Rabu, 18 Januari 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017..Tahun Pilihanraya??

Lama saya tidak menulis dalam blog ini..kekangan masa dan hanya sempat berbicara menerusi facebook,twitter,G+, dan whatsapp..Instagram pun jarang post cerita..

Tahun ini rasanya jika ada masa terluang nak juga menulis dam blog ini mengenai cerita2 terkini atau memberi pandangan tentang isu2 semasa negara, maklumlah tahun ini parti2 politik akan bekerja keras untuk memenangi hati rakyat..DEKAT DOH PILIHANRAYA KAN...

Pilihanraya kali ini akan lebih meriah dan lebih mencabar parti2 yang akan bertanding ditambah pula ada parti baru yang diberi nama PPBM atau nama penuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia.. parti yang lahir dari pemimpin UMNO yang merasakan mereka terbaik untuk memimpin rakyat.. Pernah dulu dari UMNO ini lahir Semangat 46.. lahir pula Parti Keadilan yang kemudian di tukar nama dan logo kepada Parti Keadilan Rakyat Malaysia apabila Parti Sosialis masuk bergabung sama.. Dari perpecahan PAS pula lahir Parti Amanah Negara, ringkasannya PAN tetapi oleh kerana tak berapa sedap bunyi dan maknanya maka disebutlah "Amanah.."
Kelahiran banyak parti ini tidaklah menjadi masalah kepada rakyat untuk memilih parti dan pemimpin yang mana terbaik bagi pandangan rakyat untuk memimpin dan membawa kemajuan dan kestabilan negara.. cumanya mungkin ada yang keliru dan tersalah pilih nanti ekoran salah faham dan malas fikir sesetengah rakyat ketika mengundi nanti  akibat sumbatan media sosial terutama facebook dan twitter tanpa menilai keabsahan sesuatu berita itu. Ramai sudah kena saman dan kalah dalam bicara ,kena bayar gantirugi akibat selalu berbohong dan memfitnah kepada pemimpin  kerajaan ,ada juga yang tarik balik kenyataan dan minta maaf begitu sahaja, walhal dengan fitnah yang mereka lempar itu mereka telah menang kawasan yang ditandingi kerana sesetengah  rakyat memilih tanpa selidik atau memilih kerana kebencian yang sudah lama masuk tertanam dalam qalbu. Pun begitu masih ramai yang percaya dengan pembohongan bersiri siri ini..
Saya doakan 2017 ini agar rakyat lebih muhasabah, lebih tenang tidak gelabah, perhati dan nilai betul betul kerana sesetengah orang itu apabila kepentingan dan peluangnya berkubur dia akan lebih gelupur, dan sesetengah itu hanya menunding jari kearah orang lain sahaja tak betul sedangkan melihat kedirinya rupanya lebih berterabur dengan dosa .. kantung pun penuh dah.. tapi masih belum mahu bersyukur...
Fahamilah sikap orang politik , tak dapat banyak sedikitpun kritik, ada sahaja yang tak kena.. yang lucunya BR1M pun jadi isu.. bukankan kerja kerajaan perlu membantu yang termampu. penyakit Haram untuk orang lain tapi Halal untuk aku sudah lama berlaku.  masih belum berubah sikap itu. banyak contohnya tak perlulah cerita satu persatu.
Carilah titik kebenaran dan jangan cari titik keburukan kerana semuanya atas kamu. Ibarat  belalang didalam gengaman. jika kamu nak minta orang teka apakah belalang dalam tangan kamu itu hidup atau mati maka sudah tentu jawapan terserah kepada kamu, jika orang jawab hidup kamu akan gengam kuat kuat biar belalang mati, jika orang jawab mati kamu akan lepas terbang belalang itu...
SEMOGA KITA DIPELIHARA DARI DOSA YANG SEGAJA.  DAN KITA MOHON KEAMPUNAN DARI DOSA YANG TIDAK SENGAJA..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...