai RM500 dari kerajaan pusat dan RM1500 dari kerajaan negeri.. Pembangkang terus hasad dengki dengan usaha baik kerajaan ini sehingga membutakan mata mereka dari melihat kebaikan2 namun yang dicungkil keburukan juga...Itulah mentaliti kelas tiga dibenak pemikiran mereka..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan