Rabu, 18 Januari 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017..Tahun Pilihanraya??

Lama saya tidak menulis dalam blog ini..kekangan masa dan hanya sempat berbicara menerusi facebook,twitter,G+, dan whatsapp..Instagram pun jarang post cerita..

Tahun ini rasanya jika ada masa terluang nak juga menulis dam blog ini mengenai cerita2 terkini atau memberi pandangan tentang isu2 semasa negara, maklumlah tahun ini parti2 politik akan bekerja keras untuk memenangi hati rakyat..DEKAT DOH PILIHANRAYA KAN...

Pilihanraya kali ini akan lebih meriah dan lebih mencabar parti2 yang akan bertanding ditambah pula ada parti baru yang diberi nama PPBM atau nama penuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia.. parti yang lahir dari pemimpin UMNO yang merasakan mereka terbaik untuk memimpin rakyat.. Pernah dulu dari UMNO ini lahir Semangat 46.. lahir pula Parti Keadilan yang kemudian di tukar nama dan logo kepada Parti Keadilan Rakyat Malaysia apabila Parti Sosialis masuk bergabung sama.. Dari perpecahan PAS pula lahir Parti Amanah Negara, ringkasannya PAN tetapi oleh kerana tak berapa sedap bunyi dan maknanya maka disebutlah "Amanah.."
Kelahiran banyak parti ini tidaklah menjadi masalah kepada rakyat untuk memilih parti dan pemimpin yang mana terbaik bagi pandangan rakyat untuk memimpin dan membawa kemajuan dan kestabilan negara.. cumanya mungkin ada yang keliru dan tersalah pilih nanti ekoran salah faham dan malas fikir sesetengah rakyat ketika mengundi nanti  akibat sumbatan media sosial terutama facebook dan twitter tanpa menilai keabsahan sesuatu berita itu. Ramai sudah kena saman dan kalah dalam bicara ,kena bayar gantirugi akibat selalu berbohong dan memfitnah kepada pemimpin  kerajaan ,ada juga yang tarik balik kenyataan dan minta maaf begitu sahaja, walhal dengan fitnah yang mereka lempar itu mereka telah menang kawasan yang ditandingi kerana sesetengah  rakyat memilih tanpa selidik atau memilih kerana kebencian yang sudah lama masuk tertanam dalam qalbu. Pun begitu masih ramai yang percaya dengan pembohongan bersiri siri ini..
Saya doakan 2017 ini agar rakyat lebih muhasabah, lebih tenang tidak gelabah, perhati dan nilai betul betul kerana sesetengah orang itu apabila kepentingan dan peluangnya berkubur dia akan lebih gelupur, dan sesetengah itu hanya menunding jari kearah orang lain sahaja tak betul sedangkan melihat kedirinya rupanya lebih berterabur dengan dosa .. kantung pun penuh dah.. tapi masih belum mahu bersyukur...
Fahamilah sikap orang politik , tak dapat banyak sedikitpun kritik, ada sahaja yang tak kena.. yang lucunya BR1M pun jadi isu.. bukankan kerja kerajaan perlu membantu yang termampu. penyakit Haram untuk orang lain tapi Halal untuk aku sudah lama berlaku.  masih belum berubah sikap itu. banyak contohnya tak perlulah cerita satu persatu.
Carilah titik kebenaran dan jangan cari titik keburukan kerana semuanya atas kamu. Ibarat  belalang didalam gengaman. jika kamu nak minta orang teka apakah belalang dalam tangan kamu itu hidup atau mati maka sudah tentu jawapan terserah kepada kamu, jika orang jawab hidup kamu akan gengam kuat kuat biar belalang mati, jika orang jawab mati kamu akan lepas terbang belalang itu...
SEMOGA KITA DIPELIHARA DARI DOSA YANG SEGAJA.  DAN KITA MOHON KEAMPUNAN DARI DOSA YANG TIDAK SENGAJA..




Ahad, 13 April 2014


Majlis Penyerahan Set Tv Dan Dekoder Astro NJOI sempena program peluasan siaran RTM melalui satelit.

Tarikh:12 April 2014(sabtu)
Tempat:Balairaya Kg Sungai Berua,Dun Telemong                             Masa:10 Pagi
Perasmi:Yb Dato ' Jailani bin Johari Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Merangkap Ahli Parlim
en Hulu Terengganu

Kehadiran VIP
Y.B Ghazali Bin Taib(Adun Ajil merangkap Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Terengganu)
En. Adli Bin Kesah Pengarah Jasa Terengganu
EN. Mustafa Bin Abd Kadir Jabatan Penerangan Terengganu

Wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli(JKOA)          
Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu Johari Bin Abu Bakar   Tok Batin Kg Sg Berua Rosli b Desoh

Yb. Dato' Jailani Johari amat berbesar hati diatas sokongan masyarakat orang asli Sungai Berua kepada kerajaan. Beliau juga berterima kasih atas sokongan jabatan yang bersama dan bekerja keras demi menjayakan program ini. Yb. Dato' Jailani juga berjanji akan terus membantu membangunkan masyarakat orang asli dan tidak akan  g masyarakat ini. Beliau juga menyatakan lebih 5000 penerima seluruh malaysia akan menerima unit tv dan dekoder njoi melalui program ini. Seramai 114 penerima dari Kg Sg Berua dan juga 8 penerima dari Kg Sg Sayap (Dun Hulu Besut) terlibat dalam ň ini. Program ini mampu mengurangkan jurang maklumat kepada masyarakat ini. Ucapan terima kasih kepada syarikat swasta (Astro) kerana prihatin membangunkan masyarakat.

Ahad, 16 Mac 2014

Negara kita diuji lagi...kali ini kehilangan secara misteri MH370...Ternyata rakyat Malaysia sesetengahnya masih kurang patriotik..sesetengahnya pula menyalahgunakan media sosial yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan dan kebenaran bukan untuk mengelirukan atau sengaja merumitkan keadaan..kasihanilah keluarga mangsa dan anak2 kapal..mereka perlukan doa kita..

Semoga peristiwa ini menyatukan kembali rakyat Malaysia yang semakin bepecahan kerana fahaman politik berbeza dan munkin juga kerana keterujaan menggunakan media sosial secara cuai dan tidak tepat...

Jumaat, 17 Januari 2014

MENYANTUNI MANGSA BANJIR DI KEMAMAN...

Banjir besar yang luar biasa melanda Kemaman bulan Disember lalu meninggalkan kesan teruk dijiwa lebih 19,205 orang penduduk Daerah Kemaman terutama dalam kawasan DUN Chukai dan DUN Air Putih. Banyak hartabenda tenggelam menyebabkan kerugian yang begitu teruk..Pemimpin Kerajaan bertungkus lumus memberi bantuan makanan dan membantu perpindahan ke kawasan selamat..yang penting ketika itu hanyalah menyelamatkan nyawa dahulu,kemudiaan barulah difikirkan soal makanan dan keselesaan.. Oleh kerana banjir ini sangat luar biasa dan belum berlaku sebelum ini maka berlaku sedikut kelam kabut dalam urusan perpindahan mangsa dan dalam pengagihan makanan..Sesetengah mangsa merasakan tak perlu pindah kerana sebelum ini ditahun tahun sudah banjior hanya setakat lutut atau separas pinggang yang mana mereka dapat menyelamatkan barang barang di atas meja atau "Loteng" yang disediakan..Namun hakikatnya luar jangkaan..seluruh rumah ditenggelami air dan semua barang barang tidak dapat diselamatkan..Itulah peristiwa perit yang mereka alami waktu banjir baru baru ini.. Ahli Parlimen Kemaman YB Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek meninggalkan terus perhimpunan Agong UMNO di PWTC demi bersama rakyat dan membantu rakyat yang terlibat banjir..Perkara utama difikirkan ialah Keselamatan nyawa terlebih dahulu..pastikan semua selamat serentak dengan pengagihan makanan sebagai alas perut..selepas itu difikirkan keselesaan ... Yang menyedihkan sukarelawan banjir ialah ada fitnah fitnah jahat yang mengambil perkara kecil dan remeh sebagai tajuk besar dan di war warkan seolah olah mangsa banjir dibiarkan tanpa perhatian, sedangkan mereka yang menabur fitnah jahat itu tidakpun menghulurkan sesen bantuan bagi merengankan mangsa banjir.. Komitmen tinggi kerajaan yang prihatin kepada rakyat berterusan sehingga YAB Perdana Menteri turun padang bagi menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa yang berupa tv, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal serta wang tunai RM500 dari kerajaan pusat dan RM1500 dari kerajaan negeri.. Pembangkang terus hasad dengki dengan usaha baik kerajaan ini sehingga membutakan mata mereka dari melihat kebaikan2 namun yang dicungkil keburukan juga...Itulah mentaliti kelas tiga dibenak pemikiran mereka..

Isnin, 6 Mei 2013

TERENGGANU...BN menang tipis 17-15

Tsunami 1999 kembali lagi dan hampir  melingkupkan semula kerajaan BN Terengganu.. Terengganu yang berkedudukan agak selesa sebelum ini dengan 24-8 rupanya tidak mampu berkubu lebih lama. Walaupun rakyat diberi dengan berbagai bantuan dan bahkan hampir kesemua manifesto 2008 ditunaikan bahkan melebihi dari itu Namun sentimen kebencian kepada individu tertentu melangkaui pemikiran waras yg diterjemahkan di Kertas undi.

Memaksa rakyat supaya memilih calon yang tidak disukai rakyat sesuatu yg tidak boleh diperjudikan disesetengah DUN Terengganu munkin boleh disesetengah DUN yang lain yang sememang kubu kuat BN seperti di Besut Setiu dan Hulu Terengganu kecuali Manir..manakala di Kemaman  penolakan cina terserlah di DUN Chukai.  Kuala Terengganu Sudah nampak awal penolakan pengundi kepada calon terutama cina.

Penolakan kakitangan awam dan guru kepada Calon BN perlu di ambil pengajaran dan perlu dimuhasabah asbabnya..

Apapun Tahniah kepada Calon BN yang menang.. Dibahu anda tanggungjawab dan beban amanah yang wajib dipikul demi rakyat dan negeri..cabaran sengit di Dewan akan menguji kewibawaan anda dalam berhujah dan mematahkan hujah keegoan politik belantara yang bakal dihadapi.  kebenaran bukan sesuatu yang mudah untuk dijelaskan dan bukan mudah untuk diterima oleh egoistik politikus yang menghalal kan cara demi kuasa..

Semoga Kesilapan Kali ini dijadikan pengajaran dan tidak Akan berulang kembali.. Selamat berkhidmat YB..

Sabtu, 16 Jun 2012

KEMAMAN - Yayasan Terengganu (YT) bakal mengagihkan sebanyak RM1.5 juta kepada 2,572 anak watan Terengganu yang berjaya menyambung pelajaran ke peringkat matrikulasi dan diploma pada tahun ini. Daripada jumlah itu, sebanyak RM929,500 diberi kepada 1,851 pelajar matrikulasi yang menerima RM900 setiap orang manakala sebanyak RM542,250 pula kepada 721 pelajar Diploma yang menerima RM750 setiap orang.     Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berkata sumbangan wang tunai itu diharap dapat meringankan beban kewangan ibu bapa bagi peringkat awal kemasukan anak mereka ke pusat pengajian tinggi.     "Kerajaan negeri Terengganu berharap pelaburan besar dalam bidang pendidikan iaitu sejumlah RM340 juta setahun akan melahirkan anak muda yang cemerlang, aset negeri yang meneruskan kegemilangan Terengganu pada masa depan," katanya.     Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Sukan Masiswa Zon Pantai Timur di kampus Kolej Universiti TATI dekat Teluk Kalong di sini hari ini.    Seramai 1,400 pelajar dari 16 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari Pantai Timur menyertai karnival itu dari hari ini hingga Ahad.     Selain itu, Ahmad Razif turut menasihati pelajar IPT supaya memahami isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditimbulkan pembangkang supaya mereka dapat berfikir secara matang dan rasional.     "Kebanyakan pelajar yang mendesak agar PTPTN dihapuskan itu terdiri daripada mereka yang tidak cemerlang di IPT, malah seorang daripada sembilan pelajar di Mesir yang ditarik balik biasiswa oleh YT sebelum ini didapati gagal dalam pelajaran.     "Pelajar yang cemerlang tidak pula terlibat dengan bantahan seumpama itu kerana mereka yang berkelulusan kelas pertama secara automatiknya akan ditukar status daripada pinjaman kepada biasiswa," katanya. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...